Eira Syazira, pengacara rancangan Pa&Ma kongsi 4 tip badan langsing walau pun beranak 3. Katanya kena rajin & bijak guna masa

Ibu kepada Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 6 bulan sentiasa kelihatan cantik walau pun sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan.

 

Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Eira mengekalkan kecantikan & kelangsingan badan dan kecergasan diri walau pun mempunyai jadual padat.

RAHSIA KELANGSINGAN EIRA

IKLAN

Rahsianya kelangsingan pengacara rancangan Pa&Ma ini ialah menjaga pemakanan. Antaranya ialah dengan;

  1. Mengamalkan eat clean iaitu sayur-sayuran, sumber haiwan daripada sumber yang tidak berproses.
  2. Banyak minum air.
  3. Kerap bersenam.
  4. Low carbs diet dan mengurangkan pengambilan gula.

MESTI BERSENAM

Walau pun di bulan puasa (ketika sesi fotografi diadakan), Eira tetap ke gimnasium untuk latihan kecergasan.

Wanita yang mempunyai keazaman kuat ini juga mengakui proses berpantang bersalin juga memainkan peranan penting bagi menjamin kecergasan berpanjangan.

IKLAN

AMALAN BERPANTANG

Setiap kali bersalin, 44 hari Eira akan diurut, mengambil hanya segenggam nasi setiap kali waktu makan bersama sayur dan lauk manakala pada sebelah malamnya hanya meminum Milo kosong atau susu segar rendah lemak.

IKLAN

Ais juga merupakan kepantangan Eira. Eira juga perlu memastikan staminanya berada di tahap optimum memandangkan dirinya akan membuat come back di Indonesia tidak lama lagi.

Jangan lupa saksikan Eira & Azad sebagai pengacara rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 Tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak tajuk keibubapaan yang dikupas dan info berguna yang dikupas setiap minggu.

Eira Syazira Kongsi 5 Tip Badan Langsing Walau Pun Beranak 3. Kena Rajin & Bijak Guna Masa

Sumber: Eira Syazira & Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI