Tempoh PKP yang disambung sehingga 14 April ini pastinya membuatkan ramai diantara kita mula tercari-cari pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan rasa bosan. Aktiviti bersama anak-anak pastinya dapat menjalinkan hubungan yang lebih ukhwah sesama keluarga.
Namun aktiviti terpuji seperti yang dikongsikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di instagramnya sebentar tadi benar-benar menarik perhatian warganet malah dipuji Menteri Agama itu.
Gelagat adik comel, Zayd Zaynal yang dikongsikan oleh saudara En. Zaidi Borhan menerusi Facebook Messenger Datuk Seri Dr Zulkifli, @drzulkifli.albakri benar-benar dipuji.
DARI ADIK ZAYD ZAYNAL KEPADA ATUK ZUL
Menerima kiriman video daripada En. Zaidi Borhan di Facebook Messenger. Atuk Zul amat terhibur mendengar bacaan cucunda. Sedap dan baik sebutannya.
Atuk doakan Zayd Zaynal jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, berbakti kepada ibu ayah, masyarakat dan Negara.
Inilah aktiviti peminat Liverpool yang wajar dicontohi sepanjang PKP. Anda pula bagaimana?
Nyata perkongsian tidak sampai satu jam itu mendapat 10, 182 tontonan daripada pengikut-pengikutnya.
Hafalan Dan Bacaan Lancar
Menariknya gelagat adik Zayd yang menghafal surah Al Baqarah, m/s 39 sambil mengenakan pakaian team bola sepak tersohor Liverpool itu benar-benar mencuit hati malah berjaya menarik perhatian. Namun pembacaan dan hafalan surahnya yang lancar dan begitu baik itu benar-benar menarik perhatian. Satu aktiviti yang cukup bermanfaat untuk mengisi waktu terluang ini.
“Khas buat Atuk Zul yang kami sayangi, YNWA! Kempen dok rumah sambil hafal surah” Al Baqarah m/s 39, Zayd Zaynal.
Begitu kongsinya buat Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dapat Pujian Warganet
Rata-rata warganet memuji tindakan adik Zayd.
“Bagusnya orang tua yg didik anak begini”
“MashaAllah tabarakallah”
Alhamdulillah!
Jadi apa aktiviti anak-anak kita? Tambahkan lebih ilmu buat mereka agar mereka tidak merasa bosan dan inilah masa terbaik untuk kita kembali merapatkan ukhwah dengan mereka. Contohi adik Zayd Zaynal untuk kita jadikan inspirasi.