Lain anak lain penangannya ketika mengandung. Ada kehamilan yang langsung tidak alah tetapi ada juga yang terlebih alahannya pada kandungan yang lain. Berbeza.
Bagi Dr Fatin Liyana yang kini hamil anak ketiga, dia mengalami alahan yang agak teruk sehingga kandungannya mencecah usia lima bulan.
Pun begitu kita doktor cantik ini lagi, kini dia semakin baik malah sudah boleh memasak menu kegemarannya di usia kandungannya kini yang mencecah tujuh bulan.
“Sebenarnya I mengalami alahan yang sangat teruk bermula UPT +ve sehingga kandungan mencecah 5 bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagram.
Malah ibu kepada Ajda dan Nolan ini juga hanya naik berat badan sebanyak 5kg gara-gara alahan teruk yang dialaminya.
Pun begitu selepas detik waktu yang memeritkan bagi semua ibu hamil, kata Dr Fatin lagi dia kini sudah semakin baik. Malah dek kerana begitu teringin makan Ayam Kicap Pedas, dia kini sudah boleh memasak seperti biasa.
Bukan itu sahaja malah selera makannya kini juga sudah semakin pulih.
“Walaupun kandungan kini sudah mencecah 7 bulan tapi I hanya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 5kg sahaja.
“Jangan gusar kerana sejak alahan sudah beransur hilang, nafsu makan I sudah kembali pulih. Macam-macam homecooked food I mengidam antaranya Ayam Kicap Pedas ini,” kongsinya lagi yang turut sama meninggalkan
#pregnancyjourney.
View this post on Instagram
Semoga kandungan Dr Fatin semakin baik malah dipermudahkan untuk kelahiran bayi ketiganya dua bulan lagi.
Menarik: Lepas Asyik Batuk Selesema, Akhirnya Terjawab, Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru-Paru
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI