Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa luluhnya hati seorang bapa apabila insan tersayang pergi buat selamanya. Hati mana yang tidak sebak apabila seorang ayah terpaksa menukar senyuman gembira saat menerima sijil kelahiran anak, kepada air mata pilu tatkala melihat sijil kematian yang terpahat nama zuriat kesayangannya.

Menerusi hantaran di Facebook, Azhar Bin Abd Rahman berkongsi kehilangan anaknya, Irfan, yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal dengan sebuah kereta. Dalam coretannya, beliau imbau kembali detik-detik manis membesarkan anak yang amat disayanginya itu.

“Betapa gembiranya bila ayah daftarkan anak lelaki pertama ayah yg dh lama ayah tunggu sebelum lahirnya Aliff… bila dpt sijil kelahiran rasa sgt2 bersyukur… Hari ini perasaan yg sgt berbeza… sakit, pedih dan luluhnya hati ayah bila tgok kad pengenalan Pan digunting dan diganti dgn sijil kematian…”

“Dulu Daftar Sijil Kelahiran, Hari Ini Sijil Kematian…” Tular Coretan Duka Ayah Kehilangan Anak
Mengimbau kenangan dengan arwah anak semasa kecil
“Dulu Daftar Sijil Kelahiran, Hari Ini Sijil Kematian…” Tular Coretan Duka Ayah Kehilangan Anak
Selesai kebumikan Irfan, sampai ke rumah sy masuk ke bilik tenangkan jiwa yg meronta2 kesedihan..terdengar bunyi tangisan ibunya teresak2 luar bilik..bila sy keluar tgok ibunya tengah peluk dan cium seluar Irfan…sy terus ambil seluar tu simpan dan pujuk supaya kuatkan semangat…
“Dulu Daftar Sijil Kelahiran, Hari Ini Sijil Kematian…” Tular Coretan Duka Ayah Kehilangan Anak
Pastinya setiap ibu bapa akan mengalir air mata bila tgk sijil ni….

Azhar turut berkongsi bahawa anaknya merupakan anak yang sangat baik, sentiasa membantu keluarga, dan tidak pernah menyusahkan ibu bapa. Namun, takdir Allah lebih dahulu menjemputnya.

 

“Dulu Daftar Sijil Kelahiran, Hari Ini Sijil Kematian…” Tular Coretan Duka Ayah Kehilangan Anak

Ads

Lebih menyayat hati, Azhar turut menceritakan saat-saat terakhir bersama anaknya di lokasi kejadian.

“Saya kongsikan rakaman kejadian paling menyedihkan dalam sejarah hidup kami sekeluarga sebagai pengajaran kpd pemandu-pemandu kenderaan berhati-hatilahlah memandu supaya nyawa insan tak bersalah terkorban kerana kecuaian kita bayangkan kejadian terjadi beberapa saat shj sebelum ibunya melalui jalan yg sama…”

Beliau juga menggambarkan detik cemas apabila sempat berbicara dengan anaknya yang nazak di atas jalan.

“Dulu Daftar Sijil Kelahiran, Hari Ini Sijil Kematian…” Tular Coretan Duka Ayah Kehilangan Anak

Ads

“Saya hanya mampu memanggil namanya dan minta dia ikut apa yang saya kata walaupun dalam hati… Lailahaillallah!!! Matanya tak tertutup, badan kekejangan.. Saya berulang2 kali sebut minta dia ikut. Mata saya memandang denyutan nadinya di leher yang masih berdenyut. Sabar Pan, sabar ambulan dah sampai… Pan kena kuat mcm ayah!!!”

“Kalau Pan dengar suara ayah, tolonglah Pan gerak mata.. ayah nk tengok… Dia gerakkan mata 2 kali… sy sapukan air matanya sambil terus minta dia bertahan…”

Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Irfan akhirnya pergi meninggalkan keluarga tercinta, meninggalkan luka yang tiada pengganti buat seorang ayah, ibu, adik-beradik serta insan sekeliling yang mengenalinya.

Azhar dalam hantaran itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati di jalan raya supaya tragedi seperti ini tidak berulang.

Ads

“Berhati-hatilah memandu supaya nyawa insan tidak bersalah terkorban kerana kecuaian kita.”

Pengajaran untuk semua ibu bapa dan pemandu bahawa Kehilangan ini menjadi peringatan bahawa nyawa anak-anak amat berharga, dan kecuaian walau sesaat boleh meragut kebahagiaan sebuah keluarga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Sumber: Azhar Bin Abd Rahman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI