Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar, “Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja.” Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
“Mereka Hanya Berada Di Dunia Anda Sekejap Sahaja”
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“EMERY ANAK ISTIMEWA SAYA, DIA AUTISTIK, ‘NON-VERBAL’ DAN TIADA CARA KOMUNIKASI SEPERTI KITA YANG SEMPURNA INI. DIA BERADA DI KUALA LUMPUR UNTUK BERCUTI DAN DUA MALAM JUGA KITA PERGI MAKAN DI PUSAT BANDAR.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“JADI, MEREKA TINGGIKAN SUARA, MARAH DAN MAKI. MASYARAKAT KITA TAK PEKA DENGAN INSAN YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN DARI SEGI KEUPAYAAN MENTAL,” KATANYA.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
Ads
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“BAGI MEREKA RUANG UNTUK ‘MENUMPANG LALU’ KEHIDUPAN NORMAL KALIAN UNTUK BEBERAPA MINIT DAN MEREKA AKAN PERGI DARIPADA KEHIDUPAN ANDA SELAMANYA,” KATANYA.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
Ads
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Malang tak berbau- Anak kepada pelakon Ummi Nazeera mengalami kecederaan pada bahagian siku dan telah selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagi Ummi Nazeera meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan sulungnya itu semakin pulih.
Pelakon Sekali Aku Bahagia itu telah memuatnaik video di Instagram yang memaparkan Ayra ditolak selepas pembedahan.
“Alhamdulillah. @ayra.aneesah operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.”
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya.”
Ibu kepada kedua cahaya mata perempuan ini menyatakan terima kasih kepada suami tercinta iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang sentiasa berada di sisi secara tidak langsung membuatkan dia rasa tenang dan sedikit sebanyak memberikan kekuatan.
Ibu mana yang tidak sedih dan risaukan keselamatan anak apatah lagi melihat anak dalam kesakitan.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih tengok anak sakit” Kongsinya.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.”
Ramai yang meinggalkan komen doa, ucapan dan juga tip pemulihan.
– “Even in POP (plaster of paris) kena banyakkan do exercise to regain hand mobility. Sis boleh cuba exercise such as putty exercise, finger tenndon glide, wrist flexion and extension exercise. All this exercise can do manually or boleh je beli alatan hand exercise di pharmacy or medical equipment store. Hope it helps!”
– “Poor Ayra. I hope she recovers well”
–”Aiyo poor Baby, heal well soon take your time ❤️ hugs @umminazeera Semoga cepat sembuh dan kembali ceria Ayra Aneesah!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura penyanyi nombor satu negara ini bukan biasa-biasa. Apa sahaja yang digayakan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza tetap kena malah cantik digayakan.
Paling terbaru, satu rakaman video yang tular meraih perhatian ramai.
Melalui video yang dikongsikan itu, Siti tampil cukup ringkas dengan hanya bertudung litup malah bersimpuh di atas lantai sambil cuba melakukan sesuatu kepada telefon bimbitnya.
Gayanya bersahaja, apa lagi pemakaiannya yang cukup sederhana. Langsung tidak menggambarkan populariti yang dimilikinya. Begitu merendah diri.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya gaya bersahajanya bahkan aksi Dato Siti yang cuba menegakkan telefon bimbitnya tanpa sedar dirakam oleh seseorang.
Sebaik menyedari gelagatnya itu dirakam, reaksi Tok Ti mengundang tawa orang ramai malah memuji kecomelan penyanyi nombor satu negara itu. Tok Ti tetap comel walau dalam apa sahaja situasi.
Reaksi Siti yang comel dan keanakkan itu sudah semestinya menarik perhatian orang ramai. Apa lagi penampilan ringkasnya dengan tudung sarung yang diakui selesa oleh semua wanita.
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk tahun 1 (2023) dah boleh buat semakan keputusan penempatan anak masing-masing.
Menerusi portal semakan.com, keputusan penempatan ini boleh disemak bermula 1 Ogos.
Manakala bagi anak-anak yang tak berjaya mendapat sekolah pilihan, rayuan penempatan boleh dibuat dari tarikh 1 hingga 30 Ogos 2022.
Ibu bapa atau penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 hingga 30 Ogos secara dalam talian.
Keputusan rayuan pada tarikh 1 Oktober 2022.
Semakan Keputusan
Mula: 1 Ogos 2022 Tamat: 30 Ogos 2022
Tarikh Rayuan
Buka: 1 Ogos 2022 Tutup: 30 Ogos 2022
Perakuan penempatan
1) Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
2) Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secra fizikal ke sekolah.
3) Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
4) Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Rayuan Penempatan
1) Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2) Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan
3) Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
4) Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.