Duit Raya Anak ‘Hilang Tanpa Kesan’? Ini Cara Terbaik Ibu Ayah Kena Buat

Share

Raya dah habis tapi duit raya anak-anak dah simpan ke belum? Ingat ya, sementara anak-anak masih kecil ibu bapa dianggap pemegang amanah duit anak. Tidak kira jumlahnya banyak atau sedikit, penting untuk buat simpanan. Bagaimanapun ada sesetengah ibu bapa lebih selesa menyimpan duit raya anak-anak di rumah sahaja kerana kekangan waktu untuk pergi menyimpan di tempat yang lebih selamat.

Sebenarnya cara simpanan begini tidak begitu disarankan kerana dalam sesetengah situasi, mungkin duit raya ini akan dibelanjakan. Simpanan di rumah juga tidak selamat kerana kita mungkin tersalah letak dan duit ini tidak dapat ‘dikesan’. Dalam zaman moden, sesetengah orang lebih selesa untuk memberi duit raya melalui online. Cara ini lebih mudah untuk ibu bapa membuat pengesanan dan bonusnya, ia boleh terus dipindahkan ke tempat yang lebih selamat!

Galakkan Anak Untuk Sama-Sama Menyimpan!

Sekiranya mendapat galakan dari ibu bapa, sudah tentu anak-anak boleh dididik untuk menyimpan duit sendiri. Melalui perkongsian untuk segmen Borak Pa&Ma, Pn Kay Bee Rahim yang merupakan seorang Perunding Kewangan Bertauliah ada menjelaskan tentang kaedah yang boleh digunakan untuk melatih anak suka menyimpan duit mereka:

Dari perkongsian ini, kita boleh juga gunakan untuk simpanan duit raya. Apabila menerima duit raya dari ahli keluarga atau rakan-rakan, kita boleh mewujudkan tabung khas untuk anak-anak. Masukkan semua duit raya anak-anak ke dalam tabung dan kira jumlahnya. Kemudian, bolehlah disimpan atau dilaburkan di tempat yang lebih ‘selamat’.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan anak-anak, kita harus pastikan kaedahnya betul. Jadi tidak akan ada sebarang masalah dalam mengendalikan duit anak secara berkesan. Paling bagus bila kita boleh simpan semua duit anak tetapi ajarkan juga kepada mereka apa itu simpanan wang dan apa kepentingannya.

Apabila dididik dari awal tentang kebaikan menyimpan duit, anak-anak pasti akan teruja dan suka untuk menyimpan. Jika anak mahu menguruskan duit mereka sendiri, ketika inilah ibu bapa perlu bijak memainkan peranan. Wujudkan situasi win-win. Macam mana tu?

Sebagai contoh, ibu bapa boleh berkongsi perancangan kewangan yang telah dibuat. Ceritakan kepada mereka kegunaan duit yang disimpan adalah untuk kebaikan mereka pada masa akan datang. Tip terbaik untuk buat anak lebih seronok untuk menyimpan duitnya adalah dengan berkongsi jumlah duit raya yang ada dalam simpanannya. Berikan mereka kata-kata semangat untuk terus menyimpan, pasti mereka teruja!

Satu lagi contoh lain apabila anak meminta untuk membelanjakan duit rayanya. Tak salah pun kerana itu duit mereka. Jadi janganlah dihalang tetapi ibu bapa boleh buat ‘perjanjian’ dengan anak. Duit raya yang ada boleh dibelanjakan tetapi perlu juga disimpan. Jadi, guna formula 30 peratus untuk belanja dan 70 peratus lagi untuk disimpan.

Jangan paksa tapi ceritakan kepada anak mengapa kita perlu membuat simpanan. Dengan penjelasan yang betul, anak-anak akan jadi lebih mudah faham dan tidak kisah duit raya mereka disimpan. Jangan pula terlalu ikutkan kemahuan anak sehingga semua duit rayanya habis dibelanjakan.

Tempat Terbaik Untuk Buat Simpanan, Ibu Bapa Kena Tahu!

Salah satu perkara yang difikirkan ketika mahu buat simpanan, di mana yang paling sesuai? Ibu bapa akan membuat survey dan memilih cara simpanan terbaik dan paling mudah. Tak perlu fikir lagi, pelaburan yang dibuat di ASNB sememangnya menjadi pilihan!

Tahukah anda, ASNB sedang menjalankan kempen Labur Raya 2021 ASNB yang telah bermula sejak 15 Mei sehingga 31 Julai 2021 ini? Yang menariknya kempen ini kerana dengan membuat simpanan duit raya, anda dapat lagi duit raya!

ASNB telah mengambil inisiatif untuk memberikan duit raya kepada 3000 orang kanak-kanak yang membuat simpanan. Apabila membuat simpanan dan pelaburan di ASNB, anda berpeluang untuk memenangi sehingga RM200,000 untuk dikongsikan bersama. Anda boleh memilih sama ada untuk menyimpan di akaun ASB, ASB 2 atau ASB 3 Didik.

Dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk kita membuat simpanan melalui kaunter atau ejen-ejen ASNB. Gunakan saluran digital seperti portal myASNB dan aplikasi, perbankan internet atau mesin ATM Maybank untuk memasukkan duit ke akaun anak anda.

Supaya lebih konsisten menyimpan, anda boleh membuat potongan Auto Labur dengan pendaftaran serendah RM30 sahaja untuk akaun anak-anak. Jika belum mendaftar Auto Labur, anda berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM10 sekiranya menjadi salah seorang daripada 2500 pendaftar pertama Auto Labur Akaun Bijak.

Macam Mana Nak Daftar Auto Labur?

Jangan susah hati, prosesnya mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

1. Log masuk myASNB.
2. Pilih Akaun Bijak.
3. Tetapkan jumlah dan tarikh potongan bulanan.
4. Pendaftaran anda telah berjaya!

Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB? Klik sahaja di SINI

Published by
Wan Amy