Egonya kita dengan anak. Bunyi macam kasar kan tapi inilah hakikatnya yang kita buat pada anak tanpa sedar.

Cara kita layan anak itu kadang-kadang boleh buat mereka berkecil hati dalam diam. Walaupun tak pandai nak luah tapi mereka tetap simpan memori itu dalam ingatan.

Jika berterusan kita bukan sahaja gagal untuk menjadikan anak seorang yang berjaya dalam pelajaran tetapi kesannya pada pembentukan diri apabila mereka membesar dengan rasa kurangnya kasih sayang dan penuh kecurigaan pada ibu bapanya sendiri.

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak melambai sambil masuk ke sekolah dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua tiga kali kena marah di awal hari. Kalau tak beritahu pasal surat itu pun takpa fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia dihantar oleh van ke daycare. Makan seorang dalam diri sambil merenung. Selera sekadar alas perut. Membuat kerja rumah dari sekolah tanpa bimbingan, takut bertanya dengan ibu bapa yang akan marah pasal tak buat di taska. Matahari terbenam, anak merenung pintu menunggu ibu dan ayah balik.

Egonya Kita Dengan Anak, Silap Sikit Marah. Jangan Pelik Bila Anak Besar Makin Jauh Dengan Kita

Bila malam menjelma, barulah ibu dan ayah pun menjelma.

IKLAN

Dah 8 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak perkara di lubuk hati yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka teruja nak cerita dan bertanya itu dan ini. 

Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan. Nak bagitau yang dipilih untuk pertandingan. Pelbagai perkara masih tersekat di lidahnya.

Tapi dimarahi lagi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua sedang bercakap…No manner kata mereka.. Please don’t disturb now. 

Anak menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pula dengan adik-adiknya sambil ketawa keriangan. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita atau check komputer. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu di dapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

IKLAN

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Egonya Kita Dengan Anak, Silap Sikit Marah. Jangan Pelik Bila Anak Besar Makin Jauh Dengan Kita

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

IKLAN

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir Anak.

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.00 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah dan petangnya di day care atau tuisyen. Hujung minggu macam-macam kelas lain pula untuk status ibu bapa dan bukan minat anak!

Tidak penatkah mereka? Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kilo.

Egonya Kita Dengan Anak, Silap Sikit Marah. Jangan Pelik Bila Anak Besar Makin Jauh Dengan Kita

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah dan tension.

Masa berlalu pantas, Masa kecil mereka dahagakan kita, Kita dahagakan wang dan pangkat, kononnya untuk masa depan anak.
Tapi masa kini anak diabaikan kasih sayang. Anak membesar dan menaruh kasih di luar rumah. Nak salahkan anak lagi pasal wrong friends, atau kita pasal gagal jadi first best friend…??

Ego need to go….

Sumber: ADIK Edutoys via bidayuh awesome

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI