Kecomelan anak perempuan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang dinamakan Aisha Amaira sering mendapat perhatian warganet. Kulitnya yang cerah serta bentuk matanya yang cantik dengan bibir comel adalah gabungan wajah kedua ibu bapanya yang sememangnya jelita dan tampan.
Menerusi IG Story Fasha Sandha, dia berkongsi tentang rupa paras anaknya itu yang dikatakan serupa seperti anak kedua pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.
Akui Fasha, ketika hamilkan Aisya dia gemar melihat wajah Sumayyah yang menurutnya antara baby yang paling cantik pernah dilihatnya.
“Aisha dah besaq now. Kulit dia cantik and muka dia ada iras Sumayyah sebab kak kan tengok gambaq Sumayyah masa pregnant.
Dulu masa hamil, selalu tengok gambaq Sumayyah. Almost everyday, sebab dia baby yang cantik.”
Tambah Fasha lagi, kini anaknya sudah pun berumur 2 tahun 3 bulan dan menurutnya sekarang jarang berkongsi gambar anak-anak kerana sibuk di set penggambaraan. Kongsi Fasha lagi kini dirinya sedang bercuti selama seminggu dari bekerja.
Ceritanya lagi, bila dia post gambar Aisha ramai yang akan tegur tentang wajah anak dia dan Puteri Sarah seiras.
“Memang benarlah, bila kita hamil kita tengok yang cantik-cantik je, yang manis-manis. Semoga Sumayyah sihat.”
Ads
Selain itu, Fasha juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang sedang melalui ujian dalam perkahwinannya.
“Kak doakan yang baik-baik buat adik, kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, In sha Allah bila kita busy kita tak fikir sangat masalah tu. In sha Allah kak doa dipermudahkan.”
Kalau dilihat, sememangnya wajah Aisha dan Sumayyah ada irasnya. Dua-dua comel dan pasti akan membesar menjadi anak yang cantik bila dah besar nanti. Semoga mereka berdua akan membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.
Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.
.
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
_
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
_
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
.
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
_
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
_
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan. Berkorban wang simpanan. Berkorban harta kesayangan.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
.
_
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes tular seorang ibu yang berkongsi selalu membunyikan shhhh bagi mempercepatkan anaknya tidur yang mengundang kehadiran makhluk tertentu memdapat perhatian ramai.
Namun begitu, Pakar Tangisan Bayi, Pn Uswatun Hasanah menyatakan hal ini tidak benar sama sekali. Ini yang diterangkan oleh beliau menerusi akaun Baby Language.
Bila sebahagian mak kata rasa takut nak buat bunyi ‘shhh…’ untuk cuba tenangkan & tidurkan anak lepas baca kes viral ni, dalam hati saya rasa macam:
Memang sebahagian orang, makin moden dunia jadi makin malas berfikir elok ya?
Aisyah pernah bertanya: “Apakah syaitan menyertai setiap orang?” pertanyaan tersebut diulang benarkan oleh Rasulullah SAW.
“Apakah ia besertamu juga?”
“Benar,” Lalu, Rasulullah SAW menyambung, “Tetapi Rabbku menolongku dalam menghadapinya, sehingga aku bisa selamat (dari keburukan & kejahatan syaitan),” (HR Muslim).
Maka, sebab itu agama telah siap-siap memberi panduan untuk kita mendinding dan melindungi diri daripada gangguan syaitan antaranya seperti memperbanyakkan solat, zikir dan membaca al-Quran dalam rumah serta amalkan doa masuk rumah.
Walaupun tidurkan anak lebih baik dengan membaca zikir namun tidak salah membuat bunyi ‘shh’ sekiranya ia boleh menyebabkan si kecil tidur lena.
Saya bantu bagi fakta tentang jenis bunyi yang cepat aktifkan reflek tenang anak kecil:
– Bayi duduk di dalam rahim ibu selama 9 bulan dan bunyi tanpa henti di dalam rahim menyebabkan bayi lebih tenang dan bertenaga.
– Ini bermakna, bayi baru lahir suka dengan bunyi ‘white noise’ seperti di dalam rahim ibu.
– Deria anak semakin berkembang jadi bacaan dan kelajuaan membaca al-Quran menyebabkan sesetengah bayi kurang suka.
Tak terhad kepada bacaan al-Quran dan zikir sahaja, apa-apa bunyi dengan dinamik (turun naik nada & rentak) yang besar, ia boleh buat sebahagian anak kecil ‘struggle’ nak proses.
Silakan guna bunyi apa pun yang parents suka jika bunyi itu ternyata boleh bantu anak cepat tenang dan tidur.
Buat ibu bapa yang mencari penyelesaian untuk tidurkan anak, boleh cuba kedua-dua cara iaitu menggunakan white noise atau alunan al-Quran. Pilihlah mana satu agar anak tidak lebih cepat dan paling penting nyenyak tidurnya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Anugerah Diraja PTSS, hadiah istimewa Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan buat keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga
Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.