Setelah disahkan bebas kanser limfoma tahap empat, tiada yang lebih bermakna buat penyanyi, Elyana. Seolah-olah dapat satu ‘kehidupan baru’ yang selama ini ditunggu-tunggu.
Menurut Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, dia mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan. Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.
Berat badan dah naik, selera makan bertambah
Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
Ads
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” katanya.
Anak-anak paling gembira
Ads
Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.
“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.
“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.
“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.
Ads
“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” katanya.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus atau resdung yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
google image
Dalam satu perkongsian oleh Dr Ezairy M Sallih, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT), jika tanda-tanda seperti kerap bersin, hidung tersumbat dan kadang kala berlaku pendarahan pada hidung, ibu ayah boleh lakukan perkara-perkara seperti yang disarankan. Ia mudah, selamat dan amat penting sebelum membawa si kecil anda ke klinik atau fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Anak Baru Lima Tahun, Nampak Sihat Tapi Hidung Selalu Berdarah
Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
google image
Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Anak Sering Bersin, mata berair, kadang pendengaran juga terganggu
Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
google image
Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ikut Langkah Ini Jika Si Kecil Anda Diserang Resdung Yang Serius
Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.
Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.
Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!
Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.
Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.
Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.
Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Kes kenaikan demam denggi kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember lalu, kes demam denggi meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.
Menurut Dr Noor Hisham, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.
Bahkan menurutnya lagi, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
Kongsinya lagi, usahakanlah untuk menjaga kebersihan di sekeliling rumah bagi membendung masalah ini.
Beliau turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.
Pesan beliau, bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.
Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur.
Tanda-tanda demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti;
* Demam panas
* Sakit kepala
* Sakit tulang belakang
* Sakit sendi-sendi
* Loya dan muntah-muntah
* Sakit biji mata
* Ruam
Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti;
* Mudah lebam.
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
Bagi memastikan anak-anak dan keluarga terlindung dari jangkitan denggi ini ada baiknya kita usahakan untuk menjaga kawasan sekeliling rumah. Apa mak ayah perlu buat?
* Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di rumah.
* Buang bekas yang boleh menakung air.
* Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup.
* Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
* Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
* Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
* Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
* Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
* Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
Pelakon, Nazrief Nazri belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya walaupun sudah 2 bulan menimang cahaya mata.
“Sudah dua bulan isteri bersalin. Saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nickname anak iaitu Noah A.
“Orang pun tak tahu nama penuh anak kami… Cukuplah kami panggil baby Noah di laman sosial.
Menurutnya lagi, dia dan isteri bukan hanya menjaga privasi keluarga malah keluarga jugak menasihati agar tidak mendedahkan nama penuh anak untuk mengelak dari terkena penyakit Ain.
“Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, beberapa perkara berkongsi juga dengan pengikut.
“Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik)
“Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat babt.
“Itulah sebabnya kami guna nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!
Nazrief menimang cahaya mata sulung setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
Cahaya mata sulung lelaki mereka dilahirkan pada 19 Julai lalu disebuah pusat perubatan di Putrajaya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan khemah pasukannya.Selepas menerima rawatan...