Bila ada anak ramai memang tak cukup tangan dibuatnya. Tambah pula jika anak-anak yang masih kecil perlu diuruskan, pastinya hidup pasangan suami isteri agak kelam-kabut pada permulaannya.
Pelakon Yana Samsudin dalam perkongsian terbarunya di Instagram berkongsi tentang kehidupannya yang kini mempunyai 2 orang cahaya mata. Video yang dimuat naik oleh Yana itu menceritakan tentang suaminya, Fadzil Zahari yang tidak menang tangan menjaga dua orang anak mereka.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 11 November yang lalu, Yana telah selamat menimang seorang cahaya mata perempuan.
Dalam video pendek itu, Yana menerusi kapsyennya menceritakan mengenai suaminya yang sebelum ini tidak cukup tidur dan sekarang pula tidak cukup tangan menguruskan anak-anak mereka.
Tambah Yana lagi, sebelum ini suaminya itu mahukan anak yang ramai agar dapat merasai kemeriahan di rumah bersama keluarga. Namun kini dia menukar kemahuan di mana dia bersyukur dikurniakan dua orang anak kerana situasi bertambah kelam kabut dan tidak menang tangan menjaga mereka.
“Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan…
“Sebelum lahir, “Sayang nak anak ramai… ramai baru meriah rumah kita..
“Bila dah lahir. ” Sayang… yang ada ni pun syukur…. ujar Ketua Rumah yang bermata panda…,” tulisnya.
Apa yang dikongsikan oleh Yana Samsudin itu mendapat perhatian daripada pengikutnya. Rata-rata mereka berkongsi mengalami situasi yang sama dengan pasangan masing-masing.
Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Aisy Mateen yang kini berusia 4 tahun. Baru-baru ini Yana telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan seorang bayi perempuan.
Jadi mak ayah ni bukan satu tugas yang mudah, tambah pula bila anak ramai. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Jadi kerjasama antara keduanya amatlah penting bagi memastikan urusan membesarkan anak-anak berjalan lancar.
Sumber: Oh My Media & Instagram Yana Samsudin
Baca: https://www.majalahpama.my/mateen-dah-jadi-abang-long-yana-samsudin-pilih-berpantang-di-kampung/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)