“Dulu Gaji Tak Sampai RM1,500” 5 Tahun Pertama Paling Mencabar, Susah Senang Sama-Sama!

Share

Membina hidup di awal perkahwinan bukanlah mudah, penuh onak dan duri. Tempoh lima tahun pertama dirasakan paling sukar. Bukan hanya mengenal diri bahkan tempoh merasa hidup susah dalam melengkapkan hidup bersama.

Kongsi Cikgu Mohd Fadli Salleh yang cukup dikenali di media sosial, disaat kita dilanda ujian dalam rumah tangga, ingatkan saat manis susah dan senang bersama.


Jumpa poster ni. Terus relatekan dengan diri sendiri. Fasa awal perkahwinan 5 tahun pertama memang mencabar.

Masa tu baru nak kenal hati budi pasangan, baru nak mulakan hidup berpasangan dan berkeluarga, kekangan kewangan dan gaji yang rendah dan pelbagai cabaran lagi.

Lebih kurang gambar inilah kami diawal perkahwinan dulu. Gaji aku tak sampai RM1,500, lepas kahwin licin semua simpanan yang sejemput cuma tu.

Maka bermulalah kehidupan sebagai suami isteri dengan saving RM0. Kosong gais, kosong! Bermula dengan tiada apa. Bertatih, merangkak, berguling, tergolek, tersungkur diawalnya.

Dan benarlah janji Tuhan. Rezeki anak-anak itu Allah dah tetapkan. Dan ganjaran besar buat mereka yang terus bersabar.

Jika ada dikalangan kawan-kawan tengah ada krisis dengan pasangan, tengah merancang untuk berpisah dan memilih yang lain, cuba kenang kembali saat awal perkahwinan kalian dulu.

Siapa disisi saat kita tiada apa. Saat kita jatuh terluka. Saat kita berada di titik paling rendah.

Mungkin yang baru hadir hari ini melihat kita sudah senang. Melihat kemewahan yang bakal mereka miliki jika berjaya ‘mencuri’ kita.

Yang baru kenal mungkin lebih bergetah, lebih cantik, lebih lawa. Namun mereka belum pasti akan terus setia jika kita kembali jatuh dan susah. Kerana niat asal mereka mendekat untuk mendapat kesenangan.

Berbeza dengan pasangan yang bermula susah dengan kita, InsyaAllah akan terus menyokong dan setia walau seteruk mana kita jatuh semula.

Jika ada masalah, baiki hubungan, restart baru jika perlu. Dapatkan khidmat kaunseling. Kembalikan kebahagiaan yang makin suram.

Begitulah sebaiknya. Selamat pagi dunia!

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM