Untuk merawat anak yang mengalami ekzema, ibu bapa mesti tahu kaedah rawatan yang sesuai, barulah ekzema terkawal. Ia bagi mengelakkan ekzema daripada merebak ke bahagian anggota badan yang lain.
Ekzema adalah salah satu ruam kulit kronik yang kelihatan kemerahan atau kering yang akan menjadi gatal. Malah ia akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa dan mungkin akan meragam!
Rawat Ekzema, Ibu Ayah Mesti Tahu Kaedah Rawatan
Terdapat banyak jenis ruam kulit yang gatal. Salah satu ruam kulit yang gatal yang biasa adalah ekzema atopik (atopic aczema). Kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun yang biasanya menghidap ekzema dan kebanyakannya yang berumur antara 2 sehingga 6 bulan. Namun sebanyak 60 sehingga 70 peratus antara mereka akan hilang ekzema apabila meningkat dewasa.
Ekzema mungkin disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan badan. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun mengetahui kenapa sesetengah orang menghidapinya. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi ekzema, asma atau masalah alergi hidung contohnya bersin, hidung berair apabila terkena habuk adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat ekzema.
Anak-anak kecil yang menghadapi salah ekzema akan mengalami ruam merah yang wujud (eczema flare) dan hilang kerap-kali pada kulit, biasanya pada bahagian sama. Apabila ruam merah ini hilang, kulit akan menjadi kering, sensitive dan kasar.
Antara faktor-faktor yang diketahui yang boleh menyebabkan ekzema berulang adalah berpeluh dan kepanasan, tekanan emosi dan alergi terhadap makanan tertentu sebagai susu lembu, telur atau pewarna makanan, boleh menyebabkan eczema flare berlaku. Jangkitan kuman bakteria terutamanya, Staphylococcus aureus, senang menyerang kepada kulit yang sudah pecah dan merah.
Ekzema boleh mengganggu kehidupan pesakitnya. Untuk mengatasinya ada yang mencuba semua jenis pembersih dan pelembap kulit, sesetengah cuba menyejukkan atau menghalang anak daripada bermain agar tidak berpeluh.
Namun jangan bimbang ekzema bukan penyakit berjangkit dan tidak merebak daripada satu orang kepada orang lain. Ia akhirnya akan sembuh atau gejala-gejalanya menjadi kurang serius apabila umur anak semakin meningkat.
Rawatan
Untuk menjaga anak ekzema anda perlu menjadi seorang yang cerewet. Soal makanan, pakaian dan penjagaan diri semuanya kena diteliti. Jangan main hentam sahaja. Jika tak jaga, memang keadan kulit anak akan menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Ada 4 rawatan yang biasa gunapakai untuk masalah ekzema. Namun, pastikan mendapat nasihat pegawai perubatan atau doktor di klinik berhampiran dengan anda.
Apabila kulit mempunyai tanda kemerahan atau berair (eczema flare) gunakan krim mengandungi steroid akan membantu mengawal inflamasi, kemerahan dan kegatalan. Namun penggunaannya mestilah atas nasihat doktor untuk mengelak kesan sampingan seperti penipisan kulit, jika cara penggunaan tidak sesuai.
Tempoh masa menggunakan krim akan dihadkan dan bahagian mana boleh sapukan ubat akan dijelaskan. Ada juga ibu bapa menggunakan rangkaian penjagaan diri yang menggunakan produk berunsurkan organik termasuk krim, losyen,mandian dan syampu.
2.Untuk kulit kering
Emollients adalah pelembap kuat yang akan membantu mengawal kulit menjadi terlalu kering dan pecah. Kanak-kanak direndam dalam air biasa (bukan panas)yang mengandungi pembersih selama 10 minit dan badan dikeringkan dengan kain bersih. Selepas itu, pelembap diurutkan keseluruhan badan. Proses ini mengambil masa selama 20 minit dan dilakukan sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3.Antibiotik
Jangkitan dengan kuman bakteria kerap berlaku, dan krim yang mengandungi antibiotik atau dengan kombinasi steroid akan membantu mengawal jangkitan daripada berlaku secara berulang.
4.Antihistamin
Ads
Ubat ini digunakan untuk membantu anak-anak kecil tidur. Ini kerana ekzema boleh menyebabkan mereka tidak selesa kerana rasa kegatalan yang dialaminya.
Perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak ekzema:
a.Pakai pakaian daripada jenis kapas atau lembut.
b.Gunakan sabun lembut atau pembersih, bukan sabun untuk mandi.
c.Selepas mandi, keringkan badan dengan menepuk kulit perlahan dan jangan menggosok.
d.Mengelakkan daripadamenggaru, kerana senang untuk kuman jangkitkan kulit. Kuku dipotongkan pendek dan untuk bayi gunakan sarung tangan.
e.Jangan dedahkan anak kecil kepada cahaya matahari.
Ads
f.Jangan gunakan sabun wangi, atau bubble baths.
g.Sering membersihkan cadar dan pakaian anak kecil.
Info:
Tiada penyebab utama berlakunya ekzema tetapi selalunya ia melibatkan sejarah dalam ahli keluarga yang mempunyai ekzema, asma dan alergi. Jika anda mempunyai sejarah ini, risiko anak anda sebanyak 25 peratus dan jika anda dan pasangan anda mempunyai sejarah yang sama, anak anda berisiko 55 sehingga 65 peratus.
Sakit bersalin tidak dapat digambarkan. Kontraksi dan kesakitan berjam-jam lamanya. Instafamous Hafiz Mahamad berkongsi detik bersalin isteri, Syafiqah Aina.
6 jam bertarung kesakitan, sebagai suami Hafiz menyaksikan semua yang terjadi semasa proses kelahiran puteri sulung mereka, Raisya Arisa.
Kata Hafiz menerusi Instagram, kulitnya terdapat banyak kesan calar akibat digigit isteri. Dia bagaimana pun berpuas hati kerana berpeluang menemani Syafiqah dari awal hingga selesai proses kelahiran.
“Morning Everyone, 6 hours dia bertarung nyawa semalam & habis calar calar badan saya digigitnya.
“Trust me, bila saya teman wife dari awal contraction sampai baby keluar.
Lebih menyentuh hati, lelaki ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa proses bersalin anak sulung ini menyebabkan dia akan terus setia. Hafiz mengakui saat menemani isteri, dia seolah-olah membayangkan kesakitan yang dilalui Syafiqah.
“Perasaan saya macam, “aku taknak cari perempuan lain & aku nak ikut je apa bini aku suruh” ? .
“Kita yg meneman pun rasa sakit, uih dia mcm gedebek prekkkkk.
Syafiqah Aina juga turut mengemaskini Instagram dan memuatnaik foto bayinya. Dalam kapsyen dia turut menyatakan terima kasih buat Hafiz yang sentiasa ada disisi sepanjang proses kelahiran.
“Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini ?. . “Thank you Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi ?.
Situasi cemas semasa kelahiran sering kali menjadi sebuah episod mendebarkan bagi seorang suami. Tatkala si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat, caesar atau normal bukan kayu ukur kehebatannya lagi.
Pengalaman Dr Aimir Ma’rof melalui proses kelahiran isterinya mungkin keadaan yang sering dialami para suami. Cemas dan takut akan keadaan isteri dan bayi dalam kandungan, apatah lagi tatkala degupan jantung bayi semakin lemah akibat kelemasan.
SALAHKAH BERSALIN CAESAREAN?
Isteri masud wad & ikut prosedur biasa. Menunggu di luar tirai dan bunyi mesin CTG jelas kedengaran.
Tiba-tiba bunyi CTG berubah bunyinya. Doktor berlari & kalut.
Caesar kerana fetal brady (bradycardia). Suasana riuh dan boleh dikatakan semua orang berlari.
Graf CTG seperti kawah. Semua kelam kabut. Kurang 5 minit isteri sudah ada dalam dewan bedah.
Tangisan bayi pertama, hati menjadi sebak. Kasihnya kepada isteri yang bergelut kepayahan.
Bersalin kali kedua isteri enggan VBAC. Itu kehendak isteri, autonomi isteri saya.
Hospital tidak sewenang-wenangnya membedah menidakkan autonomi isteri. Doktor membedah bukan untuk isi masa lapang atau hobi sampingan. Dalam situasi tertentu tanpa caesarean risiko kematian/ kecacatan bayi mungkin mencecah 100%.
Supaya beberapa tahun tiada ibu, suami dan anak yang masih meratapi. Kami hanya mahu ibu dan bayi itu selamat.
Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Consultant Paediatrician and Technical Committee Chairman of Immunise4Life melalui temuramah secara dalam talian “Making Flu Prevention My New Normal” National Pledge Campaign, Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.
Simptom jangkitan influenza, seperti:
-Demam panas
-Kesakitan sendi dan otot
-Rasa keletihan yang kronik
-Sesak nafas
-Selesema atau hidung tersumbat
-Sakit kepala
Vaksin untuk bayi bawah 6 bulan?
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail “Tiada vaksin untuk bayi dibawah umur 6 bulan. Bagi mengelakkan bayi terkena jangkitan influenza pastikan anak anda tidak dicium oleh orang yang bergejala dan pastikan anda menjaga kebersihan dan ‘protect’ bayi anda kerana daya imunisasi mereka masih lemah.”
Suntikan setiap tahun
Mungkin ada diantara anda atau anak sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?
Kematian
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.
Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.
Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.
Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.
Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.
Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.
Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori ‘tunggu dan lihat’ meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.
Sertailah ikrar ‘Cegah Flu, Norma Baharu’ sebagai tanda ingin melindungi diri masing-masing dan orang tersayang daripada influenza hanya dengan satu klik www.actoflove.ifl.my. Para selebriti seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Alyssa Dezek, Dr Say Shazril, Betty Rahmad dan Dr Halina Mohd Yunos turut bersama berikrar untuk mencegah flu; jom ikrar bersama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!