Membina hidup di awal perkahwinan bukanlah mudah, penuh onak dan duri. Tempoh lima tahun pertama dirasakan paling sukar. Bukan hanya mengenal diri bahkan tempoh merasa hidup susah dalam melengkapkan hidup bersama.
Kongsi Cikgu Mohd Fadli Salleh yang cukup dikenali di media sosial, disaat kita dilanda ujian dalam rumah tangga, ingatkan saat manis susah dan senang bersama.
Jumpa poster ni. Terus relatekan dengan diri sendiri. Fasa awal perkahwinan 5 tahun pertama memang mencabar.
Masa tu baru nak kenal hati budi pasangan, baru nak mulakan hidup berpasangan dan berkeluarga, kekangan kewangan dan gaji yang rendah dan pelbagai cabaran lagi.
Lebih kurang gambar inilah kami diawal perkahwinan dulu. Gaji aku tak sampai RM1,500, lepas kahwin licin semua simpanan yang sejemput cuma tu.
Ads
Maka bermulalah kehidupan sebagai suami isteri dengan saving RM0. Kosong gais, kosong! Bermula dengan tiada apa. Bertatih, merangkak, berguling, tergolek, tersungkur diawalnya.
Dan benarlah janji Tuhan. Rezeki anak-anak itu Allah dah tetapkan. Dan ganjaran besar buat mereka yang terus bersabar.
Jika ada dikalangan kawan-kawan tengah ada krisis dengan pasangan, tengah merancang untuk berpisah dan memilih yang lain, cuba kenang kembali saat awal perkahwinan kalian dulu.
Siapa disisi saat kita tiada apa. Saat kita jatuh terluka. Saat kita berada di titik paling rendah.
Ads
Mungkin yang baru hadir hari ini melihat kita sudah senang. Melihat kemewahan yang bakal mereka miliki jika berjaya ‘mencuri’ kita.
Yang baru kenal mungkin lebih bergetah, lebih cantik, lebih lawa. Namun mereka belum pasti akan terus setia jika kita kembali jatuh dan susah. Kerana niat asal mereka mendekat untuk mendapat kesenangan.
Berbeza dengan pasangan yang bermula susah dengan kita, InsyaAllah akan terus menyokong dan setia walau seteruk mana kita jatuh semula.
Ads
Jika ada masalah, baiki hubungan, restart baru jika perlu. Dapatkan khidmat kaunseling. Kembalikan kebahagiaan yang makin suram.
Pasangan selebriti dan usahawan, Hanis Zalikha dan Hairun Azreen seringkali mendapat perhatian media. Bukan hanya kedua cahaya mata mereka, bahkan mereka sendiri punya aura yang cukup kuat.
Terbaru, Hairul Azreen membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Honda Vario 160 kepada Hanis.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram, difahamkan hadiah tersebut diberikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-8 yang jatuh pada 5 Jun lalu.
“Tiada lagi lebih bermakna apabila dapat membuat isteri tercinta happy. #HappyAnniversary My Love,” tulis Hairul menerusi kapsyennya.
Hanis yang dilihat turun dari tangga seakan terkejut dengan hadiah yang tak disangka itu apa lagi ketika dihadiahkan dengan dua buah topi keledar berwarna merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut memuji kejutan bersahaja dari Hairul.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 4.
Hidup berumah tangga bukannya mudah. Perlu saling memahami antara satu sama lain demi mencari kebahagiaan bersama pasangan.
Ada waktunya kita terpaksa berkorban untuk memberi keselesaan pada keluarga dan anak-anak yang lebih kecil. Namun bagi usahawan berjaya dan selebriti media sosial, Syafiqah Aina yang juga pengasas jenama AINAA, dia paling bersyukur kerana dianugerahkan suami yang cukup rajin berusaha.
Malah kongsinya lagi, suaminya, Hafiz Mohamad tak pernah berhenti berusaha semenjak awal perkahwinan mereka lagi. Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan penghargaan malah berkongsi cerita kegigihan suami yang tak pernah henti-henti.
“Dulu sebelum kahwin, Hafiz selalu tanya Aina “Tak apa ke hidup dengan I nanti? I tak kaya, family I pun hidup sederhana je”
“Aina always cakap dekat Hafiz, “Tak kaya tak apa, yang penting You rajin. Kalau pilih yang kaya tapi malas macamana?
“Duit banyak mana pun lama-lama akan berkurang kalau malas. Tapi kalau rajin, susah ke senang ke bila tetap usaha, insyaAllah hidup mesti akan rasa cukup,” luahkan berkongsi.
Malah kata Aina lagi, suaminya adalah orang yang paling rajin dan bersemangat semenjak dari awal perkenalan mereka lagi.
Walaupun kesibukan itu membataskan waktu untuknya dan anak-anak bersama, namun dia reda demi masa depan mereka kelak.
“Satu apa yang Aina suka pada Hafiz dari dulu is dia memang sangat-sangat rajin! Tak pernah stop untuk buat something.
“Zaman study dulu weekdays class & weekend setiap minggu dia mesti akan ulang alik Muadzam-JB untuk uruskan kerja.
“And up until now, masyaAllah Aina syukur. Dari bina AINAA awal kahwin dulu sampai sekarang, Aina tak pernah nampak lagi dia betul-betul rehat dari fikir & guna kudrat dia untuk usahakan AINAA.
“Kalau orang tanya, “Aina okay ke Hafiz always kerja. Dekat office kerja, balik rumah pun still dengan Team? Kurang masa untuk Aina & Family”. Alhamdulillah, Aina rasa kalau Aina merungut, Aina adalah orang yang paling tak bersyukur.
“Jadi, Aina always ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur. Hidup & manusia tak akan pernah sempurna.
“Kalau Hafiz always bagi yang terbaik untuk usahakan AINAA, Aina juga mesti usaha jadi yang terbaik untuk melengkapi apa kekurangan Hafiz 🤍,” kongsinya lagi.
Bila mengandung selalunya isteri yang akan tanggung semua dari awal kehamilan sampailah ketika bersalin dan berpantang, tambah pula bila anak ramai dan masih lagi kecil, orang kata kalau tak kuat mental boleh koyak.
Ada ramai anak memang seronok, meriah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tapi bukan semua yang berkehendakkan begitu. Beranak ramai atau sikit bukan bergantung kepada kekuatan mental semata-mata, tapi itu juga adalah ketetapan Allah.
Seperti yang dikongsikan oleh En. Azlan Noor dalam postingnya yang mana dia menekankan apabila sang isteri hamil, suami juga ada peranan penting untuk sama-sama lalui tempoh kehamilan sehinggalah isteri selamat melahirkan, berpantang dan seterusnya membesarkan anak-anak.
Ujian Mengandung Tiap Orang Tak Sama
Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara.
Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.
Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang.
Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.
Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.
Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.
Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.
Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.
Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.
Dah tak tahu nak buat apa dah.
Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,
“Boleh tak nak simbah je baby ni?”
Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.
Suami Kena Hadap Sama
Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni.
Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.
Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.
Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.
Bukan! Bukan macam tu.
Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.
Kalau Nak Anak Ramai
Jika nak isteri beranak ramai
Isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.
Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.
Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.
Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.
Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.
Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.
Tak Minta Banyak, Nak Suami Faham & Ambil Berat
Banyak? Tak banyak pun.
Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.
Kalau rasa penat dan tak mampu,
Ketahuilah….
Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.
Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu.
Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.
Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini.
Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.
Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.
Itu sahaja.
Silakan follow saya —> Azlan Noor untuk baca posting-posting terbaru setiap hari. TQ.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!