Keibubapaan

“Duduk Lepak, Baring & Take A Nap With Your Kids, TAK APA. OKAY JE!”, Itu Cara Faralyna ‘Time Off’ Jadi Ibu

Share

Tugas seorang ibu bukan kaleng-kaleng. Banyak benda nak kena buat sampaikan ada yang tiada masa untuk diri sendiri. Itulah seorang ibu, apatah lagi untuk wanita yang mempunyai ramai anak. Apa dalam kepala dan fikiran ibu semuanya tentang suami dan anak-anak.

Jadi tidak mengapa untuk seorang wanita yang bergelar ibu meluangkan masa untuk diri sendiri atau memilih untuk bermalas-malasan walau hanya sekejap Cuma.

Pelakon Faralyna Idris berpendapat bahawa ada masanya ibu juga mahu berehat dari melakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak.

Artikel berkaitan: Risau Berat Badan Turun Merudum Selepas Bersalin, Kini Hanya 40kg. Doktor Sarankan Faralyna Idris Supaya Banyak Minum Susu Dan Makan Sayur

Malah menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, kaum ibu tidak perlu berasa bersalah untuk merehatkan diri  buat seketika.

Jelasnya tiada masalah untuk seorang ibu berehat sebentar dari melakukan segala-galannya. Ambil masa untuk lepak, baring malah tidur sebentar bersama anak, itu juga merupakan salah satu cara meluangkan masa bersama anak-anak.

“Lazing on a Sunday afternoon.

“Is that okay? Me ( and You ) as a mother, lepak lepak, baring, takde buat ape?

“ITS OKAY!

“Ada masa kita nak ambil time-off sekejap. No problem.

“Time-off dari buat kerja-kerja rumah yang sememangnya takkan habis.

“Time-off dari kerja-kerja lain.

“Time-off dari segalanya.

“Duduk lepak, baring & take a nap with your kids, TAK APA. OKAY JE.

“After all, time-off yg kita ambil tu pon kita masih luangkan utk anak-anak. Dlm merehatkan badan sekejap, rehatkan kepala, kita melayan kerenah anak-anak. Dapat mendalami jiwa mereka pula.

“Dont feel bad okay?

“Ala, ckp je time-off. Tapi curi curi juga tu mengemas sini sana kan. Mothers.

“You are all ah-ma-zing!!!,” ujarnya dalam posting tersebut.

Dalam postingnya itu, pelakon Kisah Kaisara 2 ini memuat naik foto dia dan anaknya sedang berbaring bersama sementara si anak sedang tidur.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fikri pada Disember 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fira Anggun, 5 tahun dan Fira Ayu, 2 tahun.

Sumber: Gempak

Artikel berkaitan: Ikut Saranan Ustazah Isfadiah, Ini Cara Faralyna Kejut Anak 5 Tahun Bersahur. ‘Pancing’ Dengan Apa Anak Suka, Menjadi!

Published by
SAHR