
Biarpun masih dalam tempoh berpantang, Datin Seri Nur Shahida nampak cergas dan aktif. Bukan saja menghadiri majlis berbuka puasa syarikat, tetapi dia juga sibuk memasak di dapur untuk keluarga yang berpuasa.

Menurutnya sudah lama tidak masuk ke dapur, jadi teringin nak masak untuk orang yang berpuasa di rumahnya.
Baca Juga:
“Memang Penang Mai, Sempoi.” Gelagat Jebat Cakap Utara, Serupa Sungguh Macam Sharnaaz Ahmad!
“Ibu Dah Cuba Kuat, Lillahitaala.” Menangis Di Mahkamah, Shuhada Beritahu Dirinya Hamil 10 Minggu
Selamba Peluk & Cium Anak Tanpa Kebenaran, Preity Zinta Luah Rasa Kesal Orang ‘Ceroboh’ Privasi
Posting yang diuat tiga hari lalu menunjukkan kesungguhan Datin Shahida menyediaka juadah berbuka pusa sambil dibantu pembantu rumahnya.
Tonton video;
Menurutnya, dia masih berpantang seperti biasa. Makan masih dijaga dan amalan berpantang yang lain seperti berurut dan bertungku juga dibuat.
“Saya masih pantang juga, pantang makan, tungku berurut. Cuma tak lah duduk baring je, bosan juga. Badan pun dah rasa sihat.”

Datin Shahida juga memohon supaya didoakan yang baik-baik untuk dirinya. Kalau lihat pada ketangkasan Datin Shahida di dapur, memang nampak seperti dah sihat.
Semoga Datin Shahida segera sembuh sepenuhnya. Didoakan juga agar si comel Luqman Al-Hakim akan terus membesar dengan sihat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Terpaksa Tunggu 2 Jam Tepi Jalan” Rebecca Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Suami, Mohon Doa Semua!

Benar virus yang melanda kita ini bukanlah satu hal yang boleh dibuat main-main. Malah kini hospital penuh sesak dengan pesakit Covid-19 yang sudah terlalu padat dengan jumlah pesakit yang ramai. Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut berdepan hal yang sama bila mana gagal mendapatkan rawatan buat suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang secara tiba-tiba sesak nafas semalam.
Gagal menahan air mata ketika live di Instagramnya semalam, ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini berkongsi cerita detik mencemaskan dan pengalaman yang dilalui kini.

Kata Rebecca, keadaan suaminya kini sudah pun berada di Stage 4 namun dia bersyukur enam orang anak-anaknya dan dirinya sendiri berada dalam keadaan baik dan stabil.
“Apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suami saya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.
“Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang positif Covid-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.

“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.
“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta.
Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19,” katanya.

Suami menangis depan mata
Kata Rebecca ia adalah ujian yang cukup berat baginya sekeluarga. Sayu hati bila mana terpaksa berpisah dengan suami untuk seketika namun dia terpaksa sementelah anak-anak juga memerlukan perhatian daripadanya.
Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.

“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.
“Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.
“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.
“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,” katanya berkongsi.

Mohon Total lockdown demi kehilangan insan tersayang
Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah berbanding ke pusat kuarantin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarantin yang padat.
“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarantin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarantin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.
“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” katanya.
Menarik: Suami Dan 6 Anak Positif Covid-19, Datin Rebecca Akui Tak Kuat, Mohon Doa Semua
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: MyMetro & @rebeccanurislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi 7 Bulan Menangis Tanpa Henti Punca Di Dera Ibu Angkat Hingga Maut

Sayunya hati ibu bapa yang membaca. Tangisan bayi bukan alasan untuk bertindak kejam. Jadikan kisah ini iktibar agar kita tidak alpa menjaga amanah bernama anak kecil.
Menurut kosmo, seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat didera secara kejam oleh ibu angkatnya sendiri hanya kerana menangis tanpa henti. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Johor pada 30 Julai lalu dan telah mengundang simpati serta kemarahan ramai.

Pihak polis, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kebiruan dan lebam di ruang tamu rumah. Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa bayi tersebut mengalami retak tengkorak dan kecederaan dalaman akibat penderaan berterusan sejak sebulan lalu. Lebih menyedihkan, bayi itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Pasangan suami isteri berusia 38 dan 50 tahun yang menjaga bayi ini secara angkat telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
Tangisan Bayi
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Mereka menangis bila lapar, tidak selesa, takut atau mahu perhatian. Menjadi penjaga anak kecil sama ada anak kandung atau anak angkat memerlukan kesabaran, ilmu dan pengurusan emosi yang baik. Bila tekanan menguasai diri, malangnya si kecil yang menjadi mangsa.
Dalam kes ini, tekanan dan keletihan didakwa menjadi punca ibu angkat bertindak luar kawalan. Namun itu bukan alasan untuk mencederakan atau mendera. Nyawa anak kecil tidak boleh dijadikan taruhan emosi orang dewasa.
Didik Diri, Kawal Emosi, Lindungi Anak
Kisah tragis ini perlu jadi amaran kepada semua ibu bapa dan penjaga. Jangan ambil mudah tanggungjawab menjaga bayi. Jika anda mula berasa tertekan atau tidak mampu menguruskan emosi, segera minta bantuan dari pasangan, ahli keluarga atau pakar. Anak kecil tidak berdosa. Mereka perlukan kasih sayang, bukan hukuman atas tangisan yang mereka sendiri belum mampu kawal.
Sebagai masyarakat, kita juga perlu peka. Jika ada tanda-tanda penderaan pada kanak-kanak di sekeliling kita, jangan berdiam diri. Laporkan kepada pihak berkuasa. Mungkin tindakan kita mampu menyelamatkan satu nyawa.
Al-Fatihah buat bayi syurga ini. Semoga rohnya tenang dan keadilan dapat ditegakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 Atlet Cilik Malaysia Ukir Sejarah di Kejohanan Dunia Memanah Berkuda, Genggam 9 Emas & 1 Rekod Dunia!

Kontinjen muda Malaysia mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan di Kejohanan Dunia Kanak-Kanak Memanah Berkuda (IHAA) 2025 yang berlangsung di Bogor, Indonesia.
Kejohanan berprestij yang menghimpunkan wakil dari 15 buah negara, pasukan Malaysia menampilkan prestasi luar biasa dengan menewaskan kuasa besar seperti Turkiye dan Indonesia.
Lebih membanggakan, mereka membawa pulang 9 pingat emas, 5 perak dan 2 gangsa daripada pelbagai kategori umur.

Rekod dunia baharu
Salah seorang bintang kejohanan, Muhamad Akmal, mencipta sejarah tersendiri apabila memecahkan rekod dunia kategori Raid234 dengan kutipan mata sebanyak 120.282. Pencapaian ini menjadikan beliau pemegang Rekod Dunia Junior dan juga Rekod Dunia Keseluruhan.
Akmal yang menunggang kuda pantas bernama Quiver, membuktikan dengan keupayaan tinggi dari segi fokus, keberanian dan ketangkasan mampu membentuk seorang wira sejati.

Barisan wira muda yang mengharumkan ama Malaysia
Nama-nama seperti Abu Bakr Muhammad Akmal, Abdurrahman Ahmad Mu’az, Hazzil Hamidi, dan Heba Nusaybah Ahmad Mu’az turut menyerlah sepanjang kejohanan, menunjukkan prestasi konsisten dan penuh semangat juang.
Mereka adalah bukti bahawa bakat muda negara mampu bersaing di peringkat tertinggi sekiranya diberi pendedahan dan sokongan secukupnya.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan luar biasa ini menerusi satu hantaran di Facebook beliau:
“Tahniah pasukan Malaysia di atas kejayaan muncul sebagai juara International Horseback Archery Alliance (IHAA) World Kids Championships 2025 di Indonesia.”
“Anak-anak Malaysia terus membanggakan negara di pentas dunia sekali gus membuktikan bahawa potensi atlet kita boleh berkembang di pelbagai ruang,” katanya.

Pentas dunia milik anak Malaysia
Kejohanan yang berlangsung dari 9 hingga 13 Julai 2025 itu menyaksikan penyertaan dari negara-negara seperti Perancis, Kazakhstan, China, Korea Selatan, Vietnam, Jepun, Mongolia, Uzbekistan, Afrika Selatan dan lain-lain yang menjadikan pencapaian Malaysia lebih bermakna.
Lebih daripada sekadar pingat, kemenangan ini adalah simbol inspirasi yang membuktikan bahawa anak-anak Malaysia bukan hanya cemerlang di bilik darjah, malah mampu menggegarkan padang dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


