Tular di media sosial tentang produk susu Dutch Lady Curious (900g) yang bernombor kelompok 1023C7WA yang dikatakan susu tiruan sehingga menyebabkan masalah penghadaman selain sakit perut, muntah di kalangan kana-kanak yang meminumnya.

Pihak Dutch Lady telah memberikan kenyataan rasmi berhubung aduan kesihatan yang diterima daripada pelanggannya. Mereka mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.

Sejurus selepas menerima aduan, Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

Menurut Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, pihaknya sangat mengambil berat tentang isu ini dan memberi jaminan kepada para penggunanya bahawa aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

IKLAN

Katanya lagi dalam penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan produk Dutch Lady tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu ini selamat untuk diminum.

Keraguan Terhadap Kesahihan Produk

Berhubung perkara yang dipersoalkan di saluran media sosial baru-baru ini, Dutch Lady juga ingin menangani spekulasi yang telah dibangkitkan mengenai pembungkusannya.

IKLAN

Tambah Gupta, “Kami menyedari bahawa maklumat yang tidak tepat telah mula disebarkan di media sosial ketika para netizen berkongsi kebimbangan mereka. Bagi melindungi kepentingan pelanggan, kami perlu memperbetulkan spekulasi terhadap beberapa butiran pembungkusan kami yang telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu.”

Ciri-Ciri Susu Dutch Lady Yang Sahih

Dutch Lady ingin menjelaskan bahawa ciri-ciri di bawah terdapat dalam semua produk Dutch Lady yang sahih.

IKLAN
  • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
  • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
  • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
  • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putihDutch Lady ‘Bersuara’ Isu Susu Tiruan. Kod Kelompok 101 Dan 102 Tulen. Nafi Produk Susunya Tak Selamat!

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. Sekiranya terdapat keraguan, pengguna dinasihatkan merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan Dutch Lady sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Sumber: Dutch Lady Malaysia

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI