Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa.
Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
BANTU ISTERI TIDUR
Ads
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka tidak berapa lama lagi, pasangan selebriti, Safawi Rashid dan Syifa Melvin mengumumkan bakal timang anak lelaki.
Pengumuman jantina bayi itu dikongsikan pasangan itu menerusi sebuah majlis bacaan doa selamat yang diadakan mereka.
Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik gambar kenangan bersama suami ketika majlis berlangsung.
“Bismillahi Mashaallah , Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.
“Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu Can’t wait to see you love❤️,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan, Syifa yang semakin berseri dengan baju putih memecahkan belon bersama suami.
Sebaik belon berwarna biru berterbangan ke udara, sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir bersorak keriangan menyambut kelahiran bakal bayi lelaki yang bakal lahir tidak lama lagi.
Paling lucu pastinya adik beradik Melvin, Syatilla, Syida dan yang lain-lain yang berbusana merah jambu. Mungkin meneka bayi di dalam kandungan Syifa adalah bayi perempuan.
Aksi lucu Syida dan Syatilla yang melompat keriangan hingga jatuh juga mengundang tawa ramai. Macam-macam ragam.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Syifa dan Safawi mendoakan yang terbaik hingga detik melahirkan kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Menjelang bulan Ramadan pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh ibu hamil dan menyusu. Ada yang tidak dapat bertahan dan ada yang dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa.
Bagi yang mampu bertahan ia merupakan satu anugerah yang besar kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini. Bagi yang tidak dapat meneruskan puasa, ketahuilah bahawa keselamatan anda dan bayi lebih utama dan segalanya.
Ramai pakar kesihatan tampil berkongsi tentang golongan-golongan yang tidak digalakkan berpuasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan. Bagi yang kurang yakin, anda digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat kesihatan.
Berlegar.
1. Ibu hamil tak perlu puasa nanti mudarat kepada anak.
2. Ibu menyusu tak perlu puasa nanti kesian anak tak dapat susu yang cukup.
3. Ibu hamil dan menyusu kena puasa juga sebab puasa ni wajib, menyusu boleh campur dengan makanan lain (ada pilihan terutama anak dah mula makan).
4. Ibu hamil dan menyusu tak payah puasa sebab rukhsah (keringanan).
5. Ibu hamil dan menyusu perlu puasa, kalau tak mampu baru lah berbuka puasa.
Banyak pemahaman
Ibu hamil dan menyusu, pergilah jumpa doktor untuk bertanya keadaan kesihatan diri dan janin (atau anak), kalau tiada masalah kesihatan tiada keperluan untuk ambil rukhsah, bahagianya boleh berpuasa.
Ibu hamil dan menyusu, ada masalah kesihatan yang disahkan oleh doktor maka berusahalah menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama berazamlah berpuasa setakat kemampuan diri. Kalau mampu sampai jam 10 pagi, maka berbukalah selepas tidak mampu.
Tak perlu tanya soalan dengan orang yang tak tahu kondisi kesihatan ibu dan janin, semua kandungan berbeza. Seorang ibu yang beranak 10 pun ada 10 pengalaman mengandung yang tidak sama.
“Saya okay je puasa masa mengandung, siap menyusu anak.”
“Saya boleh puasa semua kandungan dan tiap tahun menyusu anak.”
Dia macam kalau kamu musafir, ada yang naik kereta dari Perlis pergi Johor Bahru rilek sahaja. Ada yang naik kapal terbang. Ada yang naik bas. Semua kondisi tak sama. Jadi, rujuklah dengan doktor untuk pastikan kesihatan dan dalam masa yang sama kena faham rukhsah bukan bermaksud tak payah tetapi keringanan, nanti dah habis Ramadan ganti semula puasa tu.
Macam rukhsah jamak taqdim dan jamak taakhir. Keringanan untuk solat bukan tak payah solat.
Uish. Punya tak best puasa selain Ramadan, tak ada kawan nak sahur wooooo. Dah dah, kalau sakit jumpa doktor. Doktor pun ramai dah belajar fiqh perubatan tau.
Walaupun dalam keadaan sarat hamil, tetapi Isteri kepada pelakon Remy Ishak tetap menemani suaminya dan bersenam bersama-sama.
Ezza Yusof sering memuatnaik video dia dan suami bersenam bersama-sama untuk kekal sihat dan cergas. Ada sesetengah netizen memuji dia kelihatan comel dan kagum bentuk badannya masih dapat dikekalkan walaupun dalam keadaan hamil.
Aktiviti seperti ini bagus untuk ibu yang hamil kerana dapat membantu menguragkan risiko menghidap pra-eklampsia selain itu, mengeklakan kecergasan juga boleh membantu mengelakkan kencing manis semasa hamil. –Portal Myhealth
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...