Ahli Perniagaan, Dato’ Seri Aliff Syukri yang juga terkenal di media sosial telah memuatnaik sebuah video dengan kepsyen dia cuba jadi yang terbaik walaupun dirinya banyak kekurangan.
Saya jahil dan cuba jadi terbaik…saya jarang ada masa jemaah dgn anak2…..bulan puasa ni azam nak terawih hari2 Insya Allah dgn anak2 . Dulu x merasa jemaah dgn abah sebab abah saya kerja pengawal 20 tahun kat kilang.. kadang2 rumah pun x balik sebab selalu ot…jarang dapat jumpa…saya dulu pun abah x sempat nak didik…..saya byk keluar rumah kawan dengan mcm2 orang…tapi dulu sedih juga tgk org lain rapat dgn parents tapi dah besar ni baru faham yg abah cari rezeki….desakan hidup…saya ni mmg tahu saya ninjahat,jahil,bodoh x sempurna…tapi semua org buat silap…..manusia x ada yg x buat silap….tapi yg x fahamnya bila orang selalu duk ungkit2 benda yg lepas2…..kita ni kalau cari buruk orang nampak buruk la…kalau cari baik nampak la baiknya kan . Anak2 saya dulu pun pergi mana2 x reti nak salam orang……jenuh juga nak ajar taknak nanti org kata mentang2 anak org kaya tapi tak reti hormat orang…sombong…Alhamdulillah sekarang ni saya yg happy bila org puji anak saya bagus hormat orang dan pandai salam bila jumpa orang…..rasa berjaya didik satu bab
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Di saat anak yang perlukan kasih sayang, ibu telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat menatap wajah anak yang dikandung selama 9 bulan.
Begitulah hebatnya pengorbanan wanita demi untuk memberikan zuriat buat suami. Perkongsian yang cukup sedih di Facebook Adek Eyka yang berkongsi mengenai pemergian arwah kakaknya selepas melahirkan anak benar-benar mengambarkan jihad seorang wanita bergelar ibu.
Memang ajal, maut, jodoh semuanya rahsia Allah. Namun pemergian ibu ini sangat menyentuh hati ahli keluarga kerana bayi arwah seolah-olah memahami yang ibunya telah pergi buat selamanya.
Meninggal lepas lahirkan anak sulung
Dalam perkongsian Eyka, dia menceritakan semula momen di saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwah sedikit pun tidak menangis sehingga urusan pengebumian selesai.
Kongsinya lagi, mungkin ini antara hikmah yang Tuhan sampaikan, jika kebiasaanya bayi kecil akan sering menangis namun anak arwah mudah dijaga, membuatkan segala urusan pengebumian berjalan lancar.
Kucupan terakhir anak buat ibu
Rasa sayu makin bertambah, setelah melihat foto yang dimuat naik Eyka memaparkan kucupan terakhir anak pertama arwah kepada ibu yang telah mengorbankan nyawa untuk melahirkannya.
Terbaca diari arwah
Apa yang membuatkan bertambah sedih, Eyka sempat membaca diari arwah namun isi kandungannya tidak dapat dikongsikan dan menjadi rahsia antaranya serta keluarga.
“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serba salah bila terbaca buku diari arwah. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…” Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020
Tak sempat nak bermanja dengan ibu
Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bayinya dapat membesar menjadi anak yang soleh.
Walaupun ketiadaan ibu di sisi, moga anak ini terus dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya dan apabila besar nanti dia akan rasa bangga mempunyai seorang ibu yang hebat.
Kematian yang menghidupkan. Tular baru-baru ini kisah sedih pemergian seorang ibu yang sedang sarat hamil anak ke-5.
Noor Aizura Zulkifli, 40, seorang Arkitek, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka (CREaTE). Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 24 Oktober 2022 (Isnin) lalu.
Pemergian secara mengejut dan sedang sarat mengandung meruntun hati banyak pihak. Kisah kematian Noor Aizura yang tular di media sosial turut dicemburui netizen kerana kebaikannya.
Ramai rakan dan kenalan berkongsi kebaikan yang sering dilakukan oleh arwah yang pergi bersama bayi dalam kandungannya.
Seorang pengguna Facebook Syaziella Norazaha yang juga sahabat arwah meninggalkan komen di posting pengguna Facebook yang berkongsi kisah kebaikan Aizura. Arwah Aizura yang pernah bertugas di JKR Pahang merupakan ketua kepada Syaziella Norazaha.
Dalam komennya, Syaziella mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan oleh Aizura dikurniakan balasan pahala daripada Allah SWT.
Katanya lagi sepanjang bekerja di bawah seliaan Aizura, arwah tidak pernah marah-marah. Bahkan arwah juga telah menghadiahkan breast pump kepadanya untuk digunakan bagi mengepam stok susu ibu ketika berada di pejabat.
Kenangan terakhir yang sempat dirakamkan ketika arwah datang menziarah rakan-rakan sekerja di JKR Pahang akan menjadi memori paling berharga kepada semua sahabat yang pernah mengenalinya.
Perjumpaan terakhir. Arwah datang ziarah rakan-rakan JKR Pahang. Selama jadi bos, arwah tak pernah marah-marah. Thank you kak Zura hadiahkan breast pump. Semoga ada pahala mengalir untuk kak Zura. InsyaAllah. Aaminn.
Selepas Tiada, Kebaikannya Disebut-Sebut
Ramai yang tidak pernah mengenali arwah sebelum ini atau sekadar menjadi sahabat di media sosial turut terkesan dengan pemergian arwah Aizura.
Entah apa amalan arwah sehinggakan pemergiannya disebut-sebut bahkan menjadi tular. Salah seorang kenalan di Facebook arwah berkongsi kebaikan dilakukan arwah sepanjang hidupnya menerusi maklumat diperolehi daripada adiknya yang merupakan rakan sekerja wanita itu.
Menurutnya arwah Aizura merupakan seorang yang selalu solat di awal waktu dan bila masuk waktu solat, dia akan segera mengerjakan kewajipan tersebut.
Selain daripada itu arwah juga tidak suka membuang masa bercakap perkara tidak berfaedah ketika sedang bekerja. Biasanya bila rakan-rakan sekerja berkumpul dan berbual, arwah hanya akan senyum dan diam sahaja.
Selain bab menjaga solat awal waktu, Aizura juga sangat menjaga soal auratnya sebagai muslimah. Arwah juga jenis yang memakai pakaian bersaiz besar dan menutup aurat.
Menurut perkongsian Siti Aminah lagi, arwah Aizura juga seorang yang pelembut dan baik dengan kawan-kawan serta anak-anaknya.
“Arwah juga penyayang dengan anak-anak, kadang arwah akan bawa anak-anak ke ofis kalau anak tak kesekolah. Sebab tu adik saya rapat dgn anak-anaknya. Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.”
Menurut cerita Siti Aminah, arwah berpindah ke JKR CREaTE di Melaka kerana hendak tinggal berhampiran dengan suami dan dua lagi anak yang dijaga suaminya di Johor.
Sebelum ini arwah kerja di Kuantan. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang PJJ dengan suami selama 10 tahun.
Sebenarnya ada banyak lagi tersimpan kebaikan arwah yang diketahui oleh kenalan rapatnya tetapi kini semuanya menjadi memori dan sejarah serta pengajaran buat yang masih hidup.
“Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di FB. Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat2 pembaca, untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat,” demikian kongsi Siti Aminah dalam tulisan postingnya.
Anak pembawa rezeki dalam keluarga. Zaman mak ayah kita dulu-dulu jika anak ramai orang tak akan bercakap tetapi sebaliknya akan rasa meriah dalam rumah. Namun hari ini, bila suami isteri mempunyai anak ramai, mulalah ada yang cakap di belakang.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain. Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Kahwin usia 20 tahun
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
Seronok anak ramai
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Sentiasa ada jadual harian
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Fasa mengandung mudah, bersalin normal
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Syukur anak-anak sentiasa menyenangkan
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Kredit: Wan Nurul Melissa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.