Kulit merah berair, jika cuaca panas anak mula menggaru. Bukan itu je, waktu tidur malam anak pun tak lena sebab gatal dan asyik merengek. Tompok-tompok merah ni bukan hanya pada bahagian muka, ada juga anak mengalaminya di siku, kaki, belakang lutut dan beberapa anggota badan.
Bila bawa jumpa doktor, ini adalah tanda ekzema dan perlu dirawat agar keadaan lebih terkawal dan tak menganggu perkembangan anak. Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Mohd Yazid Ismail, kisah anak lelakinya yang mengalami ekzema kronik dan sekarang dah bebas boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain.
Jangan bergantung pada ubat steroid
Ubat steroid jangan guna lama-lama. Pakai seminggu dua minggu je. Untuk jangka masa panjang ia akan beri kesan yang buruk.
Tapi ramai guna dalam jangka masa yang lama. Malah ada orang pakai sampai bertahun-tahun. Kebanyakan ubat yang diberikan oleh hospital dan klinik setiap kali rawatan eczema adalah ubat steroid, sebab tu ramai guna sampai bertahun-tahun. Ubat bersambung setiap kali ke klinik.
Macam tu juga kami dulu-dulu, sebab dah tak tahan sedih tengok anak menderita, kami guna ubat steroid yang doktor bagi. Tapi eczema reda sekejap je, lepas tu naik makin teruk. Kemudian tukar ubat steroid lain yang makin tinggi dos. Kesan buruknya kulit Saeed makin nipis dan eczema bertambah parah.
Ads
Rupanya steroid sekadar mengawal simptom ia tak menyembuhkan. Nak sembuh eczema kena rawat dari dalam, kena guna makanan sebagai ubat. Ilmu pemakanan memang kena belajar betul-betul. Ubat sapuan hanyalah untuk mengawal luaran sahaja.
Tukar pada produk natural
Bila tengok keadaan makin tak elok, kami insaf tak nak guna ubat steroid dah. Cari product natural sahaja untuk mengawal eczema Saeed.
Ads
Sanggup pergi jauh dari Nilai ke Rawang sebab nak beli product natural dari orang kat sana. Harga memang mahal berbanding ubat steroid. Tapi dah bertekad nak berusaha dengan bahan natural dan dengan ilmu pemakanan.
Selepas 6 bulan tinggalkan steroid, izin Allah sembuh
Alhamdulillah selepas 6 bulan tinggalkan steroid, eczema Saeed sembuh. Saeed diuji dengan eczema sejak umur 2 bulan dan sembuh ketika umur 16 bulan.
Walaupun ramai cakap eczema susah nak sembuh dan makan masa hingga anak masuk sekolah baru sembuh, tapi Saeed sembuh sebelum umur 2 tahun alhamdulillah. Eczema Saeed bukan jenis mild, tapi jenis yang teruk.
Ads
Pengalaman susah nak dapatkan ubat natural tu memang kami akan ingat sampai bila-bila. Kami rasa perlu ada usaha untuk memudahkan orang ramai mendapatkan product natural. Alhamdulillah sekarang mama Saeed, Widyana Ali bersama kawan-kawannya ada mengeluarkan natural product Honey & Olive Baby (HOB) untuk bantu masalah pengidap eczema.
Widyana juga banyak share di Facebook menu makanan yang diberikan kepada Saeed.
Boleh tengok di FB Widyana Ali untuk tahu tentang pengalaman menyembuhkan anak eczema. Semoga usaha yang dibuat oleh Widyana dapat membantu ramai orang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ini mengamalkan puasa 16 jam, diet kalori & senaman. Hasilnya dia berjaya turun 13.5kg dalam masa 4 bulan.
Ramai yang melakukan intermittent fasting untuk menurunkan berat badan termasuklah Puan Nurain Sazila, 33 tahun yang telah berkongsi tip dan cara dilakukannya hingga dapat menyingkirkan 13.5kg. Berat asalnya 74.5kg kini menyusut ke 61kg.
“Saya suri rumah, kedua-dua orang anak dilahirkan secara pembedahan caesarean. Saya amalkan intermittent fasting sejak bulan Oktober tahun lepas dan masih mengamalkanya sehingga sekarang. Selain itu saya cuba mengubah corak pemakanan saya secara perlahan-lahan dan mengikuti diet kalori,” kata Nurain.
BMI OBES & TEKANAN DARAH NAIK
“Penyebab utama saya tiba tiba mempunyai kesedaran dan tindakan adalah apabila BMI saya telah masuk ke fasa obes. Selama ini saya sedar yang saya overweight tetapi tahun lepas merupakan pertama kalinya berat saya melepasi fasa obes dan saya rasa saya perlu mula mengambil tindakan kerana darah tinggi saya semakin naik,” kata ibu dua anak ini.
BERAT TURUN 4KG BARU MULA SENAMAN
Ada yang kata senaman tanpa kawalan pemakanan tidak berkesan untuk menurunkan berat badan. Menurut Nurain, dia memulakan kawalan pemakanan atau diet terlebih dahulu. Hanya selepas turun 4kg barulah dia mulakan senaman.
Pada awalnya, dia hanya berjalan kaki cepat atau briskwalk sahaja dan selepas satu tempoh baru dimulakan senaman berintensiti tinggi seperti aerobik, zumba dan weight training. Kini selepas 4 bulan, Nurainmula kerap bersenam seperti aerobik, zumba, weight training dengan mengikuti video-video senaman di Youtube.
MESTI FAHAM KONSEP DEFISIT KALORI
“First, saya bukan dietitian/nutrition/coach atau yang sewaktu dengannya. Saya cuma mak anak dua yang ingin kongsi ilmu diet percuma supaya kita semua boleh kawal berat badan kita tanpa fikirkan ketidakmampuan bayar coach sebab ekonomi setiap orang tak samakan. Tapi semua orang nak sihat dan memiliki BMI normal.
“Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan sistem pencernaan, peredaran darah, pernafasan dan lain-lain. Tenaga itu datangnya dari makanan yang kita makan dan dikira dalam bentuk kalori.
Secara umum, kita memerlukan diantara 1500-1800 kalori sehari (setiap badan berbeza, boleh check google tdee calculator) bila kita terlebih kalori intake (makan banyak) ia akan ditukar menjadi lemak.
Apabila kita makan sikit atau kurang kalori intake berlakunya kalori defisit , dimana kekurangan sumber tenaga dari makanan, maka badan kita akan membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Oleh itu kita mengurus atau kehilangan berat badan.
Oleh itu asas bagi semua diet ialah menghasilkan KALORI DEFICIT.
Sebanyak 7700 kalori deficit akan membuatkan kita kehilangan 1kg.
Macam mana nak hasilkan kalori defisit? Paling mudah makan sikit dan makan makanan berkalori rendah.
Cara lain yang mudah dan happy dan boleh makan apa yang kita nak makan tanpa stress tapi masih ada kalori deficit? Downloadlah apps myfitnesspal (saya pakai free version je)
Cara efektif untuk pastikan kita makan tak terbabas, sebelum makan log dulu makanan kita. Macam saya, biasanya akan maintain 1200-1400 kalori intake dari makanan. Sangat mudah. Try dulu. Kalau tak faham nak guna macam mana tengok post² saya sebelum ini.
Macam mana nak banyakkan lagi kalori defisit ? Bersenam. Aerobic/Zumba 30 minit boleh bakar dalam 300kalori. Kalau tak nak bersenam. Just jaga kalori makanan betul².
Macam mana saya boleh hilang hampir 13kg? Jawapannya -saya diet kalori dan pastikan ada kalori deficit setiap hari. IF membantu pembakaran lemak juga, tp kalau buat IF dan makan tanpa kalori deficit – berat tetap juga susah turun.
INTERMITTEN FASTING
Ibu ini juga turut menyimpan jurnal berat badannya dan aktiviti yang dilakukan untuk memantau penurunan berat badannya. Dia juga mencatat jumlah kalori diambil, senaman dan intermittent fasting (IF) yang dilakukannya.
“OMAD tu singakatan bagi one meal a day. Ia adalah satu cabang dalam intermittent fasting yakni kita berpuasa 23 jam dan waktu makan 1 jam. Saya mulakan IF dengan amalan 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu makan (16:8) perlahan lahan saya tingkatan fasa berpuasa kerana melalui Dr Fung (penulis buku Obesity Code) beliau mengatakan lebih lama badan kita dalam fasa berpuasa, lebih banyak lemak yang akan terbakar,” kata wanita ini.
Bagi anda yang ingin memulakan, Nurain memberikan 8 tips;
Mencadangkan langkah pertama join dulu group sokongan di Facebook “Intermittent Fasting Malaysia” Ada banyak maklumat dan penerangan dari beginner sampailah yang dah otai yang buat Snake Diet. Nak masuk group ni free. Tiada bayaran. Dan banyak ahli² dan admin yang rajin bantu kita clearkan doubt.
IF ni maksudnya puasa berkala. Pola puasa-makan-puasa-makan. Sama je macam kita puasa masa bulan Ramadhan cuma IF ni masanya lebih flexible.
Untuk beginner dicadangkan mula dengan 16:8 iaitu 16 jam puasa, 8 jam makan.
Time 16 jam tu flexible kita boleh arrange masa tu ikut kesesuaian kita. Dan 16 jam puasa tu termasuk waktu tidur. Jadi sebenarnya x adalah lama sangat puasa tu
Bila saya buat 16: 8 biasa, petang hari ini jam 6pm saya dah start tidak makan (tapi boleh minum air kosong) dan akan makan esok paginya jam 10am. Senang kata, bila kita buat 16:8 tu … Tak makan malam dan breakfast lewat esok harinya
Lapar tak malam tak makan? Mestilah lapar dah nama pun puasa. Tapi tahan sikit ok, nanti lama-lama perut tu terbiasa. Bila tengah time lapar kemuncak tu biasanya antara pukul 7pm-10pm elakkanlah dari tengok rancangan masakan, scroll IG makanan ya.
Bila perut dh ok boleh tahan puasa next boleh extend fasting hours. Benda ni kita boleh buat slow²…ubah cara pemakanan pun kita buat slow². Bagi Atam, tak perlu drastik sebab kita nak badan kita belajar adapt. Dari drastik tapi x boleh nak kekalkan, lebih baik slow and steady je tapi x pernah stop.
Bila waktu nak mula IF? Paling baik, kalau terdetik hari ni, buatlah hari ni terus.
MAKAN SAYURAN MENTAH
Apa yang menarik, ibu ini mengambil banyak sayuran mentah. “Lobak merah dan timun memang saya suka makan mentah sebab lagi sedap pada selera saya. Sayur sayur yang lain seperti brokoli, bunga kobis, bayam biasanya saya celur dalam air panas, kukus atau panggang.
Sayur sayuran memang lebih baik kalau kita makan mentah seperti ulam ulaman sebab khasiatnya tidak luntur/kurang. Biasanya sayur sayuran kalau kita masak dalam keadaan yang lama atau sangat panas, khasiatnya akan berkurangan,” kata Nurain.
HIDANGAN CANTIK BERI KEPUASAN
Ibu ini selalu berkongsikan gambar-gambar hidangan yang diambil, berwarna-warni dan tersusun cantik. “Melalui pengalaman saya, susunan makan yang cantik dan berwarna warni memberi kesan kepuasan ketika kita makan walaupun makanan kita itu mungkin kurang rasa kerana kita kurangkan garam, gula dan perasa. Tetapi platting makanan sihat yang cantik akan meningkatkan selera kita untuk menikmati makanan tersebut,: katanya.
MULA PERLAHAN
Kepada ibu-ibu lain yang ingin mencuba Pesanan saya, kita cuba ubah secara perlahan lahan. Tidak semestinya hari ini kita mula menjaga pemakanan (diet) , hari ini kita potong secara total gula, karbo, minyak dan garam. Kita mulakan dengan perlahan lahan sehingga badan kita boleh terima perubahan citarasa makanan. Saya sendiri merupakan pengemar minum air kopi bersusu pekat manis, sebelum ini saya boleh minum sampai 3 cawan sehari. Apabila saya mula diet, saya tidak berhenti terus minum tetapi saya kurangkan menjadi secawan.
Selepas sebulan saya bertukar ke kopi berkrimer dan akhirnya setelah empat bulan barulah saya berjaya minum kopi kosong tanpa gula.
Diet merupakan perjalanan seumur hidup kerana bukan secepat mana kita boleh kurangkan berat badan dan turunkan BMI tetapi selama mana kita boleh kekalkan berat badan dan BMI yang ideal tanpa berpatah balik ke pola pemakanan yang lama.
TIDAK MENJAUHI NASI, TETAPI PATUH DIET KALORI
Tidak seperti kebanyakan diet yang tidak menggalakkan pengambilan nasi, Nurain tetap mengambilnya tetapi dalam kadar yang sesuai dengan kalori harian atau menggantikan dngan kobis bunga atau roti.
“Saya tidak menjauhi nasi kerana nasi merupakan makanan kegemaran saya. Setelah saya lebih fahami kesan karbohidrat kompleks terhadap aras gula dan insulin dalam badan serta kesannya pada pembakaran lemak, saya cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat kompleks secara berkala. Biasanya saya akan makan sebanyak 3 kali sehari dan saya akan cuba untuk pastikan hanya 1 kali yang mengandungi karbo kompleks.
“Contoh minggu ini karbo pilihan saya ialah roti, jadi nasi gantikan dengan kobis bunga. Minggu hadapan saya akan memilih nasi, maka roti saya akan gantikan dengan kobis bunga,” kata Nurain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu merasakan waktu malam adalah masa yang paling sesuai untuk berehat dan tidur dengan cukup. Tapi bila mempunyai anak kecil, waktu malam jugalah anak akan bangun atau berjaga semata-mata mahu menyusu.
Lagi- lagi bila anak kuat mengempeng tiada lagi istilah tidur lena sehingga ke pagi. Bagaimanapun jika anda tahu kelebihan menyusukan anak yang kerap waktu malam mesti anda rasa berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan ini.
Berdasarkan perkongsian dari Kaunselor Lakstasi, Puan Ziela Juzaila, menyusukan anak kerap waktu malam ada banyak kelebihannya. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan sepatutnya baby tidur saja diwaktu malam dan tidak perlu bangun menyusu. Ibu boleh tidur lena tanpa gangguan. Jom kita lihat antara kelebihannya.
1) Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam. Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan. Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan. Ada yang didatangi haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
2) Di waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu. Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu. Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
3) Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi. Lebih-lebih lagi memerah 3-4jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal lelemak di saluran susu yang boleh menganggu kelancaran pengeluaran susu.
4) Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam. Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu dari semua arah. Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.
5) Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu. Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.
6) Kurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Apabila susukan anak kerap, kerap terjaga dan mesti akan melihat tentang keadaan keselamatan anak. Ibu boleh nap baby dan offer anak menyusu jika anak lena lebih 2 jam. Jika anak mudah memuntahkan susu yang berlebihan kita dapat perhatikan dengan kerap.
7) Melatonin. Yes. Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam. Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.
Anak bukan selamanya kecil kan. Bertabahlah. Penyusuan susu ibu berlangsung hanya 2-4 tahun usianya tetapi kelebihan yang diperolehi dari susu ibu akan dinikmati disepanjang usianya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.