Duit raya paling ‘meriah,’ dua kanak-kanak perempuan dapat lebih RM29,000. Sepasang suami isteri berkongsi klip video memaparkan duit raya yang dikumpulkan oleh dua anak mereka berjumlah 100 juta rupiah (RM29,375), lapor portal berita Wolipop.
Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana mengusahakan perniagaan kosmetik di Indonesia terutamanya produk kecantikan jenama MS Glow.
Menerusi klip video dikongsikan di laman Instagram, suami isteri itu menunjukkan duit raya anak mereka yang bukan sahaja diterima dalam denominasi rupiah, bahkan dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.
Artikel lain: Raya Kali Ni, Betul-Betul Rezeki Bilal. Dapat Duit Raya RM14,020!
Video tersebut turut memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp menunjukkan anak pertama Shandy dan Gilang iaitu Felis mendapat duit raya berjumlah 33 juta rupiah (RM9,697).
Anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).
Shandy kemudian berkongsi video berbeza menunjukkan dia membawa kedua-dua anaknya untuk menyimpan duit raya mereka di sebuah bank.
Menurutnya, jumlah keseluruhan duit raya pada tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Itu bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih setahun,” kata seorang pengguna Instagram.
Lagi artikel: Sedekah Duit Raya, Sunnah Nabi Gembirakan Kanak-Kanak, Tapi Jangan Ajar Anak Meminta!
“Banyak betul duit raya anak orang. Anak saya dapat 200,000 rupiah (RM58.75) pun sudah Alhamdulillah,” kata netizen lain. – AGENSI
Sumber: Kosmo online
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my