Siapa ‘hantu’ durian? Jika anak-anak juga‘hantu’ durian, anda dan keluarga wajib pergi ke Kampung Gajah, Perak. Jika merancang hendak pergi bercuti di Negeri Perak, apa kata singgah ke kampung ini. Sekarang ini sedang viral durian di kampung ini melimpah-ruah pada harga yang murah!
Mengikut sejarah, Kampung Gajah sememangnya sinonim dengan buah durian kerana banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Menurut sumber berita salah sebuah akhbar popular penghujung oktober, sebelum ini kampung ini tidak mengeluarkan hasil selepas berlaku bencana banjir pada penghujung tahun 2014. Setelah tiga tahu menunggu, akhirnya durian kampung ini tidak lagi ‘merajuk’ sebaliknya mengeluarkan hasil yang banyak. Lebih menggembirakan bagi pemilik-pemilik dusun, kebayakan pokok yang ditanam mereka menghasilkan antara 500 sehingga 600 buah durian.
Patutlah, banyak durian dijual pada harga yang murah disepanjang jalan kampung ini. Selain Kampung Gajah, kawasan pengeluaran buah durian tertinggi di sekitar Pasir Salak adalah Kampung Bawah Bungor, Kampung Teluk Sareh Kampung Jawa dan Kampung Pulau Tiga.
PETUA ELAK BADAN PANAS DAN SENDAWA BAU DURIAN
IKLAN
Oleh kerana rasanya sungguh sedap sehingga ada yang makan terlalu banyak termasuk anak-anak.Bagi ibu hamil yang mengidam, tidak salah jika teringin setakat ingin rasa dua atau tiga ulas. Yang bahayanya jika makan hingga dua atau tiga biji! Oleh kerana dikatakan makan durian boleh menyebabkan badan menjadi panas.
Boleh cuba 3 petua mudah ini untuk menghilangkan panas badan dan sendawa bau bila makan durian.
IKLAN
Untuk hilangkan bau durian pada tangan, anda harus basuh tangan berisi air dalam pangsa durian.
2. Bagi mengelak panas badan pula, isi air dalam pangsa durian dan minum air untuk sejukkan badan.
Amalkan makan beberapa potong sengkuang untuk sejukkan badan selepas makan durian.
Terima kasih kepada perkongsian Nurulizati Roslan memaparkan kemeriahan raja buah ini yang banyak dijual disepanjang jalan di Kampung Gajah, Perak pada harga RM6.00 hingga RM10.00 sekilo! Kepada penggemar tegar durian, hujung minggu ini sila ke sana. Nanti jangan lupa share gambar ye.
IKLAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kala di tanya apa yang isteri suka pastinya isteri tidak meminta untuk dibelikan barangan, apatah lagi barang yang mahal seperti beg tangan berjenama, barang kemas atau apa jua dengan nilaian yang tinggi. Terasa berat hati menggunakan duit suami yang sepatutnya dibelanjakan untuk anak-anak. Begitulah seorang isteri.
Jika berniat untuk menghadiahkan isteri barangan, jangan ditanya atau elakkan memberi wang sebaliknya terus sahaja membeli kepada mereka. Pemberian sebegini tidak kira mahal atau murah, isteri akan hargai dan simpan sampai bila-bila.
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini benar belaka. Jika diberikan wang, sudahnya isteri akan membelanjakan pada keperluan hidupnya yang sama-sama boleh digunakan dengan suami, bukan untuk dirinya sendiri. Jom ikuti perkongsiannya.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’
Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Isteri Beli Barang Keperluan
Lain yang kita fikir, lain pula yang dibeli isteri. Itulah yang selalunya terjadi.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Belikan saja, jangan bagi wang
Ya itulah yang sebaiknya. Isteri akan simpan dan menjaga sebaiknya hadiah dan pemberian suami berbanding wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan anak, bukan dirinya sendiri. Tak gitu?
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe (digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
BERPAKAIAN WATAK SUPERHERO
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
10 KUMPULAN KANAK-KANAK MEMERIAHKAN ACARA
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri.
PERSEMBAHAN SILAP MATA
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila tanda sokongan program kekeluargaan ini.
KING & QUEEN TERPILIH MENJUARAI
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
TERIMA KASIH BUAT PENAJA
Terima kasih kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung kalinya Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengajak semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai minggu POWER UP yang berlangsung secara eksklusif di studio, All Asia Broadcast Centre di Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 1 Julai ini.
Bertemakan “POWER UP! Be in the Right Place to Grow”, PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman mengenai strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media di samping mempelajari inovasi pengiklanan bersasar (Addressable Advertising) yang pertama di Asia Tenggara.
Inovasi pengiklanan bersasar yang dirintis oleh Astro itu membolehkan perniagaan memanfaatkan sasaran digital menerusi televisyen dengan penggunaan data pihak pertama, malah mampu memaparkan iklan terus kepada isi rumah yang menonton program berkaitan.
Selain itu, PKS juga akan dapat mencapai profil pelanggan Astro yang bernilai tinggi di seluruh negara bagi mempercepatkan pertumbuhan dan melonjakkan kedudukan dalam pasaran.
Minggu POWER UP Astro itu turut menawarkan PKS pengalaman di belakang tabir termasuk pengelolaan acara yang bersiaran langsung dari studio selain berpeluang bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif pakej pengiklanan.
Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk menyertai pengalaman hebat di Astro dan menang hadiah bernilai lebih RM1 juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.
Program yang berlangsung selama empat hari itu mempunyai tiga sesi pada setiap hari dan membolehkan PKS membuat pilihan masa, iaitu antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 2.00 petang.
Setiap sesi terhad kepada 40 pek.
Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi anda, boleh layari quake.com.my atau
Untuk mendaftar, boleh klik https://bit.ly/39G23Y7
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!