‘Dulu Bangga Rumah Kemas, Anak Kecil Diam Depan TV’ Rupanya Beri Kesan Bahaya!

Share

Pada hari ini, kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti sedentari seperti menonton televisyen, bermain game, menggunakan ipad, ataupun melayari internet. Tambahan pula, terlalu banyak belajar juga merupakan salah satu sebab yang mengurangkan aktiviti fizikal. Sebagai ibu bapa, kita mesti menggalakkan anak-anak kita untuk menjadi aktif.

Menyuruh kanak-kanak duduk diam ibarat mematikan suis kelebihan mereka. Seperti pengalaman ibu ini, dia berkongsi betapa bahayanya kesan apabila anak duduk diam tidak melakukan aktiviti fizikal.

Dulu saya berbangga rumah kemas walaupun anak kecik-kecik lagi. Anak duduk diam je depan TV.

Sampailah saya dapat tau betapa bahaya kesannya.

Kenapa?

Rupanya, smart phone dan TV ada complete package yang menjahanamkan kemahiran fokus anak. Bunyian yang meriah, visual yang laju, warna menyerlah.

Itu dah cukup membuatkan 2 deria paling penting dalam proses fokus terganggu. Malah, disebabkan terlalu lama tak bergerak kerana mengadap skrin, ramai anak-anak zaman sekarang kurang cekap dan tak kuat otot badannya.

Ini pun antara punca utama anak-anak cepat penat berlama-lama duduk di kerusi. Yang teruk terima kesannya nanti adalah cikgu-cikgu. Bukan main susah nak anak-anak kita ni nak tumpu dalam kelas.

Kita tak boleh tidakkan satu perkara ni. Kanak-kanak ni, badan mereka menghasilkan tenaga yang banyak. Nak-nak pula yang banyak makan makanan manis.
Berkumpul-kumpul tenaga. Bila tak guna, habis jadi lemak.

Bagi sesetengah kanak-kanak, tenaga yang tak dilepaskan tu akan buat mereka jadi resah.
Tak keruan. Bila tak tau nak ekspresikan rasa tak keruan tu, mulalah mengamuk tak tentu pasal. Kita juga yang pening nanti.

Ya, smart phone dan TV sangat membantu. Tanpa ‘mereka’ kerja kita mungkin akan terganggu. Tapi, jangan kerana kita nak senang pada hari ini, kita akan menangis di kemudian hari. Bukan tak boleh skrin tu.

Boleh. Anak saya pun ada screen time juga. Tapi kita perlu hadkan. Luaran mungkin tak ada apa-apa. Tapi, kalau dapat diimbas otak anak-anak, kita jugak yang akan seram nanti.

Dr Rizal, pakar otak selalu menulis. Anak yang terlalu banyak tengok tv, bila diimbas otaknya, aktiviti otak tidak berfungsi. Macam otak mati.

Berbeza dengan anak yang ada stimulasi dari pelbagai aktiviti. Aktiviti otak mereka sangat aktif. Otak berkembang sangat pesat!

Kajian secara psikologi juga ada membuktikan, gajet yang terlampau banyak boleh buat kita mudah dapat penyakit mental. Seperti depresi dan anxiety.
Sebab tak berlaku komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia.

Saya bukan nak menakutkan semua. Tapi saya nak kita untuk tak terleka. Perlu jadi proaktif demi anak-anak kita. Dulu saya pun pening. ‘Habis tu, kalau tak tengok TV, tak tengok fon, anak nak buat apa?’

Rupanya, tak susah fikirkan aktiviti. Hanya sibukkan anak dengan perkara lain.

🟡 Beri mereka bantu buat kerja rumah
🟡 Letakkan sekotak mainan untuk mereka explore
🟡 Sediakan barangan kraf untuk mereka berkreatif (dan menyepah)
🟡 Ajak mereka masak bersama
🟡 Membelek buku
🟡 Melasak dengan aktiviti aktif
🟡 Do a lot of outdoor activities

Ini saya kongsikan antara aktiviti yang saya lakukan dengan anak-anak bila mereka tak guna gajet. TV rumah saya mungkin tak canggih dan tiada siaran. Tapi sedikit pun saya tak menyesal. Sebab anak-anak akan mencari aktiviti lain untuk hiburkan diri sendiri.

Mak yang tak sempurna, tetapi sentiasa berusaha.

Kredit: Wawa Shauqi

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
NuFa