
Betullah orang kata, bila ada anak automatik dari tak pandai apa-apa boleh jadi pandai. Mungkin sebelum ini rasa kekok tapi bila sama-sama urus dan belajar dah tak ada masalah.
Bagi sesetengah bayi ada yang lebih rapat dengan ibu atau ayah. Tapi jika kena caranya ayah akan jadi geng anak kerana si ayah sebenarnya lagi pandai manjakan anak. Betul ke?
Seperti yang dikongsikan oleh Elfira Loy melalui video suaminya, Faris Khairul Anuar mendodoikan Muhammad Rayyan Khalaf, nampak usaha Faris untuk pastikan si kecilnya tidur dengan lena.
Walaupun dalam keadaan mengantuk usahanya itu boleh dipuji dan pandai mengendalikan situasi itu.
ARTIKEL MENARIK [Suami Yan Rajin Tukar Lampin, Suap Makan Dan Tidurkan Anak, Maknanya Anda Ayah Yang Hebat]
Menurut Elfira, ada dua versi cara Faris dodoikan Rayyan iaitu dalam keadaan mengantuk dan tak mengantuk. Namun nampaknya dua-dua cara ini Rayyan selesa.
Perkongsian ini menarik perhatian peminatnya dan memuji usaha Faris membantu Elfira menjaga bayi.
Pengorbanan Ayah
https://www.youtube.com/watch?v=plJjf6hUIiM&t=3s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mengidam Makanan Pasar Malam Malaysia.” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mengandung & Bersalin Di Mekah

Melalui proses kehamilan serta kelahiran bersendirian tanpa keluarga memang menguji kesabaran. Dalam kita kerinduan mengingatkan ahli keluarga, sebenarnya pengalaman begini mendidik kita untuk menjadi lebih kuat dan matang menghadapi sebarang dugaan.
Bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta adalah pilihan bakal ibu dan ayah. Di mana-mana pun tiada masalah, sedikit pun tidak merendahkan martabat mana-mana ibu yang melahirkan zuriat mereka.
Begitulah cerita seorang ibu, Ummu Aminah, yang berkongsi pengalaman indahnya bersalin di Mekah. Biarpun jauh dari keluarga, suami ada memberi sokongan.
MELAHIRKAN ANAK DI TANAH HARAM
Sewaktu saya berumur 10 tahun, saya diambil jadi pembantu asuh anak jiran. Terutama ketika pulang ke kampung, agak sukar untuk seorang ibu muda mengurus anak-anak kecil seorang diri. Suami beliau ketika itu bekerja jauh di ibu kota. Sebagai upah, saya dapat rm20 dan hadiah lip gloss. Bagi saya, nilai tu besar boleh buat belanja sekolah dan melaram depan kawan-kawan. Jika tempoh hari saya menulis tentang perkongsian saya menetap di Mekah, kali ini saya ingin berkongsi pula tentang melahirkan anak di Tanah Haram.
Saya masih ingat ketika umur 8 tahun lagi saya sudah pandai mandikan bayi yang baru lahir. Saya mempunyai 7 orang adik beradik. 6 orang adik lelaki dan saya anak sulung perempuan tunggal. Memang karakter saya seorang kakak yang garang dalam mengurus hampir sepasukan team bola sepak. Jarak umur pula setahun seorang. Macam-macam ragam dan faham-fahamlah anak lelaki nakal dan lasaknya memang Masha Allah.
Sepak terajang, gusti, bertumbuk tu dah biasa bagi saya. Tetapi saya lah yang mandikan serta menyediakan makan minum untuk mereka sewaktu ketiadaan mak. Ketika di peringkat sekolah rendah memang saya kurang bermain seperti kanak-kanak lain kerana masa banyak di habiskan di rumah bantu mak uruskan adik-adik. Memang agak tertekan juga kerana kita tak enjoy nak buat aktiviti sendiri. Tetapi, syukur Allah jadikan saya orang yang tabah dan kuat.
Pernah satu hari, salah seorang adik saya menconteng buku sekolah saya dengan menulis “cikgu gila” lalu saya telah dipanggil dan dimarahi guru tersebut. Saya sudah tahu, ini mesti kerja adik-adik saya dirumah. Telinga teddy bear saya juga pernah digunting mereka. Hingga cacat sebelah. Ada juga kenangan mereka cucuk dengan lidi untuk buka kunci buku diari saya dan baca sekuat-kuatnya.
Apakan daya, nak melawan dengan kudrat memang tak terlawan. Saya hanya mampu menangis. Banyak lagi memori kanak-kanak saya yang mekar dalam ingatan. Begitulah pahit manis pengalaman saya. Jika tanpa mereka, mungkin saya tidak mampu berdiri sekuat ini. Allah telah mentarbiah saya sejak kecil untuk jadi seorang yang sabar dan redha. Hari ini, masing-masing sudah besar dan saya sering menasihati mereka bahawa kehidupan bukanlah seindah syurga. Dugaan datang untuk mematangkan kita. Sentiasalah bersiap sedia.
Sewaktu kecil, emosi yang sedang bercampur baur itulah membuatkan saya banyak menyendiri. Cuma mahukan ruang dan privacy buat seketika. Saya selalu berdoa “Ya Allah bawalah saya ke tempat yang tenang dari hiruk pikuk manusia”. Dengan doa yang diungkapkan 13 tahun yang lalu, akhirnya menjadi realiti. Dipendekkan cerita, sangkaan saya pada Allah termakbul.
Setelah sebulan menikah saya berhijrah dan menetap di bumi Mekah hingga hari ini. Tempat yang paling tenang dalam muka bumi yang saya tak jumpa di negara lain. Melihat kaabah, rasa runtum dan sebak. Segala memori dan kenangan lampau menjadi jawapan untuk hikmah hari ini. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu.
Izin Allah, saya hamil selepas beberapa bulan berada di kota suci ini. Amat bermakna sekali proses kehamilan di tempat orang. Banyak perkara yang saya perlu sesuaikan dan pastinya harus lebih matang dan cekal. Persediaan dan penjagaan mengurus bayi bukan sesuatu yang kekok bagi saya, Alhamdulillah segalanya mudah.
Saya tidak mengalami alahan mengandung. Cuma saya mengidam makanan-makanan pasar malam di Malaysia. Hampir kesemua makanan di pasar malam saya teringin sangat nak makan. Saya hanya mampu melihat makanan arab dan bayangkan dalam fikiran saya, inilah makanan di gerai pasar malam tu. Begitulah cara yang paling mudah untuk atasi ‘mengidam’ saya ketika hamil. Sedikit sebanyak sebenarnya teknik ni membantu juga ya.
Artikel Lain: [Lahirkan Bayi 4.5kg Tanpa Koyakan. Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu]
Tibalah saat proses bersalin. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya, jadi saya tak tahu tanda-tanda awal. Keluarga di Malaysia banyak membantu dan beri info melalui Whatsapp. Bezanya hospital di Mekah ni, mereka tak akan terima pesakit selagi mana bukaan tak mencecah 4-5cm. Seminggu awal saya sudah mula rasa mild contraction tetapi sekejap saja. Macam Chipsmore. Kejap ada kejap hilang. Suami terus bawa saya ke hospital untuk maklumkan pada doktor. Setelah Dr periksa keadaan bayi dalam kandungan baik-baik saja dan bayi belum sedia nak keluar.
Mereka suruh saya pulang dan datang semula jika alami contraction yang kuat. Sebenarnya Dr dan nurse di Mekah ni sangat rilek dan santai saja. Sambil mereka periksa perut saya, boleh pula makan shawarma dan minum teh. Ayat hikmat mereka, “Hasbunallah Wanikmal Wakeel” dan “Lahawala Quwwata Illa Billah”. Saya sudah terbiasa dengan cara mereka cuma keluarga di Malaysia agak sedikit risau. Yelah, isu bersalin isu serius.
Setelah seminggu berlalu, saya mula rasa contraction yang kuat. Terus bergegas ke hospital bahagian emergency, Dr check bukaan dah 5cm. Saya terus dimasukkan ke dalam ward. Nasib baik dah buka 5cm kalau tak, mahu saya disuruh pulang lagi. Adudu. Syukur, semasa di dalam ward bersalin sangat selesa sekali. Hospital bersalin kerajaan di Mekah seperti Hospital swasta di Malaysia. Bilik bersalin juga berasingan.
Saya berada di bawah jagaan nurse Philipine dan India, mereka sangat baik MashaAllah layanan begitu lemah lembut sekali. Memandangkan mereka tahu saya di sini bersendirian tanpa keluarga, fokus lebih diberikan kepada saya. “Allah loves you Habibi” Sejuta kali ungkapan nurse India ini berikan kepada saya ketika sedang berlawan dengan contraction. Alhamdulillah, setelah azan zohor berkumandang di corong pembesar suara hospital, saya selamat melahirkan anak perempuan di Tanah Haram.
Satu lagi nikmat besar yang saya rasakan adalah dapat bersalin di tanah yang penuh barakah. Hilang segala sakit bersalin apabila mengenangkan kebesaran Allah begitu mencintai saya. Ketenangan menyelubungi sanubari dapat dinikmati walau kesakitan itu perit.
Sahabat-sahabat, apa yang saya mahu sampaikan di lembaran kali ini ialah;
1) Untuk menggapai redha Allah bukanlah sesuatu yang mudah seperti kehendak kita pada material dunia. Ada wang boleh miliki. Ada pangkat boleh kuasa semuanya.Tidak. Redha Allah ini sesuatu yang tidak boleh dimiliki selagi kita tidak redha kepada Nya.
2) Insan yang paling hebat adalah yang paling kukuh kebergantungannya pada Allah. Peganglah tali agama sekuatnya walau badai memukul pasti anda tenggelam bersama mardhotillah (redha allah).
3) Pandanglah masa silam itu sebagai tunjuk ajar daripada Allah untuk menjadikan kita manusia yang mengagungkan Nya tanpa batas sesuatu.
4) Jujurlah dalam mencintai Allah, ketika beribadat kepada Nya dengan harapan Allah memelihara hambanya dari perbuatan kafir, kufur dan maksiat.
5) Sujudlah kepada Allah, meski hidupmu sakit dirobek atas kejahilan lampau, kerana Allah mencintai hambanya yang sentiasa bertaubat.
Bukanlah untuk bercakap pandai. Pesan ini berbalik jua kepada diri sendiri yang dhaif dan fakir. Ambillah sebagai perkongsian kebaikan. Semoga menjadi ibu bapa yang baik, suami isteri yang soleh dan anak-anak yang taat. Ketaatan makhluk bermula dengan ketaatan kepada Allah Jalla Wa’ala. Doakan saya ya agar dapat menjadikan penulisan sebagai medium kebaikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunggu 5 Tahun Dapat Anak, Lahir Pula Tak Cukup Bulan. Allah Uji Tandanya Dia Sayang!

Dapat tahu hamil, hati ibu mana yang tak gembira dan bersyukur. Lagi-lagi kehamilan ini adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Namun setiap perjalanan hidup kita itu dah ditentukan oleh Allah.
Namun bila kehamilan ini diharapkan mampu memberi sinar dalam keluarga tetapi diuji dengan ujian lain ketika melahirkan anak mungkin agak sukar. Hanya sokongan dan kata-kata semangat dapat beri kekuatan.
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai salah seorang ibu yang diuji dengan kelahiran anak pramatang setelah 5 tahun menanti zuriat cukup mengambarkan betapa kuatnya seorang wanita bergelar ibu.

Menangis tanpa berkata-kata
Seorang ibu datang melawat anaknya di NICU. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke bilik yang paling kritikal dan kebetulan saya ada di situ.
Dia cuci tangan dan pergi pada anaknya yang baru lahir semalam, pramatang 30 minggu dengan berat cuma 1.1kg.
Itulah kali pertama dia lihat anaknya di NICU.
Walaupun baru sehari lepas pembedahan caesar, dikuatkan juga semangat tu supaya dapat dia lihat anaknya pada hari ini.
Seperti biasa, saya terangkan keadaan bayi pada ibu. Habis saja satu ayat, saya perasan yang ibu ni mula menangis. Saya berhenti dan ambilkan tisu untuk dia.
Dari satu ayat ke satu ayat, mengalir saja air matanya. Sampaikan saya tak tahu ke mana saya patut pandang. Dia cuba senyum tapi saya tahu saya patut berhenti.
“Puan, ada nak tanya apa-apa?”
Dia cuma menggeleng sambil dilap air mata dengan lengan bajunya.
“Saya dah 5 tahun tunggu untuk zuriat ni,” suara ibu ni terketar-ketar menahan tangisan.
“Masa saya mengandung, mak ayah saya betul-betul gembira. Tak sabar nakkan cucu.
Tapi yang paling gembira sebenarnya suami saya. Dia dah tunggu lama sangat.”
Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,
“Tahu-tahu, anak lahir awal. Kecil sangat pula tu.
Saya jaga makan minum, saya tak ada buat kerja berat-berat doktor. Semua kerja di rumah, suami saya yang buat.”

Ada zuriat, tak ada zuriat semua kuasa Allah
Allahuakbar. Waktu tu baru saya tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca keluarga tak dapat zuriat. Sekarang dia fikir dialah punca anaknya jadi begini.
Saya pun kata gini.
“Ada zuriat atau tak ada zuriat, bukan kita yang tentukan. Ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat. Semua tu bukan kita yang tentukan.
Bayi pramatang lain dalam bilik ni pun Allah yang tentukan. Ibu mereka semua tak salah walaupun sedikit.”
Dia pandang pada saya. Nampak dia lega sangat. Dia ucap terima kasih dan waktu tu saya boleh rasakan betapa bersungguh-sungguh dia ucapkan kalimat tu.
Besar ujian ibu ni. Ramai ibu yang datang ke wad bayi dalam keadaan begini. Rasa bersalah sebab anaknya lahir awal, ada yang sakit itu dan ini.
Suami orang penting bagi kata semangat
Untuk suami, kalau anda nampak isteri bergelut dengan perasaan bersalah, tawarkan diri untuk mendengar. Jadi prihatin dengan perasaan isteri.
Tak reti juga, sentiasalah beri kata semangat dan ada disamping isteri. Anak lahir awal, tak sikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai ibu. Boleh jadi anak tu lahir awal sebab Allah tahu ibu tu dah bersedia.
Sumber: Dr Redza Zainol
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kini Kita Dah Bertiga”, Izara Aishah & Adib Khalid Kongsi Wajah Puteri Sulung. Nama Irisa Alaia Jadi Pilihan

Selepas hampir seminggu pelakon jelita Izara Aishah selamat melahirkan puteri sulungnya yang mempunyai berat 2.9kg, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah si kecil yang menjadi penyeri hidup buat Izara dan suaminya Muhammad Adib Khalid.
Dalam perkongsian suami Izara, Muhammad Adib menerusi Instagramnya semalam, anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza itu memuat naik beberapa gambar puteri sulung mereka yang comel.
Artikel Menarik: { ‘Due Date’ Dah Dekat, Jangan Stres & Takut. Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid-19 }
Menerusi perkongsian tersebut, Adib menyatakan rasa syukur dengan kelahiran puterinya itu yang diberi nama Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.
Dia turut memberikan ucapan terima kasih kepada sokongan dan doa dari semua dan berbesar hati berkongsi gambar keluarga kecil mereka untuk tatapan ramai.
Dalam entry tersebut juga, Adib menyatakan rasa gembiranya saat pertama kali mendengar tangisan Alaia. Dia turut mendoakan puterinya itu untuk berjaya dunia dan akhirat.
“And now, there’s 3 of us.
“Alhamdullilah syukur, our little princess, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, was born on the 15th of April, 2020, one of the most joyous and memorable moment for Izara and I.
“Thank you for all the prayers and support, we truly appreciate every single one of the well wishes and we hope to see everyone soonest ! Till then take care and here are some family photos we would like to share with everyone.
“Welcome to the world Alaia, my heart melted the moment I heard about you, and now you are here with us. Your mother and I are overjoyed with emotions and love for you. May you be a blessed child and a bundle of joy to everyone you meet, May you be righteous in your greatness, May you have success in this life and the hereafter, Amin.”
View this post on InstagramA post shared by Adib Khalid (@adib_khalid) on
Artikel Menarik: { Potong Kuku Bayi Ibarat Sukan Ekstrem. Cara Potong Kuku Kaki & Kuku Tangan Bayi Juga Berbeza }
Tahniah diucapkan kepada Izara dan Muhammad Adib atas kelahiran puteri sulung mereka. semoga Alaia membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua orang tuanya kelak.
Sumber: Adib Khalid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI