Setiap ibu mempunyai perjalanan penyusuan susu ibu yang berbeza. Datin Sri Shahida kongsi pengalaman menyusu sejak dari anak pertama.
Dalam posting Instagram, ibu cantik ini berkongsi tentang penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anaknya. Dia juga kini sedang berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak angkatnya, Ameena dan Qayyum. Dia juga mengimpikan untuk menyusukan Yusoff Alqardawi sehingga dua tahun.
BUAT STOK SUSU BERPERINGKAT
Rezeki anak-anak.Lepas stok Yusoff dah banyak…kita buat stok Meena pula dgn Qayyum yang dalam botol tu.
MULA MENYUSUKAN ANAK BERMULA DARI ANAK KEDUA Menyusukan anak dengan susu ibu memang mencabar. Saya fully breastfeed dari Qadejah lagi. Macam-macam dugaan nak bagi susu konsisten kena pump 2-3 jam sekali. Masa dan yang paling tak tahan kalau ada luka.
Alhamdulillah jika diizinkan saya juga mengimpikan rezeki menyusu Yusoff Alqardawi sampai umur 2 tahun seperti Qadejah & Baem Adham.
KURANG MAHIR MASA ANAK PERTAMA
Dulu waktu anak sulung Ammar Ahyan saya tak susukan sebab tak pandai maklum lah beranak muda. Baby baru lahir mmg selalu berak saya pula ingat dia berak sbb minum susu saya. Jadi saya pun perah dan buang. Alahai bodohnya la waktu tu kan.
Para follower memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada Datin Sri Shahida. Tidak kurang juga mengagumi semangat ibu muda ini dan berkongsi tip penyimpanan susu ibu perahan. Syabas Datin Sri Shahida!
Anak makin melasak kerap terhantuk dan terjatih sampai benjol. Jangan main-main dengan terhantuk kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan pada otak.
Menjadi kebiasaan apabila anak makin membesar dan meneroka. Segenap ruang nak dipanjat dan risiko terjatuh dan terhantuk boleh berlaku.
Terhantuk tidak boleh dipandang ringan. Mungkin ada yang beranggapan tak mengapa anak terhantuk, nanti dia akan belajar sendiri untuk berhati-hati. Hakikatnya terhantuk boleh menimbulkan pelbagai kepada kesihatannya, lebih buruk lagi pendarahan otak boleh berlaku.
Dr Ahmad Zubaidi Haji Ahmad mengulas dalam menjawab persoalan mengenai bahaya benjolan pada kepala anak kerana kerap terhantuk.
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA
Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.
Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.
JIKA LUKA BESAR
Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik selepas membalut luka tersebut. Jika tidak dibalut , pendarahan yang banyak berlaku sebelum anak sempat ke hospital.
BAGAIMANA BENJOLAN TERBENTUK
Benjolan pada kepala hanyalah disebabkan oleh pendarahan yang berkumpul di bawah kulit. Jadi ada darah beku yang tidak berbahaya di antara kulit kepala dan tengkorak. Ia tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas 1-2 minggu.
Anak selalu mengadu rasa sakit di tempat benjolan tersebut. Boleh letakkan ais yang dibalut dengan tuala bagi mempercepatkan benjolan tersebut mengecil.
SIMPTOM BENJOLAN YANG BERBAHAYA
Jika benjolan ini terlalu besar, dan anak menunjukkan tanda-tanda tidak aktif, bawalah ke klinik atau hospital kerana itu mungkin menunjukkan tanda pendarahan dalam otak.
Kecederaan kepada tengkorak dan otak adalah lebih serius. Selalunya ia berlaku bila ada hentakan yang lebih kuat atau terjatuh dari tempat tinggi.
Kedua-dua kecederaan pada tengkorak dan kecederaan pada otak boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Ini kerana otak adalah organ yang lembut dan mudah berdarah.
TANDA-TANDA PENDARAHAN PADA OTAK AKIBAT HENTAKAN
Antara tandanya ialah:
1. Pengsan.
2. Tidak bermaya.
3. Hilang ingatan atau keliru.
4. Sawan.
5. Muntah.
6. Tidak boleh bercakap dengan betul.
7. Pendarahan darihidung dan telinga.
8. Penglihatan menjadi kabur.
SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL
Bawa terus anak ke hospital untuk pemeriksaan. Kecederaan tengkorak adan otak memerlukan pemeriksaan CT scan.
Namun mungkin doktor yang memeriksa tidak menahan anak di wad dan dibenarkan balik kerana tanda-tanda yang disebut tadi sangat kecil dan anak sudah kembali aktif.
PEMANTAUAN/ PEMERHATIAN SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM
Doktor akan menasihatkan agar ibubapa melakukan pemerhatian sekurang-kurangnya 24 jam. Jika ia berulang harus dibawa ke hospital segera.
Jika anak tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan otak’ keberangkalian anak mengalami pendarahan dalaman otak adalah tipis. Insya Allah mereka akan pulih sepenuhnya.
Walau pun anak sudah 4 tapi kecantikannya tetap terpelihara dan langsing. Rupanya 4 tip sihat ini yang Lisdawati amalkan.
Aktres Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada 24 Julai 2018 lalu. Walau pun telah mempunyai anak keempat, kecantikan dan kesihatan diri tidak dilupakan.
SENAMAN RINGAN & BUAT KERJA RUMAH TANPA KIPAS DAN PENDINGIN HAWA
Antara tip yang dikongsikannya untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah dengan tanpa kipas dan penyaman udara. Mungkin ia adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.
Lisdawati mengongsikan tip tip penjagaan kesihatan di dalam posting seperti berikut;
Jom Jaga makan dan jaga kesihatan
Banyakkan sayur dalam masakan.
Banyakkan minum air suam.
Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah ( tutup kipas dan aircond )/ Sauna.
Lisdawati juga turut berkongsi senaman berjalan kaki sejauh 2km yang dilakukannya bersama bayi kecilnya, Ahmad Nur Fayyadh selepas 52 hari bersalin.
Assalamualaikum, semangat nak senam sihat ? Jom mulakan dgn bismillah … Langkah pertama selain kerja rumah seperti biasa sampai berpeluh ( tutup kipas atau aircorn) . Pagi ni sy mula dgn berljn 2 km sahaja kawasan rumah . Balik buka sarapan #maggicarrotsup resepi sendiri .
Para peminat Lisdawati memberikan komen tentang tip sihat selebriti ini dan mengakui Lisdawati seorang yang suka bersenam dan jogging sejak zaman anak dara lagi.
Demi seorang anak, wanita yang bergelar ibu sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak yang dikandung selama 9 bulan itu membesar dengan sihat dan mampu memberi kegembiraan berpanjangan. Hakikatnya tak semua pasangan suami isteri akan tercapai impian itu.
Ada yang diuji dengan anak yang sakit, ada pula diberikan ujian kehilangan anak sewaktu nak melahirkan dan beberapa faktor lain lagi. Apa sekalipun yang terjadi, hanya satu yang dipinta oleh seorang ibu iaitu nak lihat senyuman anak sehingga ke akhir hayatnya.
Bagi seorang ibu ini, diuji dengan anak yang sakit jantung benar-benar ujian yang tak diduga. Saat dapat tahu diri hamil selepas 9 tahun menanti adalah suatu berita yang sangat mengembirakannya dan suami.
Bagaimanapun, ketika buat details scan semasa usia kehamilan 26 minggu, kami diberitahu oleh doktor ada nampak satu lubang kecil di jantung bayi. Apabila datang semula buat temujanji untuk scan, lubang tersebut dah tak ada.
Saat itu dah rasa lega hati kami. Namun berita gembira ini bertukar sedih saat kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu apabila doktor beritahu Maryam mengalami masalah kesihatan yang serius.
Tiap kali renung wajah Maryam yang penuh dengan wayar dibadannya, sungguh sedih hati ini. Bukan mempertikaikan takdir Allah tapi tak sampai hati melihatnya. Sebagai suami isteri yang diberi tanggungjawab menjadi ibu ayah kepada Maryam kami benar-benar harapkan ada sinar baru untuknya.
Doa kami sejak tahu Maryam ada dalam kandungan adalah mahu dia membesar seperti kanak-kanak yang lain dan menjadi penyejuk hati kami suami isteri. Kami tak akan putus asa dan yakin ada peluang untuk Maryam dapat rawatan terbaik.
Berikut perkongsian ibu Maryam
Assalamualaikum semua.. Saya Shazwani Bt Azami ibu kepada Maryam Bt Mohd Fajari dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan seikhlas hati untuk kos pembedahan jantung Maryam yang semakin lemah sebab ada 3 lubang.
Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera dan hanya IJN je yang boleh melakukannya kerana jika di hospital kerajaan perlu menunggu giliran yang terlalu lama dan tidak sesuai untuk keadaan Maryam sekarang. Anggaran kos bagi pembedahan ini RM60,000.
9 tahun menanti kehadiran cahaya mata..Besar dugaan ni buat kami.. Berilah kami peluang dan kesempatan untuk membesarkan anak kecil ini Ya Allah.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh melalui akaun Maybank Shazwani seperti di bawah :
Terima kasih untuk semua yang sudi membantu..Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi ibu Maryam di talian 012-9721979.
Doakan kesihatan Maryam berada dalam keadaan baik dan semoga urusannya untuk menjalani pembedahan dipermudahkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.
Kredit: Wanny Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.