“Ainul Mardhiah sekarang dah pandai senyum. Ya, baru sekarang nampak dia senyum bila dia happy”. Ini perkembangan terbaru Ainul melalui apa yang diberitahu oleh walidnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, sebelum ni kalau kita main-main dengan dia, dia diam je. Perhati je apa yang kita tengah buat. Tapi sejak kebelakangan ni, nampak dia dah tahu reaksi bila dia suka!
“Alhamdulillah! Satu-satu Ainul dah belajar. Walid dengan mama tak mengharap pun Ainul laju seperti bayi-bayi yang lain. Cukup lah Ainul sihat sepenuhnya dan Ainul membesar dengan baik di depan mata mama dan walid”.
“InshaAllah, pada satu hari nanti dengan izinNya, mama dengan walid nak dengar pula suara Ainul ketawa. Terus doakan untuk Ainul ya,” katanya.
Dah reti nak bermain dah Ainul ni. Dulu dia tak pandai lagi, kita geletek ke kita main dengan dia ke, dia diam je.
Sekarang dah nampak dia mula belajar sesuatu. Alhamdulillah, slow-slow ye Ainul Mardhiah.
Tambah Safiuddin kadang-kadang wayar oksigen yang dipakai Ainul agak membataskan pergerakannya tetapi tak mengapalah nanti dia akan terpaksa.
Ads
“Cuma bila akan dibuka bergantung pada keadaan Ainul kerana dia kena pakai oksigen sampai dia tak perlukan bantuan oksigen. Tiada waktu yang ditetapkan.
“Doakan dia segera sihat dan boleh off oksigen secepat yang mungkin ye,” kongsinya.
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak dah pandai cemburu dengan papa dan mama, ini sebabnya mengapa situasi ini terjadi. Cemburu yang dialami oleh anak-anak terhadap papa dan mama adalah sesuatu yang biasa dan merupakan bagian dari perkembangan emosional mereka.
Anak Dah Pandai Cemburu Dengan Papa & Mama, Ini Sebabnya Mengapa Perkara Ini Terjadi
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anak-anak mungkin mulai merasa cemburu dengan ibu bapa mereka.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
SI KECIL HANYA MAHU MAMA MENJADI MILIKINYA DAN TAK BOLEH BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN TERMASUK PAPA! DIA FIKIR HANYA DIA SAHAJA YANG MAMA PERLU PELUK DAN CIUM.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis.
Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
Betapa pentingnya belaian & sentuhan buat bayi, eksperimen mendapati bayi meninggal dunia akibat yang tidak dirangsang menjadi tular hingga dikongsi sebanyak 10 ribu kali. Apa pengajaran yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah jangan abaikan keperluan emosi anak.
Guru, Puan Adhwa Adnin berkongsi kisah eksperimen bayi yang dilakukan pada 1940an yang mendapati bayi yang tidak dibelai & diberikan sentuhan kasih sayang walau pun diberikan keperluan asas seperti susu dan pakaian serta dibersihkan boleh meninggal dunia secara perlahan-lahan. Berikut ialah perkongsian beliau.
Dalam eksperimen ini, bayi dari kumpulan 1 diberi kelengkapan yang cukup & keperluan dipenuhi. Cuma tiada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kasih sayang dan perhatian daripada penjaga.
Manakala bayi dari kumpulan kedua diberikan keperluan asas yang sama tetapi kumpulan ini diberikan belaian, kasih sayang dan perhatian.
Ekoran daripada tiada belaian & perhatian, separuh daripada bayi kumpulan kedua meninggal dunia perlahan-lahan. Bayi seolah-olah shut down sendiri! Eksperiman terpaksa dihentikan.
Sebelum meninggal, tangan bayi berhenti menggapai seolah-olah putus asa & berhenti cuba berinteraksi dengan penjaga
Satu lagi eksperimen ialah juga mendapati keputusannya sama iaitu bayi yang tiada sentuhan, belaian dan perhatian walau pun diberikan susu, dibersihkan dan dimandikan juga akan meninggal dunia.
Pengalaman berada di taska ketika mencari taska anak
Bayi menangis sampai tersedu-sedan dan terdiam sendiri. Bilik kosong tiada mainan untuk rangsangan.
Perangai kanak-kanak yang pelik-pelik itu bersebab, apa yang dilalui & layanan semasa bayi serta persekitaran mempengaruhi.
Para netizen dan follower Puan Adhwa Adnin telah memberikan responds. Mereka dari kalangan ibu bapa sangat gerun dan mengaitkan persekitaran yang didedahkan kepada bayi di taska yang tidak memberikan penjagaan yang cukup sama juga dengan eksperimen yang dinyatakan.
IBU BAPA PERLU BERIKAN KASIH SAYANG SEPENUHNYA KEPADA ANAK-ANAK
MEMBERIKAN PERHATIAN TIDAK AKAN MEMBUAT BAYI MENJADI MANJA
KELAKUAN YANG PELIK BERMULA DARI APA YANG DIDEDAHKAN SEJAK KECIL
TASKA DI TEMPAT KERJA PERLU DIWUJUDKAN
CARA DIDIKAN AKAN MEMPENGARUHI SIFAT APABILA ANAK BESAR NANTI
Salah seorang netizen telah berkongsi tentang update di Facebook Puan Adhwa Adnin di mana dia menegaskan yang perkongsiannya tersebut adalah bertujuan untuk memberitahu ibu bapa tentang pentingnya memenuhi keperluan emosi anak selain daripada keperluan-keperluan lain.
Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja supaya susu tidak rosak dan menghilangkan segala khasiatnya.
1. Susu ibu yang baru diperah boleh disimpan pada suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.
2. Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian.
Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.
3. Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 hingga 8 hari didinginkan.
4. Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan.
5. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
6. Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan.
7. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain.
Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.
8. Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.