Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.
Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.
“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
Ads
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.
Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
Ads
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.
“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
Ads
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.
“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil. Jika kecil dahulu, mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori. Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun, ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gigi.
Ada sumber yang mengatakan kanak-kanak yang menghisap jari adalah disebabkan oleh tidak cukup rangsangan pada mulut semasa bayi. jadi, sewaktu kecil, mama papa tidak perlu melarang perkara ini. Ia normal. Cuma sekiranya ia berlarutan sehingga 3 tahun ke atas, langkah mencegah perlu diambil.
Menurut Dr Wan Nurhana Wan Chek, apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak. Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.
APAKAH KESAN ” THUMB SUCKING”
#1 Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal.
#2 Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
#3 Open bite (gigitan terbuka). Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.
MENGAPA ANAK ‘THUMB SUCKING”/ MENGHISAP JARI?
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris, Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.
Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan. Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.
5 TIP HILANGKAN TABIAT HISAP JARI
Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :
Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
Hukuman-Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. “Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . Jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.”
Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.
Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Elfira Loy mengimbau kenangan membesarkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf selama tiga tahun dan pengalaman tersebut di kongsi bersama peminat di laman Instagramnya.
Menurutnya, dia seakan tidak percaya bahawa dia mampu menjaga sendiri Rayyan tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
“Rayyan sekarang 3 tahun, kejap je dah besar. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni kami berjaya hidup tanpa pembantu rumah.”
“Saya tak tahu macam mana saya hadapi tapi kami berjaya tempuhi.”
Tambahnya lagi, perkara yang paling utama untuk membesarkan anak adalah pengurusan masa. Dia mengakui dengan adanya rutin setiap hari akan lebih memudahkan urusan seharianya.
“Bila ada anak, perkara paling penting yang anda perlu lakukan ialah mengetahui cara menguruskan masa.”
“Rutin akan menjadikan hidup anda lebih mudah.”
Rata-rata memuji kecomelan Rayyan, tak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat supaya Elfira terus tabah membesarkan anak walaupun tanpa bantuan pembantu rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah uri melekat selepas kelahiran dipanggil sebagai retained placenta. Ia jarang berlaku tetapi sekiranya berlak boleh jadi secebis atau keseluruhan uri melekat.
Di dalam penulisannya, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak mengatakan masalah tumpah darah yang berlaku dalam kalangan ibu bersalin adalah disebabkan kegagalan rahim mengecut (uterine atony).
Uri Melekat ( Retained Placenta ) & Sotong 🐙
Masalah uri melekat selepas bersalin adalah amat jarang sekali berlaku. Sama ada seluruh atau secebis uri yang melekat, ianya adalah salah satu punca tumpah darah selepas bersalin. Punca utama pertumpahan darah selepas bersalin adalah kegagalan rahim mengecut (uterine atony).
Selepas bersalin kami menunggu 5 hingga 30 minit untuk uri keluar secara semula jadi dengan sedikit bantuan diperlukan (controlled cord traction).
Jika uri masih “tersangkut” maka doktor terpaksa mengeluarkannya dengan tangan (manual removal of placenta)
Prosedur ini amat tidak selesa dan perlu dilakukan di dewan bedah dan diberikan bius. Uri ini melekat dengan kuat pada dinding rahim kerana ’akar’ uri telah jauh masuk kedalam dinding rahim dan dikenali sebagai placenta accreta. Tidaklah diketahui kenapa ‘akar ’ uri masuk terlalu kedalam.
Kelahiran Czer & Anak Ramai Antara Punca Uri Melekat
Tetapi risiko uri melekat ini meningkat bila rahim pernah dibedah seperti caesarean, pembedahan fibroid ( myomectomy) dan juga pernah menjalani D&C sebelum ini. Mempunyai anak ramai dan umur meningkat juga punca uri melekat. Risiko meningkat jika ada sejarah uri lekat untuk kehamilan terdahulu.
Kadang-kadang, uri boleh melekat kuat kerana placenta accreta. Kadangkala bila melahirkan anak pramatang, tali pusat mereka terputus bila prosedur mengeluarkan uri dilakukan.Ini disebabkan tali pusat anak pramatang ini amat kecil dah halus. Bila tali pusat terputus maka uri terpaksa dikeluarkan dengan tangan secara manual.
Retained placenta, TIADA kaitan dgn permakanan jauh skali berkaitan dengan makan sotong.
Biarpun ia jarang berlaku, ibu harus ada pengetahuan tentang hal ini. Masalah ini tiada berkaitan langsung dengan tabiat ibu makan sotong ketika hamil. Diharapkan dengan penjelasan daripada Dr Izzat ini sedikit sebanyak memberi informasi tentang keadaan uri melekat yang berlaku kepada ibu yang melahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...