Eira Syazira Bertuah Dapat Suami Kaki Lawak Macam Azad. Confirm Rumah Riuh Rendah

Share

Suami pelakon Eira Syazira, 33, memang terkenal di media sosial dengan macam-macam gelagat lawaknya.

Azad Jasmin, 42, yang juga dikenali sebagai Pak Azad sering membuatkan ramai netizen terhibur dengan telatah lucunya yang selalu dirakam oleh Eira.

Ada sahaja idea Azad nak menggembirakan hati isterinya. Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang kreatif membuat lawak sampaikan isterinya Eira mesti akan terbahak-bahak ketawa melihat gelagat suaminya.

Malah ramai netizen yang mengatakan Eira bertuah memiliki suami yang sentiasa membuatkan dirinya bahagia dengan lawak jenaka.

Video terbaru yang dikongsi oleh Eira di laman Instagramnya memaparkan telatah Azad yang makan buah orange dengan cara yang kelakar.

Adoiiii Pak Azad niiii ??? Orange 2 in 1 katanya!! Boleh dia buat Orange tu jd prop main boxing hahahaha!!! Suami oh suami ada je idea dia tau @azadsyazirarose ???

Video yang mendapat tontonan lebih 500k daripada netizen turut membuatkan ramai yang berterima kasih kepada Eira yang selalu berkongsi video-video lawak suaminya dan membuatkan hati mereka terhibur serta hilang segala kemurungan yang dialami.

Resipi Rumah Tangga Bahagia

Seronok melihat keserasian dan kebahagiaan Eira dan Azad yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan ini.

Mungkin ini resipi kebahagiaan rumah tangga pasangan yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-7 tahun ini.

Lawak jenaka dan gelak ketawa yang mewarnai kehidupan seharian mereka semakin mengukuhkan perasaan cinta dan bahagia.

Happy Bila Dapat Suami Kaki Lawak

Ramai netizen yang rasa terhibur dengan lawak jenaka Azad turut berkongsi perasaan gembira bila dikurniakan suami yang memang kaki lawak.

Anak Pun Sama Kelakar

Pasangan bahagia yang telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Amarra Sofe Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 16 bulan dan Ariesya Suri Rose, 4 bulan turut berbangga dengan kebolehan anak sulung mereka.

Azad dan Eira serta Amarra baruu muncul dalam rancangan Oh My Family yang disiarkan di TV Astro baru-baru ini.

Sejak program tersebut bukan sahaja Azad yang mendapat perhatian tetapi Amarra turut makin dikenali dan ramai yang kagum dengan kepintaran dan kelucuan si comel.

Nampaknya Amarra betul-betul mengikut perangai ayahnya yang kelakar disebabkan selalu disakat oleh Azad.

Telatah lucu dan bersahaja Amarra terutama bila dia turut bertutur bahasa Tamil seperti Azad dan video tersebut menjadi tular di media sosial.

Walaupun sibuk dengan perniagaan dan shooting program TV namun Eira dan Azad nampaknya tak pernah mengabaikan pendidikan untuk anak-anaknya.

Amarra yang baru berusia 5 tahun ternyata sangat bijak kerana sudah boleh membaca dan petah berbahasa Inggeris dengan lancar selain peramah dan mudah berbual dengan orang lain yang baru dikenali.

Pandai mummy daddy Amarra didik anak-anak mereka!

Sumber: Instagram eirasyaziraofficial

Published by
Hasnita Sawal