Setiap kali raya, anak-anak pasti teruja mengumpul duit raya. Ada sesetengah tu duit raya akan di simpan dalam bank dan ada juga anak-anak yang menggunakan duit raya untuk membeli ‘barang’ yang diidamkan.
Bagaimanapun, ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan duit anak atas sebab tertentu. Kalau diikutkan hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.
Simpan dalam akaun anak
Buka akaun simpanan untuk anak-anak. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah terus menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank mereka.
Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
ARTIKEL MENARIK [Kalau Anak Degil, Tak Dengar Kata. Cuba Kita Tengok Diri Kita, Kita Pemimpin Anak-Anak]
Ya, memang mereka masih kecil lagi, tak boleh guna duit banyak-banyak dan mereka tak tahu menggunakannya dengan bijak. Ibu bapa bantulah mereka menyimpan duit raya di akaun simpanan mereka. Bila dewasa kelak, bolehlah mereka gunakan duit simpanan itu untuk pendidikan, beli barang keperluan sekolah dan lain-lain.
Kita nak duit, kita kena cari sendiri. Jangan ambil walaupun anak tak tahu kita gunakan duitnya. Ingat tu. Kita sebagai pemegang amanah kenalah jaga amanah ini betul-betul.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.
“Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walaubagaimanapun ia perlu dibayar segera,” katanya.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus via The Reporter