“Duduk Rumah Apartment Tak Ada Taman” Bukan Alasan Nak ‘Grounding’ Dengan Anak, 10 Minit Dah Cukup!

Share

Tidak dinafikan rumah kita yang kebanyakkannya terdiri dari rumah apartment atau pangsapuri membuatkan aktiviti luar anak jadi terbatas. Namun ia bukan alasan.

Sebaiknya cari apa jua aktiviti grounding sebagai rutin mingguan anak-anak. Banyak kelebihannya. Cuba sehabis baik buat aktiviti seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.


Cuba cari masa untuk jadikan grounding sebagai rutin mingguan anak-anak. Kalau dapat 30 minit setiap hari, itu paling baik.

Tak susah pun sebenarnya tau. Kejap je masa yang diperlukan. Tapi beri banyak kesan positif untuk anak. Kalau kita sibuk tak sempat sangat, 10 minit pun dah cukup.

Tapi, anak-anak kalau dah dapat grounding, ada yang sampai 3 jam masih tak puas. Sebab diorang dah rasa nikmat bermain dengan alam. Best kan.

Banyak manfaat kebaikan grounding untuk anak-anak;
1. Perbaiki kualiti tidur
2. Kuatkan tulang dan otot
3. Kuatkan sistem imuniti
4. Kurangkan keradangan
5. Perbaiki mood anak
6. Lancarkan perjalanan darah

Banyak lagi, terlalu banyak. Kena cuba je, dan lihat sendiri kesannya.

Saya bagi contoh 7 cara grounding yang mudah. Yang ada di sekeliling kita.
1. Air – laut atau sungai
2. Tanah – pantai atau depan rumah pun boleh
3. Selut – ini ‘kotoran’ yang baik untuk anak
4. Batu – kutip batu letak depan rumah
5. Bunga – boleh tanam dan simpan dalam rumah
6. Pokok – tanam pokok kari pun boleh
7. Rumput – senang nak cari kan

Air pantai dan sungai therapy buat anak-anak. Kita pun tenang je tengok kan.

Saya suka bawak anak ke pantai. Tempat grounding paling best.

Ajar anak main selut. Kalau dia geli, lagi kena cuba, kita perbaiki masalah sensori anak.

Main batu pun boleh. Kita dulu main batu seremban kan.

Pokok bunga boleh tanam kalau rumah atas langit. Hehe.

Rumput untuk grounding.

Kita jangan susahkan yang mudah. Ramai tanya bila saya share pasal grounding, duduk rumah apartment tak ada taman nak bawak anak untuk grounding.

Lepas ni kita beli pokok bunga dan biar anak main 10 minit setiap hari. Kira okay dah tu kan dari tak ada langsung kan.

Buat tau, setiap hari kalau mampu. Kesan yang baik kita pasti akan nampak.

Kita cuba sama-sama ya.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM