Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak. Ada yang bermula sedari usia yang masih kecil dan ada pula yang lebih selesa mengajar anak ketika mereka sudah besar sedikit. Setiap pendekatan asalkan tidak memberi bebanan kepada si anak boleh dibuat. Ikut kesesuaian dan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Artikel Menarik: [Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap]
Pelakon cantik, Anzalna Nasir mempunyai caranya sendiri untuk memberi pendedahan awal kepada anaknya, Mohamad Eidress yang kini berusia dua bulan lebih.
Artikel Menarik: [Faham Dulu Kenapa Anak 3 Tahun Ke Bawah Kuat Mengamuk. Barulah Senang Kawal]
Menerusi perkongsian di laman Instagram anaknya, Anzalna dilihat mengajar anaknya mengenal nombor dan gambar sambil diperhatikan si kecil itu. Comelnya, apabila terlihat Eidress juga seolah-olah memahami apa yang diajarkan oleh ibunya.
Pada Pa&Ma, tidak salah kalau nak beri pendedahan awal kepada anak. Asalkan tidak membebankan atau memudaratkan anak, boleh saja. Anak pun akan jadi suka belajar kerana dan diajar sejak kecil. Pilihlah kaedah mengajar yang menyeronokkan supaya anak tidak merasa bosan.
Sumber: Mohamad Eidress