Hasrat seorang pemuda untuk menambah simpanan musnah apabila duitnya berjumlah RM113,086.40 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja.
Siapa sangka tujuan untuk menambah simpanan, pemuda berusia 27 tahun itu berputih mata apabila peluang kerja sambilan yang diberitahu kepadanya tidak wujud.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pemuda berkenaan yang merupakan seorag pegawai perubatan telah berkenalan dengan seorang individu melalui satu aplikasi dan ditawarkan kerja sambilan.
Ads
Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat tinjauan mengenai kecekapan tenaga dan akan mendapat pulangan komisen sebanyak 20 peratus setelah selesai membuat tinjauan melalui pautan yang diberikan.
Ads
“Tertarik dengan pulangan komisen lumayan serta tawaran kerja sambilan tersebut, mangsa telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah web. Bagi mendapatkan pautan tinjauan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.40.
Melalui paparan laman web yang dimuat turun, mangsa telah mendapat keuntungan sebanyak RM130,000. Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Ads
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga denda.
Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.
“Perkara ini harus kita teruskan sebab undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Jadi perkara ini adalah penting untuk kita laksanakan, ini adalah jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pihak industri dan majikan.
Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.
Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.
Selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 ini juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.
Salah satu kekangan yang berlaku dek kerana pandemik Covid-19 ini adalah anak-anak yang tidak dapat ke sekolah. Mula-mula mungkin seronok tak perlu ke sekolah, tapi bila dah lama sangat wujudlah rasa rindu pada cikgu dan rakan-rakan.
Pun begitu, sesi pembelajaran PdPR dijadikan inisiatif agar anak-anak tidak tertinggal dalam pelajaran dan dapat berjumpa dengan cikgu serta rakan-rakan walaupun hanya sekadar melalui atas talian.
Seorang cikgu menerusi akaun TikTok telah memuat naik ragam comel anak muridnya yang meluahkan rasa rindu padanya kerana sudah lama tidak berjumpa. Sempat juga si comel itu menunjukkan segala alatan sekolahnya yang baharu untuk digunakan tahun hadapan. Ada dua bahagian video ini dan kedua-duanya menyentuh perasaan.
Lebih manis lagi apabila anak muridnya yang bernama Auni itu sanggup menunggu sehingga rakan-rakannya keluar dari kelas Google Meet sebelum melahirkan rasa rindu pada cikgunya, Jina Ulau Jok.
Menerusi portal mStar, Cikgu Jina memberitahu bahawa Auni merupakan salah seorang daripada 25 murid prasekolah yang diajarnya di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Teluk Intan, Perak. Auni juga digambarkan sebagai seorang anak yang peramah dan suka berkawan.
Tambah Cikgu Jina, dia telah bersembang lebih kurang satu jam dengan Auni sebelum talian terputus. Kemudian dia dihubungi oleh ibu Auni yang memberitahunya anak kecil itu menangis kerana mahu bersembang lagi.
Video perkongsian Cikgu Jina mendapat perhatian ramai orang dan sehingga kini dua video yang dikongsinya telah meraih lebih 53,00 dan 178,000 jumlah tontonan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak picky eater atau terlalu memilih makanan pasti menjadi sukar kepada mak ayah untuk makan di luar. Makanan dan kedai menjadi sedikit terhad hanya kerana terpaksa mengikut selera anak.
Hal ini tidak berlaku kepada bapa ini, Norizwan Azlan yang berkongsi tip mengajar anak autismenya mencuba semua jenis makanan.
Dari hanya makan nasi dan sup, lama kelamaan si kecil kesayangan itu kini sudah boleh menerima kesemua jenis makanan. Memang menarik. Jom ikuti perkongsian tipnya.
Anak aku yang pakai baju kurung, yang sebelah tu kawan dia. Dua dua autisme. Kawan dia tu aku tak pasti kenapa dia tutup telinga, tapi aku rasa, mesti ada bunyi yang dia tak suka.
Ni gambar masa ada jamuan raya kat sekolah anak aku. Takde apa nak citer sangat tapi saja nak share pasal anak autisme yang picky eater ni.
Dulu anak aku memang picky eater giler giler punya. Dia cuma makan nasi dengan sup. Kalau keluar, aku kena cari kedai makan yang ada sup. Takde sup, tak layan.
Jenuh weh macam tu. Yelah, sebelum tu kita dah makan kat mana mana kita nak, tapi bila ada anak camni, pilihan kedai jadi terhad.
Tapi lepas tu, aku try paksa dia makan nasi goreng cina. Mula mula memang dia melawan, tapi lama lama, nasi ni jadi faveret dia.
So bertambahlah menu dia. Nasi bersup dan nasi goreng cina. Tapi still terhad ni weh. Aku pun mula belajar taktik baru. Aku tahan dia daripada makan. Aku bagi dia lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu aku bagi makanan yang luar dari ruang lingkup kegemaran dia.
Sekali nah kau, bila dah lapar giler, dia bedal je. Kari, ayam masak merah, daging masak kicap, ikan tiga rasa, semua dia sebat. Masa tu, barulah dia rasa apa itu erti sebenar kesedapan.
Sekarang, aku dah boleh makan kat mana mana kedai aku nak sebab anak aku ni dah boleh makan sama taste dengan aku.
Memang banyak benda dia dah makan. Spageti bolonis yang masam tu pun dia bedal.
Aku saja share ni sebab tengok ada parent yang mengadu anak dia picky eater. So suggestion aku, kadang kita kena bagi anak kita tu lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu, memang dia akan makan je apa yang terhidang. Tapi, ada tapinya ye. Ada juga anak autisme, yang memang takkan sentuh makanan lain selain makanan kegemaran dia.
Maybe yang tu, kenalah usaha cara lain. Cara aku ni mungkin tak sesuai. Aku pun sekadar berkongsi je. Ni bukan satu kemestian pun nak ikut ye.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Namun, di zaman serba moden ini, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi, termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar.