Bila berhadapan dengan anak-anak kecil, pastinya ada pelbagai perangai dan kerenah yang perlu di layan. Mereka hanya mahukan perhatian dari insan yang bergelar ayah dan ibu.
Sama seperti yang dikongsi ayah ini apabila si kecil hanya mahukan perhatian daripada ayahnya. Bukan niat untuk menganggu kerja seharian ibu bapa cuma mahukan sedikit rasa kasih sayang.
Saya pernah berjumpa seorang kawan. Mula-mula sekadar berborak biasa. Entah macam mana, boleh berborak pula mengenai anak-anak kami.
Dia cerita dulu dia seorang yang asyik marah pada anaknya. Dari seawal subuh, ada saja yang tak kena.
Anak makan terlalu cepat, ditegur kata gelojoh. Kalau susu di gelas tertumpah, habis dijeritnya cuai. Sapu mentega banyak-banyak atas roti dikatanya tamak.
Ada sekali tu, anak dia baru selesai mandi. Belum lagi badannya kering, dah terus disarung baju sekolah. Apa lagi, ditempik anaknya tu.
Dah jadi kebiasaan, bila tiba saja di sekolah, anaknya akan salam dan terus masuk ke pintu kecil sekolah.
Dan setiap kali tu lah, dia akan lambai ayahnya sambil tersenyum sebelum masuk ke kelas.
Ads
Tapi kawan saya kata mukanya tetap masam. Asyik mencari lagi apa yang tak kena.
Bila kawan saya balik ke rumah, apa saja yang anak dia main, ada saja salahnya. Main guli tak boleh. Main itu dan ini semuanya salah.
Satu malam, isteri dia tanya kenapa marah sangat dengan anak. Sepanjang masa, anak mereka baik saja.
Cuma kadang-kadang, dia merengek dan buat sedikit perangai.
Tapi dia kata dia tak endah. Sampai satu hari, dia tengah tekun baca surat khabar. Anaknya datang dan masuk ke bilik.
Ads
Kawan saya pandang sikit dan tanya nak apa. Dia rasa seperti budak tu datang nak mengganggu dia.
Perlahan-lahan si anak ni berjalan dekat dan peluk kawan saya ni dari belakang.
Tangan di sekeliling leher ayahnya, dan dia bisik, “Sayang ayah.”
Serta merta nafasnya rasa berat dan rasa itu pun berkumpul di dada. Anak tadi berlari terus ke bilik tidurnya.
“Apa dah jadi dengan aku ni,” kata kawan saya ni seorang diri.
Ads
Sibuk mencari salah anak. Ini rupanya hadiah seorang ayah pada seorang anak lelaki.
Bukannya dia tak sayangkan anaknya. Tapi dia berharap yang bukan-bukan dari anak kecilnya.
Budak kecil dianggapnya seperti anak yang sudah besar dan matang. Dilayannya seperti orang dewasa.
Pada waktu tu, barulah dia faham apa maksud isterinya. Terlalu banyak lihat apa yang silap, sampai dia lupa pada sifat anaknya yang baik, yang jujur dan penuh kasih sayang itu.
Dia lupa yang satu masa dulu, dia pun kanak-kanak juga yang hanya inginkan perhatian ayahnya.
Hari ni rumah kita penuh dengan gelak tawa dan tangisan anak. Satu hari nanti, rumah itu akan menjadi sunyi dan kita akan terasa betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Tidak dinafikan selepas sahaja berhari raya, ada ibu bapa yang terpaksa berbelanja menggunakan duit raya anak. Bukan mengambilnya tetapi meminjam terlebih dahulu daripada anak sementara tiba hari gaji. Tak salah jika nak pinjam tetapi perlulah dibayar semula kerana itu adalah hak anak-anak kita.
Perkongsian saudara Harith Faisal ini menarik juga untuk kita jadikan panduan. Malah cara telus yang dilakukan oleh bapanya ini wajar kita contohi supaya dapat memberi lebih inspirasi buat anak-anak kita untuk terus menyimpan.
“Ayah, tolong simpan duit raya Along ni. Ayah, duit raya Along dalam Tabung Haji dah ada berapa ya sekarang?”
“Ada dalam RM1,000 jugalah. Dari dulu sampai Along umur 10 tahun ni, memang ayah masukkan semua duit raya Along ke sana.”
“Wah! Banyaknya. Terima kasih ayah.”
Cukup saja umur 18 tahun, Along pun minta ayah tukarkan akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa. Along excited sangat ni. Tapi, luluh dan punah hati Along bila tengok baki terkini adalah RM106.35 sahaja dalam akaun simpanan Tabung Haji nya.
Jangan tipu anak-anak macam ni ya. Tak baik. Duit raya adalah hak anak-anak. Kita adalah pemegang amanah untuk uruskannya.
Di Didik Cara Telus Masa saya kanak-kanak dulu, saya akan tengok penyata Tabung Haji akaun saya dan adik beradik lain. Saja suka compare-compare simpanan siapa paling banyak.
Ayah saya pula memang bagi tengok. Excited bila dapat monitor duit simpanan makin lama makin bertambah. Kecik-kecik dah bijak simpan duit, kan. Ha! –
Jadi sebagai ibu bapa kita harus sentiasa telus dengan anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh saudara kita ini. Cara ini sebenarnya buat anak makin teruja dan lebih terinspirasi untuk terus menyimpan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi rap, Caprice yang berkahwin dengan Farra Inalis, ibu anak satu kini dilihat tak kekok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Apa yang boleh dipuji, Caprice mula mengambil inisiatif untuk mengajar anak tirinya, Aleesya Sofea berbahasa Inggeris.
Menerusi akaun instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi cara tersendiri mengajar anaknya.
Menurut Caprice, pertuturan mereka dalam Bahasa Melayu masih dikekalkan sebanyak 70 peratus manakala bakinya pula adalah Bahasa Inggeris.
“Ada yang tanya dekat rumah Cap dengan anak cakap bahasa apa..70% BM 30% English. Tapi dari mula lagi saya ajar Aleesya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan saya.
“Contoh ada masa kalau dia ajak Cap main mainan, syarat saya adalah dia kena cakap Inggeris sahaja. Di sebabkan dia benar-benar mahu bermain, dia cuba sedaya upaya untuk bercakap dan memahami.
“Sekarang dia yang sibuk tanya Cap, what is on the news today.. Kita cubalah kongsi dengan dia topik-topik yang tak berat sangat supaya lebih tahu keadaan semasa. Lagi satu percayalah apa yang kita cakap, anak mudah faham dan ikut, InsyaAllah doa hanya yang baik-baik sahaja,” kongsinya.
Sebelum ini, Caprice menyatakan hasrat untuk mengajar Aleesya Sofea yang berusia lima tahun itu berbahasa Inggeris dan Perancis.
Suka melayan anak
Sementara itu, dalam perkongsian video Caprice di sosial medianya, Aleesya begitu manja dan rapat sekali dengannya. Malah cara layanan Caprice benar-benar nampak kasih seorang ayah.
Bila di rumah atau ke mana-mana pun nampaklah kemesraan dua beranak ni yang suka bergurau satu sama lain. Bertuah Aleesya dapat daddy yang sporting dan penyayang. Betullah orang kata, kalau anak perempuan tak manja dengan ayah memang tak sah!
Malah ada yang menyatakan sejak Caprice berkahwin, jelas kelihatan sikapnya yang penyabar dan seorang ayah serta suami yang bertanggungjawab. Maksudnya Caprice terima isterinya dan seikhlas hati terima Aleesya sekali.
Kredit: IG Caprice & Aleesya Sofea
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Otak anak berkembang dengan sangat laju di tahun-tahun pertama kelahiran mereka.
Bila capai umur 2 tahun je, berat otak anak dah menghampiri 80 peratus otak kita yang dewasa.
Sebab tu penting sangat kita banyakkan makanan yang asli dari sumber sebenar, dan kurangkan makanan tinggi proses untuk anak kita yang masih kecil.
Seawal usia kita nak suap anak makan, pastikan makanan yang baik-baik je kita cuba cari dan beri untuk anak.
Nutrisi yang seimbang, penting sangat untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.
Tapi, ada jugak makanan-makanan tertentu, yang tinggi dengan nutrisi terpilih, buatkan pertumbuhan otak anak lebih ke depan.
Sama-sama kita cuba tambahkan stok makanan yang baik di rumah sentiasa. Supaya anak lebih kenal makanan segar real food berbanding makanan ultra processed.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.