Ekzema Makin Teruk Bukan Faktor Pemakanan Sahaja. Doktor Terangkan 6 Jenis Faktor Pencetus Perlu Elak

Share

Anak ekzema teruk, gatal dan menggaru. Ibu ayah mesti periksa punca pencetusnya, bukan pemakanan sahaja. Stres juga tidak terkecuali.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak ekzema, cabaran besar ialah supaya ekzema tidak flare up atau meradang kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu perkembangan si kecil.

Menurut Pakar Dermatologi & Estetik Dr Norbaizura Mohd Ismail,  memahami punca pencetus atau trigger factor sangat mustahak. Ia tidak semestinya pemakanan semata-mata.

Apa yang mencetuskan ekzema

Faktor yang dapat menyebabkan eczema itu banyak. Tidak hanya bergantung pd faktor pemakanan semata-mata tapi juga bergantung pada faktor2 lain yang tidak kita jangka.

Triggering factor bagi setiap org juga berbeza. If seseorang tu allergic atau triggered by seafood, tak semestinya org lain pun allergic dan tak boleh makan jugak.

So setiap pesakit eczema (ibu bapa) haruslah kenal pasti sendiri apa yg menyebabkan eczema mereka flare!

Antara faktor yang dapat trigger eczema adalah:
#1. Kulit kering
Kulit yang kering memang merupakan ciri kulit eczema. Tetapi sekiranya berterusan dan terlalu kering, keadaan ini akan menyebabkan gatal dan eczema akan flare.

#2. Irritant
Bahan-bahan yang digunakan sehari-hari juga dapat menyebabkan flare contohnya seperti sabun mandi, shampoo, detergent, disinfectant dan sebagainya. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pencuci yang bersifat gentle/lembut, fragrance-free, less preservative/harsh chemicals.

#3. Cuaca 
Cuaca juga memainkn peranan. Cuaca yg terlalu panas, atau kelembapan yg kering (tempat beraircond) juga dpt mnyebabkan flare. Peluh kita juga dipanggil natural irritant kerana dapat menyebabkan kulit menjadi bertambah gatal.

#4. Persekitaran 
Persekitaran yg berdebu/habuk merupakan penyebab penting utk flare eczema ni. Contohnya debu dari karpet, haiwan2 berbulu, pollen/debunga atau house dust/mite.

#5. Stress
Emotional stress juga dpt menyebabkan eczema flare.

#6. Pemakanan
Makanan seperti seafood, telur, kekacang, berries dapat memperburukkan lagi eczema. Tetapi lain orang, lain responnya.

So, setiap orang harus kenal pasti apa triggering factor masing-masing and is best to avoid the factor to prevent flare!

Sumber: Dr Norbaizura Mohd Ismail


Published by
Azma ML