
Tindakan Matin yang merupakan anak kepada arwah Siti Sarah dan Shuib mengutip sisa makanan yang bersepah di lantai ketika adiknya Ayash Affan makan mengundang sebak netizen. Ramai netizen yang memuji dan sebak teringat akan arwah Siti Sarah. Dalam pada masa yang sama, netizen mendoakan kesemua cahaya mata yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
@suciuwais Baik betul abang matin . #ayashaffan #fyp #ariqmatin #food #cucuatuk ♬ Du Di Dam – Anak Anak
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sekadar info, hasil perkongsian hidup arwah Siti Sarah dan Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragis Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Ditetak Bapa. Hasil Ujian Air Kencing Suspek Positif Dadah & Peminum Ketum Tegar

Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
DITETAK PADA KEPALA & PERGELANGAN TANGAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
HALUSINASI
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
POSITIF DADAH & PEMINUM KETUM
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Kembar Didenda 100 Kali Lompat Bintang Di Tadika, Ibu Bapa Tuntut Keadilan

Anak Kembar Didenda 100 Kali Lompat Bintang di Tadika Taiwan
Letih, rebah dan muntah, itulah nasib malang yang menimpa sepasang anak kembar berusia empat tahun apabila mereka didenda melakukan lebih 100 kali lompat bintang serta berlari puluhan pusingan di sebuah tadika di Taiwan. Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengundang kemarahan ramai ibu bapa, malah membuka mata masyarakat tentang bahaya hukuman fizikal terhadap anak kecil.
Menurut laporan Must Share News, kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa si kembar menonton rakaman CCTV sekolah selepas anak-anak mereka mengadu terlalu penat dan enggan ke tadika. Dalam video yang tular, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat bergelut menyelesaikan hukuman fizikal tersebut malah beberapa kali rebah ke tanah kerana tidak mampu meneruskan aktiviti berat itu.
Guru Disiasat Selepas Rakaman Tular
Lebih menyedihkan, apabila salah seorang daripada mereka muntah akibat kepenatan, guru berkenaan hanya menyalahkan anak itu kononnya kerana “makan terlalu banyak”. Hati ibu bapa mana yang tidak remuk melihat anak kecil diperlakukan sebegitu rupa?

Biro Pendidikan Tainan kemudiannya menjalankan siasatan dan mengesahkan memang berlaku hukuman fizikal di tadika Taiwan tersebut. Dua guru terlibat dikenakan denda seorang sebanyak NT$54,000 (RM7,400) dan seorang lagi NT$48,000 (RM6,600). Mereka juga diwajibkan menghadiri latihan pemulihan sebagai peringatan untuk tidak mengulangi kesilapan sama.
Namun begitu, ibu bapa kepada anak kembar itu tetap mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang anak-anak mereka mengalami kesan emosi dan trauma jangka panjang akibat insiden itu.
Pakar Psikologi: Hukuman Fizikal Tidak Efektif Untuk Anak Kecil
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, hukuman fizikal bukanlah cara mendidik yang berkesan untuk usia awal kanak-kanak. Pada usia empat tahun, anak masih belum mampu memahami konsep disiplin secara mendalam. Mereka memerlukan pendekatan lembut, komunikasi yang jelas serta bimbingan berulang untuk memahami peraturan dan tingkah laku baik.
Hukuman fizikal hanya menyebabkan ketakutan, bukan kesedaran. Ia boleh menjejaskan perkembangan emosi serta keyakinan diri anak, malah mencetuskan trauma yang mungkin berlarutan hingga dewasa.
Pengajaran Untuk Ibu Bapa dan Pendidik
Sebagai ibu bapa, kisah ini perlu dijadikan pengajaran penting. Kita perlu peka terhadap cara guru atau pengasuh mendidik anak-anak di pusat jagaan. Pastikan pendekatan yang digunakan berasaskan kasih sayang, bukan tekanan. Sekiranya anak tiba-tiba menunjukkan perubahan tingkah laku seperti takut ke sekolah, mudah menangis atau enggan bercakap jangan pandang ringan. Itu mungkin tanda mereka sedang mengalami tekanan atau trauma.
Pa&Ma Nasihat: Didik Dengan Kasih Sayang, Bukan Hukuman
💗 Pa&Ma Nasihat:
Anak kecil tidak perlukan hukuman berat untuk belajar menjadi baik. Mereka perlukan pelukan, penerangan yang lembut dan contoh yang baik daripada orang dewasa. Didiklah dengan hati, bukan dengan marah. Kasih sayang adalah asas sebenar disiplin yang berkesan.
BACA LAGI : Anak Kembar Di Tinggalkan Dalam Kereta Berkunci, Mak Ayah Pergi Beraya, Wargamaya Panas Hati!
Sumber : Kosmo Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Emak Sibuk Dengan Telefon, Anak Nyaris Terjatuh Ke Tingkat Bawah

Leka sesaat hampir meragut nyawa anak. Ibu ini yang sibuk dengan telefon hampir kehilangan nyawa anak.
Dalam kejadian yang berlaku di di Madellin, Colombia ibu terbabit bersama seorang anak perempuannya baru saja keluar dari lif untuk berurusan di pejabat di tingkat empat.

Dia dalam video rakaman kamera litar tertutup, ibu berkenaan asyik dengan telefon bimbit dan tidak memegang tangan anaknya. Tanpa disedari ibu ini, anaknya berjalan ke bahagian tepi lif untuk melihat ke bahagian bawah bangunan.

Baru sahaja mahu meletakkan tangan pada bahagian penghadang, namun tangan kanak-kanak itu tersasar lalu menyebabkan dia tertumus dan jatuh ke tingkat bawah.
Si ibu yang menyedari kejadian itu pantas melepaskan telefonnya dan berjaya menangkap sebelah kaki anak perempuannya itu.

Seorang lelaki yang bersama-sama dengan mereka semasa keluar dari lif melihat kejadian cemas berkenaan dan bergegas turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan nyawa si kecil.
Turut kelihatan beberapa kakitangan wanita di pejabat itu keluar untuk membantu si ibu menarik kanak-kanak berkenaan.
Sumber: www.alertabogota.com
Artikel berkaitan:[ Bapa Tertidur Kepenatan, Anak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 12 Balkoni Hotel]
[“Ingatkan Hilang Rupanya…” Anak 4 Tahun Gagal Dikesan Ditemui Selamat Tertidur Dalam Bas]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


