E Workshop Financial Parenting Pa&Ma x SSPN Sukses! Nak Akaun SSPN, Join Contest Ni

Share

Buat julung kalinya Pa&Ma bersama SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop Financial Parenting baru-baru ini dengan melibatkan 50 peserta dari Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor yang telah membuat pendaftaran awal.

Penglibatan peserta untuk E Workshop Financial Parenting kali ini yang dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom sesuatu yang baru bagi pihak Pa&Ma dan peserta kerana sebelum ini, Pa&Ma banyak melakukan program turun padang untuk bersama dengan pengikut setia majalah keibubapaan nombor satu di Malaysia.

Memandangkan SOP PKPP yang tidak membenarkan perhimpunan membabitkan orang ramai, transformasi atas talian ini tidak menjadi masalah untuk menghubungkan pengikut Pa&Ma bagi mendapat ilmu dan informasi yang bermanfaat sepanjang proses membesarkan anak.

Dengan kerjasama yang baik dari pihak SSPN, E Workshop Financial Parenting telah menampilkan panel yang hebat untuk berkongsi info bermanfaat buat ibu bapa iaitu bersama Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr Azuraida Shahadan dan selebriti jemputan, Dato’ Fazley Yaakob.

Perkongsian ilmu dengan peserta E Workshop Financial Parenting telah berjalan selama dua jam dan interaksi dengan peserta juga cukup baik.

Sepanjang program ini berlangsung, Dr Azu telah membincangkan mengenai topik perancangan kewangan keluarga dan tip menyimpan duit untuk anak sejak kecil.

Sementara itu, Dato’ Fazley pula berkongsi pengalamannya mendidik anak mengenai tip menyimpan duit dan cara untuk mendapatkan wang sekiranya ingin sesuatu yang diimpikan. Cara yang dipraktikkan oleh beliau ini sangat berkesan dan anak-anak akan faham tentang nilai wang tersebut.

Prinsipnya jika anak mahukan sesuatu perlu letakkan dulu target dan mula menyimpan. Beliau dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz tidak sesekali memberi dengan mudah.

Sepanjang program ini berlangsung, sesi cabutan bertuah juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta.

Peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma – Do It Baru Berduit

Dato Fazley juga turut mengumumkan peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma – Do It Baru Berduit.

Macam mana peraduan Do It Baru Berduit tu?

1. Rakam video anak sedang melakukan tugasan di rumah serta reaksi mereka diberi upah setelah melakukan tugasan tersebut dan gelagat anak apabila disuruh menabung.

2. Post video tersebut di Instagram anda beserta hashtag #simpanchallengesspnpama #DoItBaruBerduit #LoveSSPN

3. Pastikan akaun dalam tetapan public

Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling kreatif dan menarik. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2020.

Paling menarik, anak-anak ini akan diberikan ganjaran dengan hadiah akaun SSPN iaitu

1. Hadiah Pertama -Akaun SSPN RM500
2. Hadiah Kedua – Akaun SSPN RM300
3. Hadiah Ketiga – Akaun SSPN RM200

10 hadiah saguhati Akaun SSPN RM100 seorang.

Wow sangat lumayan! Buat kerja rumah tolong papa mama pun boleh dapat reward hadiah duit. Senang je kan. Rugi tak buat tau.

Tarikh tutup penyertaan 15 Ogos 2020

Peraduan ni terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada peserta kelas E Workshop sahaja! Followers Pa&Ma dan PTPTN atau sesiapa sahaja pun boleh sertai peraduan ini. Senang sangat caranya, rugi kalau tak join. Mana tahu rezeki anak-anak anda boleh menang hadiah akaun SSPN. Lepas ini terus buat video anak-anak anda tu ya.

 

 

Published by
Wan Amy