Duit raya atau duit simpanan anak, apa yang anda buat. Simpan dalam bank atau buat belanja beli apa-apa. Jika anda ada plan nak buat simpanan, waktu anak masih kecil
ini lah masa yang sesuai.
Simpanan ini untuk masa depan anak-anak dan jika konsisten ia boleh memberi pulangan lumayan terutama untuk perbelanjaan pendidikan bila nak sambung belajar.
Perkongsian dari Penasihat Kewangan, Inaz Hashim ini boleh membantu anda membuat pilihan tepat.
DUIT RAYA ANAK NAK LETAK KAT MANA?
Saya belanja panduan bagaimana nak menyalurkan duit tersebut.
1) BELI MAINAN UNTUK ANAK-ANAK
Sebenarnya, cara ini langsung tidak pernah saya amalkan kerana setiap bulan saya kan menyediakan bajet untuk membeli mainan anak-anak. Tetapi, jika mahu membenarkan juga, jangan biarkan mereka menggunakan 100% duit tersebut.
Demi masa depan generasi kita, kita perlu didik & tanam tabiat menyimpan seawal mungkin dalam minda anak-anak kita.
Benarkan mereka guna maksima 50% dari duit raya tersebut, lebih sikit lebih bagus.
Nego dengan mereka ya. Jangan guna kuasa veto pula.
2) Akaun Simpanan-i
SIMPANAN = Selamat, Mudah & Cepat untuk dikeluarkan
Tetapi, anda perlu tahu, akaun simpanan hanya memberikan purata 1-2% setahun.
Tak cukup pun nak mengatasi Inflasi 3-4% setahun. Jadi, apa maknanya?
Anda rugi menyimpan untuk jangkamasa yang lama.
Cuma, SIMPANAN ini selamat kerana ada perlindungan PIDM, mudah & cepat dikeluarkan.
Kepada yang muslim, pastikan akaun simpanan itu Islamic akaun ya supaya bebas Riba.
3) Akaun Simpanan Tetap-i ( Fixed Deposit )
Dalam akaun ini, anda akan menyimpan duit dalam tempoh yang ditetapkan ( 3bulan @ 6bulan@ 12bulan@ 18bulan ) Lebih lama anda simpan, lebih tinggi kadar keuntungan yang anak dapat.
Antara 3-4% setahun. Penalti akan dikenakan jika dikeluarkan awal dari tempoh perjanjian.
Namun, kadar ini semakin berkurangan sejak tahun lepas, antara 2-3% kerana ianya berkadar langsung dengan OPR. Jadi, bukanlah alternatif yang baik buat masa ini untuk pilihan pelaburan tetapi ianya inshaAllah selamat.
Jika ada promosi, anda sebenarnya boleh dapat lebih dari tu. Tapi, kena selalu alert dengan promosi dari bank-bank tertentu. Boleh refer link di bawah untuk maklumat lanjut.
Website : https://www.imoney.my/ms/simpanan-tetap
4) Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN-I Plus )
Pilih SSPN-i Plus, lebih bagus dari SSPN-i biasa. Kenapa?
– Dijamin kerajaan ( selamat )
– Ada manfaat takaful
– Perlepasan cukai sehingga RM8,000 setahun
– Pulangan purata 4% setahun
Jadi, jika anda boleh mencapat matlamat kewangan dengan menyimpan di sini, boleh simpan. Tiada masalah. Mak ayah yang membayar cukai, wajib simpan duit anak anda di sini ya.
Website : https://tabungpendidikan.my/
5) Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
Akaun yang semua orang wajib buka jika berstatus bumiputera.
ASB merupakan UNIT TRUST pada KADAR TETAP ( beli RM1, jual semula RM1 juga )
Faedah : Kadar keuntungan yang tinggi dengan pendapatan dividen purata 5-6% setahun. Cuma, kadar tersebut dilihat semakin berkurangan saban tahun.
Tetapi, ia tetap selamat kerana dijamin kerajaan.
Malah, sudah ada online akses & instrument perwarisan melalui Hibah!
Website : https://www.myasnb.com.my/
6) Unit Trust ( UT )
Ini merupakan pilihan instrument pelaburan. BUKAN SIMPANAN.
Ada keuntungan dari CAPITAL GAIN ( kenaikan harga unit trust kerana ianya bukan berkadar tetap ) dan juga DIVIDEN ( seperti ASB ). Ada 2 sumber keuntungan.
Memang terbaik ! Modal pula rendah boleh bermula RM1,0000 sahaja.
UT juga menawarkan kadar pulangan tahunan yang lebih tinggi dari instrument no. 2-5 Cuma anda kena faham ianya dalam tempoh jangkamasa yang lama ( lebih 10 tahun )
Jadi, jika anda ingin melabur untuk jangka masa pendek, ini bukan tempatnya !
Pemilihan dana juga mestilah betul. Bukan main masuk sahaj ikut cakap ejen. Bukan ikut company yang popular !
Perlu buat portfolio juga kerana unit trust pun banyak jenis dengan profile risiko & tempat pelaburan berbeza. Kena active management, bukan Buy & Hold long term. Itu tak betul !
TRICKS : Ada caj jualan : 1-5% one-off. Jadi anda rugi dahulu sebelum untung!
TIPS : Ada dana BERISIKO SEDERHANA yang memberikan pulangan hampir 10% setahun dan ada DIVIDEN yang tinggi setiap tahun ! Konsisten Return. Dana ini diuruskan oleh syarikat WARREN BUFFET Asia tetapi sayangnya masih ramai lagi tidak tahu tentang dana ini.
7) Saham
Saya sarankan untuk pelaburan, pilih saham yang berprestasi tinggi dan memberi pulangan dividen setiap tahun tetapi dijual pada harga rendah.
Jadi, anda kena tahulah tentang Fundamental analysis. Sekarang ni banyak saham yang tengah “SALE”. Jangan lepaskan peluang ini.
Pulangan pelaburan saham, sudahlah tentu lebih tinggi dari Unit trust. Terutama apabila anda melabur dalam masa yang betul. Sudah tentu boleh lebih 10% setahun.
Tetapi, kena faham rules ini “ High risk, High return “
Jadi, untuk jangkamasa panjang, juga merupakan instrument pelaburan yang baik & cepat cair.
EMAS ( Gold Bar )
Adakah membeli 1gram emas setiap bulan untuk setiap anak setiap bagus?
Saya ada tulis posting tentang emas dalam majalah labur bulan lepas .
Anda boleh refer kepada link di bawah untuk penerangan lanjut.
https://www.majalahlabur.com/…/berbaloikah-menyimpan-atau-…/
9) HARTANAH ( Beli Rumah )
Tak kurang juga yang memilih hartanah untuk masa depan anak-anak. Tak salah, bagus juga kerana akan ada CAPITAL GAIN & possible positive cashflow.
Cuma anda kena faham, anda akan ada KOMITMEN setiap bulan dalam tempoh jangka masa yang lama dan ianya TIDAK CAIR.
Hanya pilih cara ini jika anda mempunyai modal yang cukup, cashflow yang baik, ada “ holding power “, mampu sewakan hartanah tersebut dengan positif cashflow.
Jual sekiranya matlamat kewangan anda telah tercapai @ sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum anak anda hendak sambung belajar kerana dikhuatiri lambat untuk dicairkan.
Jika anda perlu khidmat nasihat profesional untuk membina portfolio pelaburan tanpa bias, saya ada menawarkan servis ini pada kadar caj yang berpatutan.
Inaz Hashim
MBBCH BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Security comission & BNM licensed Financial Planner
An ordinary member of Malaysia Financial Planning Council
www.inazhashim.com