Setiap kali melewati Instagram pelakon, Wawa Zainal, jarang sekali kita menyaksikan perkongsian yang menyentuh hati. Baik Wawa mahupun suaminya, Aeril Zafril, kedua-duanya dilihat cukup ceria, kelakar, sweet dan aktif.
Tidak dibuat-buat tetapi inilah kebahagiaan yang dimiliki pasangan ini. Malah inilah kebahagiaan Wawa Zainal selepas bergelar ibu. Kata Wawa, dia bersyukur di kala usianya 29 tahun kini, dia bersyukur dengan anugerah kurniaan Allah SWT akan tiga zuriatnya yang sentiasa memberi kebahagiaan.
Berubah demi anak-anak
” Untuk sampai ke tahap ini sebenarnya alhamdulillah. Banyak yang Wawa dan suami lalui untuk sampai ke tahap ini. Apa yang boleh Wawa katakan, kejayaan Wawa dan suami ini bukan datang bergolek, kena usaha sebaik mungkin, segila-gila yang mungkin.
“Macam Wawa dan Aeril, banyak yang kita dah lalui di masa lalu, kena tipu, rugi beratus ribu. Itu adalah normal kita langgar beberapa dinding sebelum kita mencapai apa yang kita sekarang. Apa yang Wawa boleh katakan bukan mudah.
“Actually kita punya pencapaian hari ini pastinya adalah anak-anak. Setiap kali pandang muka anak-anak, saya selalu fikir, apa saya nak beri dan lakukan untuk pastikan masa depan anak-anak baik, dapat kehidupan yang lebih baik, pendidikan lebih baik, dapat permainan yang anak-anak inginkan, jadi saya kena usaha lebih,” kongsi Wawa lagi yang merupakan penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms.
Ads
Pernah hidup susah di awal perkahwinan
Kata Wawa lagi, di awal perkahwinannya dahulu, dia pernah melalui kesusahan dan acapkali selalu memikirkan pelbagai perkara terutama mengenai kehidupannya selepas dikurniakan anak.
“Bila Wawa lahirkan anak pertama dahulu, bukan mudah sebab Wawa ingat lagi masa tu, duit simpanan kami masa tu cukup-cukup je. Bila pandang muka anak, kami menangis sama-sama, di situlah kami decide utnuk ubah kehidupan kami masa tu.
“Masa awal perkahwinan kami dulu pun ramai orang yang memandang rendah keputusan kami. Ada juga mulut-mulut yang cakap perkahwinan kami tak akan kekal lama, akan hidup susah dan akan kembali merayu minta job dan sebagainya.
Ads
“Jadi semua itu jadi pembakar semangat untuk kami ubah hidup kami waktu itu dan buktikan pada semua yang kami pun boleh berjaya,” luah Wawa lagi.
Menangis marah anak-anak
Ketika ditanya mengenai cabaran dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar, berkongsi menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, Wawa mengakui dia juga sama seperti ibu lain yang adakalanya sering marah pada anak-anak, kadang kala menangis dan bermacam ragam lagi.
“Kita ni macam-macam emosi ada, lepas marah anak rasa menyesal lepas anak tidur. Itu biasa. Wawa kalau nak marah anak, dulu ye memang selalu marah anak tapi sekarang Wawa ambil pendekatan Aeril yang lebih tenang, marah tapi lebih terkawal.
Ads
“Of courselah kita semua nak yang terbaik buat anak. Pada Wawa, Wawa nak anak-anak jadi anak yang berguna pada penciptaNya, biar mereka menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa mendoakan Wawa dan Aeril kelak,” kata Wawa lagi berkongsi.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Bismillah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Bismillah dan selawat. Berdoalah agar dilindungi uri anak anda semasa meletakkan uri dalam lubang dan menimbusnya.
Semoga dengan tip yang Pa&Ma kongsikan ini dapat membantu para bapa untuk membersihkan uri anak. Membersihkan uri merupakan salah satu tertib yang perlu anda laksanakan ketika menyambut kedatangan ahli baru dalam keuarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi nak gembirakan hati anak-anak tak lah sesusah mana, gurau sikit dan usik-usik anak dah cukup terhibur.
Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih bijak mindanya? Dalam hal ni mama papa kena kenal pasti jenis permainan. Bercerita pada anak, kita nampak macam membosankan tapi sebenarnya kalau pandai olah dan triknya, anak cukup suka.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) ni kongsikan trik bercerita pada anak. Paling penting katanya, cara ni buat anak lebih bijak dan mindanya pun diasah dengan baik.
Kanak-kanak suka bermain, itu memang naluri semulajadi mereka! Malah, tidak salah jika kita membuat tanggapan bahawa antara pengalaman hidup yang paling bermakna semasa usia pendidikan praformal antara 0-6 tahun adalah pengalaman bermain.
Pada masa yang sama, dapatkah kita sebagai papa dan mama juga pendidik prasekolah mengambil peluang agar aktiviti bermain si kecil membawa lebih manfaat kepada dirinya? Jawapannya, sudah pasti! Syaratnya mudah, pastikan anda memberi masa dan ruang dalam jadual seharian untuk ‘bermain’ bersama-sama si kecil anda walaupun sekadar 1 jam setiap hari. Latihan dan ‘permainan minda’ di bawah amat disyorkan untuk si kecil.
1. Selain daripada bermain dan bergerak secara aktif, si kecil pada peringkat usia pendidikan praformal cenderung untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Maka, luangkan sedikit masa dan berikan ruang kepada si kecil anda untuk bercerita, menyanyi dan mungkin juga berjoget untuk memberi gambaran aktiviti hariannya di taman pendidikan prasekolah.
2. Belajar untuk tunjukkan minat dan minta anak bercerita, membuat lakonan semula atau apa sahaja aktiviti di mana dia boleh berkongsi aktiviti pada hari berkenaan. Anda pasti tidak akan kering gusi!
3. Permainan jenis memori bantu anak untuk tingkatkan daya ingatan si kecil. Tak payah tunggu waktu sesuai, di dalam kenderaan ketika balik dari tadika atau di mana-mana sahaja yang selesa. Contoh, suruh anak fokus pada bangunan yang dilihat di luar kereta, misalnya kemudian minta si kecil ceritakan balik rupa bentuk bangunan tu. Simple.
Bila melepasi pasar raya, tanya pada anak, “Adik, kalau kita pergi ke pasar raya, apa 10 benda yang boleh kita beli dekat situ?”
4. Saya amat yakin bahawa minda yang aktif perlu latihan yang lebih tradisional seperti bermain teka-teki. Teka-teki memaksa minda untuk berfikir jauh dan tidak hanya secara logik semata-mata. Terserahlah kepada mama dan papa untuk mencari teka-teki yang sesuai. Di tadika, cikgu prasekolah boleh menggunakan teka-teki sebagai aktiviti kumpulan besar di dalam kelas terutama untuk kanak-kanak yang lebih matang.
5. “Siapa nampak… nampak tak?”. Aktiviti minda klasik ni cukup sesuai dimainkan ketika sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Di Barat, permainan minda seperti ini kita panggil “I spy with my own eyes…” Permainan minda ini dan variasinya membantu si kecil anda untuk mengikuti arahan, meningkatkan tahap fokus, mengembangkan bahasa dan meningkatkan kesedaran ruang (spatial awareness) mereka.
6. Perjalanan dalam kereta sebenarnya memang membosankan. Bukan kita saja, anak-anak pun sama. Buat teknik kira-kira. Minta si kecil congak secepat mungkin setiap plet atau nombor kenderaan yang mereka nampak, seperti ‘AER 987’ (sama dengan 24). Satu lagi variasi ialah meminta si kecil beri satu ayat yang ada makna untuk setiap abjad yang dia lihat, misalnya ‘Ayam Ekor Rosak’ berdasarkan plet atau nombor tersebut. Menarik.
Jadi lepas ni kalau dalam kereta, jangan diam saja layan perasaan masing-masing. Cipta momen sambil asah minda anak-anak. Percayalah bila anak dah besar nanti, inilah momen yang paling diingati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tak sedih melihat anak yang dilahirkan diuji dengan kesakitan. Namun semua ini harus dilalui dengan tabah dan reda. Susah sekalipun, dalam doa seorang ibu, pasti nak yang terbaik buat anaknya.
Apa yang meruntun hati orang ramai, di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Suee Anna, dia meluahkan rasa sedih apabila anaknya menghidap penyakit kulit sehingga kulit kanak-kanak itu bersisik dan mengelupas.
Walaupun anak diuji dengan penyakit kulit, sikap positif dan tak pernah putus asa berusaha mengubati penyakit anak lelakinya itu wajar dipuji.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh ibu ini, dia berkongsi kisah anaknya, Muhammad Izzat Rafael yang menderita dengan penyakit kulit ketika dalam pantang lagi.
Lagi sebak di usia yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa lagi, Izzat hanya mampu menangis menahan kesakitan tiap kali rasa tak selesa.
Anak start sakit masa umur sebulan. Gambar dari umur sebulan sampai sekarang memang penyakit dia akan naik sebulan sekali. Bayangkan dalam pantang dia menangis sebulan tak tahu punca kenapa dia menangis.
‘Doakan Muhammad Izzat sihat’
Ujarnya lagi, doktor mengesahkan anaknya itu menghidap penyakit Psoriasi Pustular iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkerak serta ditutupi dengan kulit mengelupas.
Tak sanggup nak pertahankan hati, jiwa dan raga saya tengok dia tahan sakit derita yang dia hadapi bukan saya minta simpati.
Doktor cakap sakit Psoriasis Pustular di mana doktor suruh saya follow up dan dia kata anak saya ni 70% boleh sembuh.
Ibu ini juga turut menyatakan bahawa anaknya akan bersalin kulit pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, dia reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan berharap ada peluang untuk Izzat sembuh suatu hari nanti.
Sebelum ini pun, adik Izzat pernah mendapat kunjungan daripada Datin Eina Azman. Kedatangan Datin Eina cukup membuatkan keluarga ini terharu dengan keprihatinannya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah penyakit kulit Izzat.
@sueeanna96 Terima kasih sudi melawat ank sya Datin eina Azman , alang2 ad shooting area kedah 🤲🏻🤲🏻💕💕 mcm xcya datin sudi mai melawat tgok izzt #fyp♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali
Seperti yang diketahui, Datin Eina dah pernah beberapa kali bantu kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit dan alhamdulillah dengan izinNya sembuh. Moga ada sinar untuk adik Izzat sihat dan boleh bermain seperti kanak-kanak sebaya dengannya.
Tiada apa yang diharapkan oleh ibu ini melainkan ada keajaiban dari Allah SWT. Sama-sama kita doakan urusan adik Izzat dan keluarganya dipermudahkan. Mana tahu suatu hari nanti Izzat dapat kembali sihat dan pulih seperti biasa. Amin Ya Rabbal Alamin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.