Dulu masa kita kecil mandi hujan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan. Langsung kita tak pernah terfikir soal demam dan sebagainya. Tapi betul ke kalau kena hujan terus akan demam?

Menurut perkongsian Dr Erna Nadia, keadaan kita tidak sama macam dahulu. Jadi sebaiknya jangan lepaskan anak-anak untuk main hujan sesuka hati. Atmosfera yang semakin kotor ditambah dengan pengudaraan yang tidak sihat akan mengakibatkan banyak penyakit yang mengundang. Baca perkongsiannya.

Dulu-Dulu Tak Apa, Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam, Doktor Jelaskan Sebabnya!

 

Betul ke bila kena hujan sure akan demam?


Ok macam ni.
Pendedahan kepada hujan tidaklah akan terus menyebabkan demam. Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, tak kiralah bakteria ka virus ka parasit ka fungal ka atau apa sahaja jenis kuman yang wujud di dunia.

Ads

Jadi, apa kaitan bila kena hujan je ada sesetengah orang demam selsema batuk dan sebagainya?

Dulu-Dulu Tak Apa, Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam, Doktor Jelaskan Sebabnya!

Macam ni. Bila hujan, suhu menjadi rendah aka sejuk. Bila suhu rendah atau keadaan sejuk, imun dalam badan kita jadi kurang bagus.  Bila imun dalam badan jadi kurang bagus, kita mudah untuk jatuh sakit. Tapi kalau imun badan kita hebat, biarlah suhu rendah pun, badan kita masih tetap utuh melawan kuman kuman yang menyerang.

Ads

Ada yang tanya, ada petua mana tah dapat kata ayaq hujan ni bagus untuk kesihatan badan. Jawapannya adalah tidak. Nehi. Nyet. NO!

Ada yang tanya lagi, di tempat depa tiada pencemaran, kawasan sekeliling di penuhi pokok pokok yang masih hijau. Jadi kalau hujan sure tak kotor. Jawapannya tetap TIDAK.

Dulu-Dulu Tak Apa, Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam, Doktor Jelaskan Sebabnya!

Ads

Anda kena faham yang mana atmosfera kita tak seperti dulu kala. Atmosfera kita sudah banyak dicemari oleh asap asap kotor. Contoh asap dari kilang kilang yang makin melata, asap dari kenderaan yang makin berlambak, asap dari rokok vape dan bahan tembakau lain, asap dari pembakaran secara terbuka dan asap dari hati yang marah. Ok tak lawak, saja cuba.

Sebab tu, dulu dulu bolehlah anda nak jemur bayi anda, tapi tidak lagi sekarang. Atmosfera yang kotor dan makin menipis menyebabkan kulit kita mudah terdedah dengan sinaran uv yang tinggi juga. Jadi, gunalah sunblock ya jika ada aktiviti luar.

Dulu-Dulu Tak Apa, Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam, Doktor Jelaskan Sebabnya!

Ok berbalik pada soalan hujan. Bila terdedah kepada hujan, kita tidaklah secara langsung akan dapat demam atau selesema. Namun, jika imun badan kita lemah, kita boleh dapat demam dan selesema akibat perubahan cuaca dan penurunan suhu badan.

Nak kuatkan imun badan, makanlah makanan yang sihat (yang fresh ye tak perlu supplemen) dan kenalah bersenam.

Kredit: Erna Nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI