Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sangat kreatif. Dalam tempoh PKP ni, banyak pula idea pelik yang melucukan dari rakyat Malaysia. Salah satunya ialah para suami dan anak lelaki mengenakan baju kelawar. Habislah stok baju kelawar isteri dan ibu dikerjakan!
Memetik sebuah artikel di Mstar, gelagat seorang ayah dan dua anak lelakinya mengenakan baju kelawar mencuit hati ramai orang.
Anak perempuan Roslan Mohd Yunus, Intan Ezra Syahirah atau Syasya telah berkongsi sebuah foto ayahnya dan dua adik lelakinya mengenakan baju kelawar ibu mereka. Syasya memberitahu yang ayahnya memang suka pakai baju kelawar ibu mereka walaupun sebelum wabak COVID-19 lagi.
Kata Syasya lagi, ayah dan adik-adiknya itu berasa selesa memakai baju kelawar. Sebenarnya baju kelawar ibu mereka tidaklah banyak, dalam lima ke enam helai sahaja. Dia dan adik-beradik perempuannya yang lain pula jarang pakai baju kelawar.
Bukan mereka sahaja yang mengenakan baju kelawar sepanjang tempoh PKP ini. Ada juga suami lain yang mula menyedari betapa selesanya mengenakan baju kelawar milik isteri masing-masing.
Tambah Syasya lagi, adik bongsunya ada membeli sehelai baju kelawar untuk ibu mereka tapi akhirnya dia yang pakai. Gadis ini juga memberitahu salah satu kebaikan tempoh PKP ini adalah apabila mereka sekeluarga dapat meluangkan lebih masa bersama.
Jika selalunya dia lebih suka menonton drama Korea manakala adik-adiknya pula suka main Playstation, tapi sejak PKP ini mereka sekeluarga lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama.
Katanya lagi, semoga wabak COVID-19 ini akan segera berakhir. Kasihan lihat kawan-kawan yang berjauhan dengan keluarga sepanjang tempoh PKP ini. Harapnya, Malaysia akan pulih seperti biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI