Islam memberikan kelonggaran kepada ibu hamil untuk tidak berpuasa sekiranya ia boleh memudaratkan diri atau bayi.
Namun dari sudut perubatan, ibu hamil boleh berpuasa sekiranya mereka berada dalam keadaan sihat, tidak mengalami komplikasi dan mendapat nasihat doktor bahawa puasa tidak akan menjejaskan kandungan.
Namun, jika ibu hamil mengalami masalah seperti tekanan darah rendah, anemia atau dehidrasi, berpuasa boleh memburukkan keadaan dan memberi risiko kepada bayi.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan, ibu hamil perlu memahami keadaan tubuh sendiri dan mendapatkan pandangan pakar perubatan.
Puasa bila dekat ‘due date’
Bagaimana pula dengan ibu hamil yang sihat tetapi semakin hampir tarikh untuk bersalin? Apabila semakin hampir dengan ‘due date’ hamil, badan ibu hamil memerlukan tenaga dan hidrasi yang mencukupi untuk persediaan bersalin.
Berpuasa dalam tempoh ini boleh menyebabkan badan lebih cepat letih, kurang bertenaga, dan meningkatkan risiko dehidrasi.
Ads
Oleh itu, ibu hamil yang hampir bersalin perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk berpuasa:
Keadaan kesihatan terkini:
Jika ibu berada dalam keadaan sihat dan mampu bertahan tanpa kesan negatif, berpuasa mungkin tidak menjadi masalah
Keperluan nutrisi untuk persediaan bersalin:
Badan memerlukan tenaga tambahan untuk menghadapi proses kelahiran. Oleh itu, jika ibu merasakan tenaga berkurang dengan ketara semasa berpuasa, lebih baik terus berbuka
Nasihat doktor:
Sentiasa dapatkan pandangan doktor mengenai kesesuaian untuk berpuasa berdasarkan keadaan kesihatan ibu dan bayi
Untuk berpuasa ketika hamil, terutama apabila hampir dengan ‘due date’ mengandung, bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan bayi.
Ads
Ibu hamil tidak digalakkan puasa
Terdapat beberapa situasi di mana ibu hamil tidak digalakkan berpuasa, antaranya:
1. Mengalami masalah kesihatan
Jika ibu hamil menghadapi tekanan darah rendah, diabetes kehamilan, atau mengalami muntah yang teruk (hyperemesis gravidarum), mereka sebaiknya tidak berpuasa kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan kekurangan nutrien.
2. Berat badan tidak meningkat dengan baik
Semasa kehamilan, ibu perlu memastikan berat badan bertambah mengikut kadar yang sepatutnya. Jika ibu tidak mendapat cukup kalori atau nutrien kerana berpuasa, ini boleh menjejaskan perkembangan bayi.
3. Pergerakan bayi berkurangan
Jika bayi dalam kandungan kurang bergerak daripada biasa, ia mungkin petanda bahawa bayi tidak mendapat oksigen atau nutrisi yang mencukupi.
Ads
Dalam keadaan ini, ibu hamil dinasihatkan untuk berbuka dan mendapatkan pemeriksaan segera.
4. Mengalami kontraksi awal
Jika ibu hamil mula mengalami kontraksi lebih awal daripada tarikh due date mengandung, ia boleh menjadi tanda bahawa badan sedang bersedia untuk bersalin.
Berpuasa mungkin menyebabkan keletihan dan menjadikan proses kelahiran lebih sukar.
Siapa kata bayi dalam kandungan tak tahu apa-apa. Sebenarnya bayi belajar banyak perkara sejak dalam rahim ibu lagi.
Hati-hati dengan apa yang anda cakap bila berhampiran ibu hamil. Janin yang berada dalam rahim ibu boleh mendengar bunyi dari luar dan boleh memahaminya serta akan mengekalkannya dalam memori mereka sehingga lahir, menurut satu kajian para penyelidik.
Ia mungkin kelihatan tak masuk akal yang janin boleh mendengar ucapan dari dalam rahim, tetapi bahagian-bahagian pemprosesan bunyi otak mereka menjadi aktif dalam trimester akhir kehamilan, dan bunyi dibawa agak baik dalam abdomen ibu.
Menurut cognitive neuroscientist Eino Partanen dari University of Helsinki, jika anda letakkan tangan di atas mulut dan bercakap, situasinya lebih kurang sama macam keadaan janin dalam rahim. Anda boleh mendengar bunyi rentak ucapan, muzik dan sebagainya.
Malahan semakin bayi membesar dalam perut ibu, dia semakin peka pada bunyi suara anggota badan ibu seperti degupan jantung, sendawa, sedu, mahupun bunyi perut ibu yang tengah lapar.
Bagaimanapun jangan disebabkan bayi boleh belajar ketika dalam rahim maka ibu kerap mendengarkan bunyi muzik atau rakaman bahasa untuknya. Menurut Partanen tiada bukti kukuh yang rangsangan berlebihan daripada bunyi biasa didengari dalam kehidupan seharian akan memberi banyak faedah jangka panjang pada kesihatan bayi.
Pakar perkembangan psikologi, Christine Moon, dari Pacific Lutheran University in Tacoma, Washington pula memberitahu mendengarkan bunyi pada janin dalam rahim menggunakan speakers terlalu dekat pada perut juga berisiko kerana ia boleh memberi berlebihan rangsang pada telinga bayi dan otak berkembang terlalu cepat.
Terlalu banyak bunyi boleh mengganggu sistem auditori dan mungkin ganggu corak tidur bayi.
Selain itu kajian juga mendapati bayi sejak dalam kandungan sudah biasa dengan bunyi bahasa ibunda ibu bapa mereka sehingga bila lahir mereka lebih memberi tindakbalas terhadap bahasa yang mempunyai ritma yang sama didengar ketika diucapkan ibu sejak dalam kandungan.
Sebenarnya bukan hanya peka pada bunyi suara, bayi berusia 7 bulan dalam kandungan juga sudah mula membuka mata dan memberi respon pada cahaya terang yang disuluh di perut ibu. Bayi akan memberi tindak balas dengan mengelakkan dari cahaya tersebut. Tindak balas ini anda dapat ketahui melalui pergerakan bayi dalam rahim.
Bayi juga mula belajar mengenal pelbagai rasa ketika dalam kandungan. Kualiti makanan yang dimakan oleh ibu dapat mempengaruhi anak. Semakin banyak variasi makanan yang dimakan ibu, akan akan semakin mudah menerima pelbagai jenis makanan baru yang ditawarkan padanya bila dia mula makan makanan pejal.
Ini dapat dibuktikan dengan deria rasa bayi yang mula berkembang sejak usia kandungan 7 hingga 8 minggu dan mengikut kajian pada minggu ke-14, bayi sudah dapat membezakan rasa manis, pahit dan masam. Deria bau anak juga mula berkembang dan dapat mencium bau makanan yang dimakan oleh ibu.
Maka tidak hairanlah bagaimana si comel sangat mengenali dan peka terhadap bau ibu sehingga boleh berhenti menangis tatkala diletakkan dekat ibu. Oleh sebab itu doktor akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan untuk membolehkannya rasa tenang bila dapat mencium bau ibu dan melancarkan proses pemberian susu ibu pertama.
Pada usia 20 minggu dalam kandungan, bayi sudah mula belajar memberi tindak balas pada perkara yang berlaku di sekitarnya. Walaupun tak banyak aktiviti yang dia boleh buat tetapi pada usia 18 minggu, si comel sudah mula pandai memasukkan tangan ataupun jarinya ke dalam mulut. Semakin membeasr usia kandungan, dia mula belajar untuk menggerakkkan kai, menarik, memukul dan mengayun tali pusatnya serta belajar untuk bernafas.
Sungguh menakjubkan kuasa Allah yang hebat mencipta manusia sehingga sudah boleh belajar sejak berada di dalam kandungan ibu lagi.
Bila masuk trimester ketiga, kaki rasa macam berat dan mengembang waktu hamil. Mulalah ibu rasa tak yakin pada diri. Urat timbul, sendal selipar pun macam tak muat.
Jangan risau mama, bengkak kaki atau edema adalah kesan sampingan yang dialami
bila tengah berbadan dua. Tapi kenapa boleh jadi macam ini?
1. Darah lebih banyak dari biasa
Bila mengandung, badan akan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran baby. Lebih darah, lebih tekanan pada salur darah dan sekaligus bengkak pun boleh jadi.
2. Rahim tekan urat
Makin bayi membesar, makin besar rahim. Bila rahim sudah mula ambil keseluruhan ruang, ia boleh menekan salur darah utama (terutama vena cava), iaitu urat yang menghantar darah balik dari kaki ke jantung. Tekanan ini buat darah terperangkap pada kaki. Maka, jadilah bengkak.
3. Perubahan hormon
Perubahan hormon pada ibu mengandung menjadikan dinding urat lebih lembut, sekali gus menjejaskan sedikit fungsinya.
Masalah bengkak ini sering terjadi pada lewat kehamilan. Ini disebabkan oleh graviti, sebarang cecair tambahan akan berkumpul pada bahagian kaki dan pergelangannya, khususnya jika anda lebih banyak menghabiskan masa berdiri.
Usah bimbang kerana bengkak yang dialami tidak mendatangkan sebarang risiko kepada bayi dalam kandungan, cuma anda akan berasa tidak selesa.
Elakkan berdiri lama
Bila mama berdiri terlalu lama, gravitasi boleh menarik darah ke bawah dan menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Ini buatkan tekanan dalam salur darah meningkat dan secara semula jadi cecair dalam darah akan mula meresap keluar ke dalam tisu kaki dan terjadilah bengkak.
Apa boleh jadi kalau selalu sangat berdiri lama?
* Kaki makin bengkak dan rasa berat – Lagi lama berdiri, lagi banyak darah terkumpul pada kaki. Akhirnya, kaki rasa macam berat.
* Urat timbul (varicose veins) – Tekanan tinggi pada urat buat urat jadi besar, biru, dan timbul.
* Kurang oksigen ke rahim – Bila darah banyak terkumpul pada kaki, kurang yang sampai ke rahim. Ini boleh ganggu aliran oksigen pada bayi.
* Mudah pening & pitam – Darah tak cukup naik ke otak bila berdiri terlalu lama, terutama kalau dalam tempat panas. Risiko jatuh pun ada!
Tip & trik legakan kaki bengkak
Nak bagi hilang seratus peratus mungkin susah, tapi mama boleh kurangkan ketara dengan beberapa cara yang simple tapi berkesan.
* Minum banyak air – Bunyi macam pelik, tapi bila cukup hidrasi, badan kurang ‘simpan’ air berlebihan dalam tisu.
* Tinggikan kaki – Bila rehat, sandar dan tinggikan kaki atas bantal. Ia bantu alirkan darah balik ke jantung.
* Elakkan berdiri lama sangat – Kalau kerja banyak berdiri, cuba duduk rehat sekejap-sekejap.
* Guna stoking compression – Stoking ini bantu tekanan balik ke salur darah, kurangkan pengumpulan cecair.
* Berjalan perlahan-lahan – Ringan-ringan saja. Gerakan kaki bantu peredaran darah.
* Kurangkan garam – Terlalu banyak garam buat badan simpan air. Jaga pemakanan pun penting!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil yang berpuasa boleh amalkan minuman susu kurma dikongsi oleh seorang ibu ini yang mampu tahan berpuasa untuk tempoh selama 19 jam.
Puan Nana Ruzanna yang tinggal di United Kingdom mengakui selepas mengamalkan minuman susu kurma ketika sahur, ada perbezaan dari segi kekuatan fizikal yang dirasakan.
Ibu hamil lain elok amalkan juga minuman ini. Buah kurma juga adalah makanan sunnah dan memang terkenal sebagai pembekal tenaga berpanjangan.
“Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, di sini saya nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang saya berpuasa.
Saya mula amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu.
Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja).
InsyaAllah perut rasa kenyang sahaja sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam.
Moga bermanfaat buat semua.Malah amalan minuman susu kurma ini cukup berkhasiat serta boleh jadi milk booster untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba”.
Bahan-Bahan:
Kita cuma perlukan 3 bahan je. Kurma 5 biji, air masak setengah cawan, susu segar satu cawan. Kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil utk ikut sunnah nabi.
5 biji Kurma (Bilangan ganjil)
Setengah Cawan Air Masak
1 Cawan Susu Segar
Cara Membuat:
Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang.
Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukul 2.20am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur tu boleh rendam dah untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejap pun takpe asalkan kurma tu kembang.
Bila kurma dah kembang, boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita.
InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa tu pun boleh amalkan. Selamat mencuba
*saya nak tambah lagi khasiat amalan ni, susu kurma juga boleh jadi milk booster untuk mommies yang sedang menyusukan anak. Mereka yang non muslim pun boleh try ok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.