Pengalaman anak yang cerewet makan memang betul-betul buat ibu buntu. Sampai satu tahap tak tahu dah nak buat macam mana dan akhirnya biarkan je anak tu nak makan apa walaupun tahu mungkin anak akan kekurangan zat untuk membesar.

Bagi seorang ibu ini, Puan Yatie Eimra pengalamannya berdepan dengan masalah anak yang sangat cerewet makan bermula usia 6 bulan hingga 2 tahun lebih benar-benar menguji kesabarannya.

Namun bila memikirkan anak, dia cuba juga cari penyelesaian hingga berjaya membuka selera si kecilnya.

Berikut antara perkongsiannya

Bila sebut tentang menu anak.. Saya pernah lalui masa yang sangat sukar dan sangat menguji kesabaran.. Dak Fydh ni susah sangat nak makan sejak dari 6 bulan hingga 2 tahun++. Sebenarnya masa umur 1½ tahun, dia dah mula nak makan, tapi bila masuk 2 tahun, citarasa dah berubah. Makanan yang dia suka makan sebelum ni pun dia tak nak. Ada juga makanan yang dia tak suka masa kecil, tapi bila dah 2 tahun boleh pula makan. Memang rasa letih sangat sebab start balik episod tak nak makan, ludah & muntahkan makanan.. Ada juga hari-hari yang anak langsung tak nak makan. Dalam seminggu, kiranya 3-4 kali je dia makan. Kalau makan sekalipun, paling banyak dia hanya makan 2-3 sudu kecil je nasi. Dahlah makan sikit, diludah dan dimuntahkannya pula hampir setiap kali makan.

Dulu Bila Makan Terus Muntahkan Semula. Kini Pantang Tengok Makanan Anak Suka
Buat buku panduan menu anak

Anak cerewet makan ni, bukan setakat kena pelbagaikan tekstur makanan tapi kena pelbagaikan menu. Macam-macam menu lauk pauk & kudapan saya olah ikut keserasian anak. Walaupun anak hanya makan snek/kudapan je awal-awal dulu, tapi akhirnya dah mula nak makan nasi. Nak tackle anak untuk makan ni, kena ikut selera anak.

Macam Fydh dulu sukakan snek/kuih yang ada rasa manis, saya buat resipi kudapan sihat & tambah madu/kurma/kismis untuk dapatkan rasa manis buah.. Bila anak terbiasa makan (walaupun snek/kudapan sihat), lama dia sendiri timbul rasa nak makan/nak cuba makan nasi.. Alhamdulillah, sekarang ni dah 3½ tahun, dah banyak perubahan walaupun ada masa tertentu anak makan sikit je (sebab tak kena citarasa). Tapi bila betul berselera, dia sendiri akan minta tambah & boleh habiskan hingga ¾ cawan nasi. Sikit sebanyak, rasa berbaloi juga usaha saya selama ni..

Nak pastikan anak makan pun bukannya mudah.

IKLAN

?ada masa kena makan sambil bercerita & bawa mainan fav dia kat meja makan

?ada masa kena buat macam² helah (sorok nasi dalam nugget, potong halus-halus & sorok sayur)

?ada masanya makan sambil main kejar²/main sorok².

?biarkan anak makan bersama kawan sebaya/sepupu. Bila anak tengok kawan² makan, lama² dia pun nak belajar makan gak.

?kadang² bawa bekal anak & makan kat taman/kat luar untuk tukar suasana baru. (Sebab suasana yang berbeza ni boleh mempengaruhi mood. Bukan setakat anak kurang stres, tapi mak² pun dapat release tension gak )

IKLAN

Mak yang ada anak cerewet makan kena tahu ye, masa makan boleh jadi masa yang sangat stres bagi anak ni sebab dia ‘terpaksa’ makan.. Sebab ada masa kita terpaksa train aka paksa jugak anak makan. Anak yang terlalu bergantung pada susu botol misalnya, kena kurangkan pemberian susu. Kena keraskan hati bila anak merengek nak susu & biarkan anak berlapar kejap supaya anak akan makan jugak walaupun sikit (cara ni saya buat diatas saranan doc pediatrik).

Ada mak yang pernah tanya saya, macam mana saya boleh terus sabar & masak sedangkan anak tetap tak makan/makan sikit. Saya akui memang stres sangat bila anak tak nak makan ni. Percaya atau tak, awal-awal dulu saya pernah hampir mengalami depressi sebabkan masalah anak cerewet makan ni. Bayangkanlah kita tahu anak lapar sampaikan perut berbunyi tapi anak masih jugak tak nak makan. Setiap hari masak 2-3 menu, bila masak ada yang anak jamah 2-3 sudu kecil, yang terus ludah pun ada.

Dulu Bila Makan Terus Muntahkan Semula. Kini Pantang Tengok Makanan Anak Suka
Brokoli goreng tepung antara kesukaan Fydh

Usahkan makanan yang dimasak, kfc, roti & biskut sekalipun, semuanya makan 2-3 suap je. Dahlah makan sikit, diludah sampai termuntah pula tu. Awal-awal dulu saya memang malu nak bawa anak makan (bawa bekal) kat luar walaupun kat rumah neneknya & saudara-mara sebab anak akan ludahkan makanan sampai termuntah.

Pernah jugak saya buang semua 3-4 jenis lauk & kudapan yang anak tak nak tu sebab dah terlampau stres. Memang tertekan sangat sebab rasa gagal jalankan tanggungjawab seorang ibu – nak bagi anak makan pun saya tak mampu. Macam-macam menu dah masak, usaha dah buat untuk pastikan anak makan, tapi anak tetap susah nak makan. Lagi tension bila tengok anak orang lain makan dengan berselera & bertambah.

Bertambah stres, sebab saya juga pernah disindir & diperlekeh oleh orang yang lebih tua kononnya saya tak reti bagi makan anak, tak reti suap anak sebab tu anak muntah.. Masa tu hampir seminggu gak saya jadi down, menangis setiap kali bangun pagi sebab buntu nak masak apa lagi & tiap hari marah & jerit kat anak time makan.. Bila dia ludah, saya sumbat je makanan dalam mulut macam cite mak-mak tiri tu.. Masa tu tak kira dah anak menangis ke apa sebab dah stres sangat.. Maafkan ummi sayang.

Tapi alhamdulillah, Allah cepat sedarkan saya & beri saya kekuatan balik. Puncanya, ramai mak-mak yang pm sendiri & ucapkan terima kasih atas perkongsian beberapa resipi sebelum ni. Ada yang cerita anak dah mula nak makan sikit, ada juga anak yang suka resipi kudapan.

IKLAN

Tak kurang juga yang mendoakan anak saya. Saya mula terfikir, walaupun anak sendiri susah nak makan, tapi sekurangnya saya dapat bantu mak lain yang alami masalah anak susah makan. InsyaAllah kalau saya terus berusaha, lambat laun pasti anak akan makan jugak nanti. Mungkin inilah hikmahnya.. Kalau saya tak diuji camni, dah tentu saya pun tak kan share resipi untuk anak cerewet makan ni.

Sejak dari tu saya kuatkan semangat & berazam nak berusaha pelbagaikan lagi menu disamping boleh share dengan mak yang senasib. Selain usaha, kena banyakkan berdoa & sebolehnya elak dari terus stres.

Dulu Bila Makan Terus Muntahkan Semula. Kini Pantang Tengok Makanan Anak Suka
Berbaloi dengan usaha yang dilakukan dan sekarang dah suka makan

STRESS – STOP – START AGAIN
Ni personal tip dari saya untuk mak-mak kurangkan stres. Apa yang saya buat bila dah masak macam-macam menu & dah cuba pelbagai cara tapi anak langsung tak nak makan – saya akan berhenti masak untuk sehari untuk elakkan lebih stres (overload stress).. Masa tu saya cuba berikan roti/biskut atau belikan makanan luar (lepas anak masuk 2 tahun) untuk alas perut.. Sekurang²nya anak tak terlalu bergantung pada susu. Esoknya baru masak balik.

Kalau stres berterusan, boleh jadi fedup nak masak untuk anak lagi. Ramai juga mak yang saya jumpa (masa temujanji dengan pakar pemakanan dulu) jadi macam tu & biarkan je anak tak nak makan walaupun dah masuk 4-5 tahun. Alhamdulillah bila saya buat camtu (stop bila stres), tahap stres pun terkawal. Barulah bersemangat balik nak masak lagi walaupun setiap hari pasti ada cabaran berbeza

Pesan saya, mak-mak jangan berhenti berusaha cari menu yang anak serasi. Bila anak makin membesar, citarasa pun akan berubah sebab dah ada personal preferences (macam orang dewasa gak ada yang suka makan durian, ada yang tak suka makan petai, etc). Makanan yang anak tak suka dulu, kena cuba bagi balik.

Boleh jadi anak tetap tak nak makan, tapi boleh jadi gak anak suka bila dah makin besar ni. Kalau boleh buat list/senarai menu yang anak suka makan untuk mudahkan mak sediakan/rotate menu.

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI