Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 bersamaan 2 Safar 1444H, sempena sambutan Hari Merdeka, dalam usaha menghayati al-Quran dalam konteks pembangunan Negara yang Berbudi dan Penyayang. Program tersebut bertujuan mengajak seluruh rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk bersama memahami intipati Surah Al-Sajdah demi membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran. Panduan al-Quran dirujuk agar keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan memaknai jiwa merdeka yang sebenar serta berusaha membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, saling bertolak ansur, bebas dari gejala negatif yang mampu menggugat ketenteraman negara.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) membawakan misi #QuranHour 2022 dengan Surah Al-Sajdah pada  tiga program utamanya iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention yang akan diadakan dengan kerjasama JAKIM, TV  Al-Hijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara,  bersama sinergi media cetak dan elektronik melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal al-Quran.

Dunia Berbudi & Penyayang, Misi Quran Hour 2022

Kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan dan diterjemahkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta  penyelarasan kerangka fikir yang dipandu Sunnah Rasullulah SAW.

Ads

World #QuranHour diadakan pada 24 Ramadan 1443H, bersamaan 26 April 2022, Selasa. Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia. Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui  ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

Dua aspek utama dalam solusi ekonomi ummah iaitu aspek pendidikan dan ekonomi akan dibincangkan agar Surah Al-Sajdah ini menjadi panduan untuk perubahan kerangka fikir ummah. Fokus Surah Al-Sajdah adalah sebagai solusi kepada rasa sombong dan kurang bersyukur dalam diri sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara. Melalui pendidikan tentang sujud seorang hamba seperti diperintahkan dalam Surah Al-Sajdah, formula dari Ilahi ini akan meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH SWT, membuang ego pada sesama dan membuahkan hasil Dunia Berbudi dan Penyayang.

Ads

 

Dunia Berbudi & Penyayang, Misi Quran Hour 2022

Ads

World Quran Convention (WQC) menjadi platform perkongsian ilmiah dan medan perbincangan berteraskan al-Quran dengan surah dan tema yang dipilih. Program tersebut diadakan pada 17 dan 18 Disember 2022. Perhimpunan di peringkat antarabangsa ini menggabungkan pihak berkepentingan, pakar bidang (subject matter experts) dan orang awam. Ia bertujuan memupuk kesedaran, pensejajaran kerangka fikir dan menyediakan ruang wacana al-Quran di peringkat dunia. Siri pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2019. Surah Al-Kahfi sebagai Solusi Cabaran Sejagat untuk tema tahun tersebut. World Quran Convention 2.0 pada tahun 2021 dengan tema Fatherless Home (Rumah Tanpa Ayah) mengupas Surah Al-Mulk dan mengangkat kembali peranan para ayah sebagai ketua keluarga. Pada tahun 2022, dengan kerjasama Islamic Tourism Malaysia diharapkan program World Quran Convention (WQC) dapat mengumpulkan umat Islam serata dunia bersama dalam memahami dan melestarikan kefahaman Surah Al-Sajdah.

Dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini, diharapkan Al-Quran & As-Sunnah kembali menjadi manual dan rujukan dalam kehidupan sama ada di dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI