Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi yang seringkali menghiburkan kita dengan pelbagai telatah mereka kali ini berkongsi khabar gembira bila mana Maryam kini disahkan hamil.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagram, Maryam mendedahkan, dia dan suaminya, Ryzal bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Menariknya kata Maryam, setelah dua tahun menanti, perkhabaran itu sudah semestinya menggembirakannya dan suami. Dia yang kini hamil 3 bulan amat gembira malah bersyukur dengan anugerah terindah itu.
“Maryam Hamil 3 Bulan!
“Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah,” tulisnya ringkas menerusi Instagramnya.
Malah kedua-duanya amat bersyukur dengan pemberian rezeki yang sememangnya dinantikan sejak lama dulu.
“Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
“Duriankimchi Junior bakal menyusul,” kongsinya.
Malah kegembiraan ini sudah semestinya bakal dikongsikan dengan seluruh pengikut Maryam di Instagram, hari demi hari.
“Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” kongsi mereka lagi.
Video yang dimuat naik Maryam ketika membuat kejutan menyampaikan berita itu kepada Ryzal di dalam kereta ternyata amat mencuit hati semua. Mana tidaknya, gelagat Ryzal yang tidak mempercayai kata-kata Maryam membuatkan wargamaya terhibur.
Bimbang di prank isterinya sekali lagi, Ryzal terus-terusan tidak mempercayai kata-kata Maryam.
“Semalam sayang buat pregnancy test. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya dan mereka cakap, mereka pasti saya mengandung.
“Ini bukan prank abang. Semua orang kalau buat video macam ni akan menangis. Kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya,” kata Maryam pada suaminya ketika video kejutan itu.
Namun menerusi Instagramnya, Maryam mengesahkan kehamilannya setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.
“Alhamdulillah syukur. This is the best gift from Allah,” kongsinya di Instagram.
Berkongsi sekeping gambar sambil memegang imbasan ultrasound sudah cukup membuktikan kehamilan Maryam.
Bukan hanya seluruh pengikutnya, bahkan Maryam turut menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti.
Semoga perjalanan kehamilan Maryam bersama bayinya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @duriankimchi & maryamnurrr