Hidup berumah tangga memang banyak kisahnya. Penuh ranjau, suka dan duka dalam melayari bahtera. Satu hal yang penting, bukan senang untuk bertahan lama dan mengenal pasangan sepenuhnya. Tak terkecuali pasangan VVIP popular, Dato’ Aliff Syukri dan isteri tercinta, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid, yang melayari bahtera perkahwinan hampir 12 tahun lamanya.
Penuh ranjau suka duka malah pernah lari dari rumah gara-gara terlalu stress dalam perkahwinan. Begitu kata beliau. Pun begitu kini, pasangan yang dikurniakan empat orang anak dan bakal menyambut kelahiran anak yang kelima ini bersyukur dengan kebahgiaan berumah tangga yang dimiliki mereka.
Seronok mendengar perkongsian Dato’ Sri di instagram peribadi miliknya mengenai perjalanan kisah rumah tangganya. Paling menarik, Dato’ Sri Aliff Syukri turut membuat klip video bersama isterinya. Penuh romantik.
Inilah cinta sejati abang…
Nak bercinta itu mudah dan dugaan lain, nak tunang pun lain dugaannya dan abang percaya untuk berkahwin adalah satu benda yang bukan sesukar mana, sebab benda yang paling sukar adalah mempertahankan perkahwinan.
Alhamdulillah sudah 12 tahun perkahwinan abang bersama dengan wife abg @shahidadherbs yang dahulu tak romantik, pendiam, tak suka masak, tak suka bergaya…yang abang anggap kami pasangan yang “tak serasi atau pasangan kontra”. Sukar abang nak faham dia dan dia nak faham abang.
Cuba korang bayangkan dahulu hampir hari-hari kami bergaduh dan lari rumah sbb terlalu stress. Sebab kami tak faham apa itu ertinya “perkahwinan” .
Sebenarya perkahwinan itu bukan acara perkahwinan yang gah dan perkataan “I love you, you love me” tapi sebenarnya cinta itu besar definisinya. Memahami bertolak ansur, kebebasan, menghargai kepercayaan, menghormati, mungkin senang untuk ditulis dan di ungkapi tetapi bukan senang untuk kita lakukan dengan pasangan kita. “masing-masing ada ego”.
Abang mungkin tidak terkecuali sama juga macam lelaki lain, ada ego. Nasihat abang, kita sebagai kaum suami kadang kala kena mengalah juga dan turunkan ego sikit untuk memberi penghargaan dan ruang kepada isteri. Barulah rasa lebih nikmat dalam alam perkahwinan. Abang juga sama macam korang, ada masalah yang sama ego dan bergaduh. Cuma kat laman sosial ni abang selalu, bajet-bajet happy je memanjang, padahal Allah je tau. Hanya orang yang dah kawin je tau. Setuju tak?
Lagu ini abang dedikasikan kepada isteri abg @shahidadherbs. Terima kasih wahai isteriku yang hebat dan sentiasa bersama abang ketika abang susah dan senang. Isteriku yang banyak berkorban demi anak dan suami, abang doakan dalam solat abang. Semoga awak adalah wanita terakhir yang bersama dengan abang sampai mati.
Abang sayang awak sampai syurga. Tiada wanita lain yang sesempurna awak. I love you sayang sampai jannah. Maafkan abang kalau selama ini banyak buat salah kat sayang. Abang akan cuba jadi suami terbaik untuk family kita.
Netizen turut memuji dan berkongsi kata-kata pujian buat pasangan ini.
Kredit foto: @aliffsyukriterlajaklaris