Ada yang suka makan dumpling? Tapi tak tahu macam mana nak buatnya. Tak payah nak pening kepala lagi. Mama boleh jadikan ia salah satu menu utama ahli keluarga jika suami dan anak-anak dah jemu nak makan nasi.

Mungkin mama terfikir, nak buatnya agak renyah tapi dengan resipi yang lengkap dari Intan Baiduri ini, penyediaannya lagi mudah dan cepat. Asalkan bahan-bahan utamanya cukup.

RESIPI MENARIK [Share Sampai 10K, Resipi Pepes Ayam Mudah & Sedap, Confirm Menjadi]

Sebenarnya dumpling ni boleh dikukus, boleh di goreng dan boleh juga letak dalam sup terus. Terpulang pada citarasa masing-masing kerana ketiga-tiga cara tu semuanya sedap.

Bagi yang nak buat frozen dumpling kena simpan di bahagian atas tempat beku. Barulah lebih tahan lama.

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Bahan-bahan:

BAWANG HOLLAND -1biji (tapi bawang holland tak ada saya pakai bawang merah kalau ada lagi sedap)

CARROT- 1 biji (kalau kecil pakai 1 kalau besar pakai separuh pun ok dah)

DAUN KETUMBAR

BAWANG PUTIH- 5/7 ulas (cincang bagi halus)

CENDAWAN ENOKI- 1bungkus (tapi kalau tak letak pun tak apa saya letak sebab ada kat rumah)

Bahan-bahan sos:

Ads

3/5 ulas bawang putih(cincang bagi halus)

Sos thai Life

Daun ketumbar

Minyak bijan 1 sudu

-letak minyak bijan 1 sudu dalam kuali lepas tu masukkan bawang putih tumis sampai ada bau, letak air sedikit sebab nak air bawang putih tu. Masukkan sos Thai ikut kepekatan dengan air tadi dan masukkan daun ketumbar tunggu sampai mendidih. Ok siap

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

DAGING RAMLY- 1 peket besar (lupa berapa gram tapi ada 4 ketul macam dalam gambar)

DAGING RAMLY ni kena rebus 70% dulu lepas tu tapis airnya

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Ads

Lepas tapis air
Ramas DAGING tadi sampai hancur macam ni

(Ikutlah nak ramas pakai apa saya pakai tangan tapi sebelum tu kena cuci tangan bagi bersih)

LADA HITAM -2 sudu
LADA PUTIH- 2 sudu

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Ni rupa minyak bijan yang saya pakai

MINYAK BIJAN-4 sudu

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Lepas tu gaulkan semua bahan sampai sebati (Ni lah rupanya lepas dah gaul semua bahan)

Ads

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Bancuh air tepung untuk buat gam keliling kulit

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Lepas tu cantumkan hujung bucu sana dengan bucu belah sini…Keliling kiri kanan tu lipat macam kipas.

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Ok ni lah hasilnya selepas bungkus

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

Saya pakai kulit macam ni besar sikit nak membungkus. Ada 1 jenis yang bulat yang tu kecil. KULIT NI BOLEH BELI KAT MYDIN

Kredit: Intan Baiduri

LAGI RESIPI SEDAP [Honey Chicken Wings Padu, Resipi Campak-Campak, Berebut Anak Makan]

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan! Boleh Kukus, Goreng & Letak Dalam Sup

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI