Dynas Mokhtar yang selamat bersalin anak ketiga dan diberi nama Edriel Obil pada 19 Mei lalu memilih untuk meneruskan amalan berpantang sehingga 100 hari.
Dynas, 36, atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, ia inisiatif sendiri selain memikirkan bersalin pada usia lewat 30-an.
“Proses berpantang kali ini saya buat betul-betul. Walaupun tempoh 44 hari sudah habis, saya masih tidak minum minuman ais. Malah, saya juga masih menggunakan bengkung, bertungku, bertangas dan mandi sauna.
“Semua ini saya buat sendiri. Kalau ada masa, saya panggil orang datang buat iaitu seminggu sekali. Sekarang baru lepas 60 hari, jadi ada baki 40 hari lagi.
“Pengalaman dua anak dulu, saya berpantang biasa saja. Kali ini, saya kena lebih disiplin dan ambil masa panjang kerana sudah berusia. Bukan mudah menjadi ibu sekali lagi pada usia ini,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya apabila ada anak kecil, Dynas mengakui sehingga sekarang dia dan suami, Shazrik Din, masih tidak cukup tidur.
“Orang selalu cakap, kalau umur lebih 35 tahun baru nak bersalin pasti cepat berasa penat. Memang betul kerana itu yang saya lalui sekarang. Apatah lagi, saya hanya dapat tidur empat jam saja setiap hari.
“Kalau anak terjaga, saya akan terjaga sama. Kalau dia lewat bangun, saya pula yang risau. Sampai tahap macam itu sekali. Bukan saya saja tetapi suami pun sama. Saya beruntung kerana dia sangat membantu dan memahami.
“Dia tahu apa yang perlu dibuat, tak payah beritahu. Pendek kata dia sangat rajin dan bertanggungjawab.Dia selalu cakap, kalau tak buat semua itu nanti saya tak mahu mengandung lagi,” katanya.
Pada masa sama, Dynas berkata faktor usia juga membuatkan dia mudah tertekan dan beremosi sepanjang tempoh berpantang.
Ads
“Dulu tak pernah rasa macam ini. Sekarang bukan saja penat tetapi mudah berasa tertekan dan beremosi. Mungkin perubahan hormon pada usia ini mempengaruhi perasaan kita sehingga ia menjadi tak menentu,” katanya.
Ditanya adakah dia mempunyai perancangan menambah cahaya mata sebelum menginjak usia 40 tahun, Dynas menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.
“Soal tambah anak sebelum 40 tahun tengok dulu macam mana. Sekarang pun saya masih boleh ‘bau’ hospital. Kalau tanya suami, dia memang okey saja dan nak tambah lagi. Dia sukakan kanak-kanak.
Ads
“Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, apa salahnya. Anak adalah kurniaan dan amanat Allah,” katanya.
Setiap kali anak-anak bermain dan melompat sana sini, kita akan rasa rimas dan terus bagi arahan diam. Sedangkan tingkah laku itulah sebenarnya baik untuk anak kerana anak yang aktif ini sebenarnya mempunyai otak yang bijak!
Ketahuilah anak yang sihat biasanya mereka akan aktif dan ceria. Ketahui lima tanda yang menunjukkan si kecil anda sememangnya anak yang sihat.
Lincah
Anda mungkin pening kepala melihat dia sentiasa bergerak aktif dan tidak henti-henti bermain. Jangan risau! Itu tandanya dia sihat. Sebaliknya anda perlu bimbang jika dia kelihatan lesu dan tidak berminat untuk bermain.
Pandangan dua hala
Si kecil biasanya suka bercakap mengenai apa sahaja yang terlintas di kotak fikirannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda turut memandangnya sewaktu dia bercerita. Ketahuilah itu adalah salah satu cara anda mengetahui bahawa dia sihat atau tidak. Jika pandangan lesu atau dia tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit.
Rambut sihat bersinar
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Namun, kesihatan rambut dinilai dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambutnya mudah putus atau kusam, mungkin itu petanda dia kekurangan zat seperi B kompleks dan zink.
Suhu 36.5°C – 37.5°C
Jika anak lesu atau lebih selesa tidur berbanding bermain dan pada masa yang sama dia juga tidak lalu makan, maka segera periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia mengalami demam atau pun masalah kesihatan yang lainnya.
Tidak mudah sakit
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cenderung menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran yang menjadi agen pembawa kuman. Jika daya tahan badannya kuat, dia tidak mudah diserang penyakit walau pun bergaul dengan rakan-rakannya yang tidak sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah 4 tahun anak di diagnos autisme, aktres Catriona Brian Ross akui hikmahnya dia jadi lebih penyabar & menghargai. Penuh dengan semangat positif, ibu kepada 3 anak ini memberikan semangat kepada ibu bapa anak autisme yang lain.
Perkongsian aktres kacukan Melayu-Scottish ini mengenai anakknya. Jammal Raees, 6 tahun yang mengalami Autisme Spectrum Disorder.
Menerusi perkongsian di Instagram, Catriona turut meluahkan tentang hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga akui yang dia bertahun mencari hikmahnya.
Pemikiran positifnya dikagumi. Katanya setiap kiriman Tuhan berhikmah & akhirnya menemui jawapannya yang membuatnya sangat lega. Apa yang terjadi ditakdirkan buat Jammal Raess menjadikan Catriona lebih sabar, berlapang dada & lebih menghargai keluarga dan rakan taulan. Dia malah menjadi lebih positif dan tidak mudah terkesan dengan kata-kata negatif.
Catriona turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dikurniakan anak yang mengubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik.
Selain itu, Catriona juga sering berkongsi tentang momen indahnya bersama Jammal Raees. Pelbagai info yang dikongsikan. Ini secara turut memberikan kesedaran tentang autisme yang masih lagi asing di dalam masyakarat.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangkitan virus Influenza A dan Influenza B adalah antara punca utama kemasukan bayi dan kanak-kanak ke hospital.
Virus ini sangat mudah berjangkit, terutama kepada mereka yang tinggal di pusat jagaan yang ramai kanak-kanak, terdedah kepada asap rokok dan bayi pra matang.
Jangkitan ini bukan sahaja boleh menyebabkan demam panas, hilang selera makan, batuk, muntah dan dehydration, ia juga boleh merebak dan menyebabkan komplikasi yang jauh lebih teruk iaitu jangkitan paru-paru dan menyebabkan kesukaran bernafas.
Kanak-kanak bawah 5 tahun kebiasaannya perlu dimasukkan ke wad jika dijangkiti virus ini kerana dehydration. Mereka mengalami demam panas, dan selera makan yang kurang. Ini akan menyebabkan badan mereka kehilangan air yang banyak dan menyebabkan dehydration.
Dehydration yang tidak dirawat itu sendiri akan menyebabkan komplikasi yang lain seperti kegagalan fungsi organ utama seperti jantung dan buah pinggang.
Namun kini, penyakit ini dapat dicegah melalui pengambilan vaksin.
Vaksin influenza yang terkini seperti Vaxigrip Tetra, Fluquadri dan Fluarix Tetra memberi perlindungan yang terbaik dengan perlindungan terhadap 4 strain virus influenza berbanding vaksin terdahulu yang hanya memberi perlindungan terhadap 3 strain virus sahaja.
Untuk orang dewasa, bagi mereka yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik dan penyakit paru-paru yang bercadang untuk melancong atau menuniakan umrah, juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.