Ekzema sememangnya menjadi masalah kulit terbesar anak-anak kita. Namun membiarkan sahaja ekzema berlarutan bukanlah satu tindakan yang bijak boleh dilakukan oleh ibu bapa.
Percaya tak anda bahawa kesan anak-anak yang berada lama dalam rumah boleh memberi faktor kewujudan ekzema pada kulit anak.
Menurut Dr Kartini Farah Rahim, Dermatalogy dari Avisena Women & Children Specialist Hospital menerusi Live Pa&Ma Gala Moms Reunion semalam, masalah ekzema dilaporkan meningkat ketika dunia dilanda Covid-19. Dan ini sudah tentu membimbangkan ibu bapa.
” Sebenarnya ada banyak sebab kenapa anak-anak kita sekarang ini senang dapat kulit sensitif. Salah satunya kita panggil ekzema. Kalau anak yang ada masalah kulit sensitif ni kalau terdedah kepada pewarna, pewangi dan sebagainya, anak-anak kita boleh dapat ekzema.
” Ekzema ni pula adalah masalah terbesar di dunia. Kalau tengok kajian, lebih daripada 10 % kanak-kanak dapat ekzema ketika waktu covid ni. Salah satu sebabnya mungkin disebabkan anak stress dan pelbagai permasalahan lain.
“Sebab sekarang ni ada banyak produk dan permainan yang bermain dengan warna. Dulu masa kita kecil mana ada mainan yang berwarna, glitter, gam yang melibatkan kulit anak.
” Ada satu hygene teori yang kita panggil sebagai urbanization. Dulu kita terdedah kepada aktiviti outdoor, banyak bakteria di tanah tapi kita tak ada masalah.
Ads
” Tapi bila kita duduk di rumah, keadaan terhad dan terkawal, nak keluar tak boleh, imun tubuh kita tak pandai sesuaikan diri dan bila terkena bahan lain daripada yang lain, badan kita akan menolak dan seterusnya menjadi ekzema. Walaupun sekadar teori tapi ramai dermatalogi tapi merasakan ia adalah benar,” kongsinya.
Elak pantang makan, beri anak makan ikut nasihat doktor
Bercerita mengenai alahan pemakanan anak, Dr Kartini sempat menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu mengawal pemakanan anak.
“Sekarang ni pulak, mak ayah kalau nampak kulit anak sensitif saja mulalah larang makan makanan tertentu, pantang itu dan ini. Sebenarnya cara ini boleh menyebabkan kesan yang bertentangan.
” Badan kita sebenarnya macam otot kita, perlukan faktor-faktor yang menguatkannya. Macam kalau kita exercise, otot kita lebih kuat, sama juga macam imun sistem kita. Kalau kita bagi dia bakteria, viral yang bersesuaian, imun tubuh kita tahu macam mana mengawal dan menyesuaikan diri.
Ads
” Kita bagi sikit-sikit walaupun ada alahan dan paling penting kita jumpa doktor dulu untuk kita pastikan tahap alahan anak kita, itu sebaiknya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, menerusi Live Pa&Ma Gala Moms Reunion semalam juga, Dr Kartini juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan penjagaan kulit bayi.
Ini panduan yang dikongsikan untuk menjadi kulit bayi kita.
Semoga kita sama-sama berusaha untuk bantu tingkatkan imun anak-anak kita dan cuba pelbagaikan jenis makanan agar dapat melawan tubuh dari pelbagai alahan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami dengan mendaftar di sini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu bapa akan gunakan ‘kuasa jerit’ bila rasa nak marah anak. Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata. Ye betul tapi lama-kelamaan cara ini dah tak dihiraukan.
Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut perkongsian dari Puan Noraliza Alwi.
Perasan atau tidak, asal ibu rasa nak marah anak mesti nak jerit, melepaskan perasaan marah pada anak. Bila tengah mendidih tu kita memang selalu lupa. Terus meledak saja. Entah apa-apa perkataan pun boleh keluar.
Saya juga begitu, tahu tak baik, tapi emosi ibu kan.
Nombor 1 bahaya kesannya bahasa kita, perkataan kita guna. Terus masuk pada sub-conscious anak kita. 80% kata-kata dari ibu bapa membentuk pula peribadi mereka hingga besar.
Keduanya – Impak menjerit mengecilkan otak anak, ganggu sistem belajar.
Ketiganya – Selain efek marah anak pada perkembangan otak, marah dalam bentuk jeritan hanya menjarakkan lagi hubungan hati antara ibu dan anak.
Bab hati ni kena jaga. Kesan dia sampai tua. Cuba perhatikan orang yang bercinta bagaimana perbualan mereka. Berbisik, cakap dengan nada yang manja lemah lembut, ada kalanya tidak terkeluar pun perkataan, heart-to-heart kata orang.
Begitu juga nak wujudkan perasaan bercinta dengan anak. Medan marah boleh ditukar jadi medan mendidik, kuatkan ikatan hati.
Ada pepatah barat;
“It takes heart-set, to change mindset”
Ini saya kongsi antara pendekatan cara nak ‘marah’ atau membetulkan anak.
1. Jika ada sesuatu yang buat hati mendidih, langkah pertama istighfar beberapa kali hingga sejuk sikit hati.
2. Agak-agak dah suam didihan itu panggillah nama penuh anak, (semua anak ada makna yang baik pada namanya, dan panggilan itu adalah doa InsyaAllah.
3. Turunkan badan ibu selari dengan tinggi anak (kurangkan perbezaan autoriti ibu dan anak). Bercakaplah dengan nada sederhana apa yang menjadi kemarahan kita.
4. Bercakap mesti ada perkara ini;
– Beritahu fakta apa kesalahannya
– Tanya anak Mengapa (untuk tahu rasional anak melakukannya)
– Beritahu anak kesan buruk perbuatannya
– Beritahu akibat jika anak masih buat juga
5. Perhatikan reaksi anak. Biasanya mereka akan angguk, atau tiada reaksi atau kalau jenis yang sensitif boleh sampai menangis.
6. Walau apa reaksi mereka, mula guna sentuhan pula. Usap belakang kepala, atau terbaik lagi, peluk sambil berbisik kata-kata semangat untuk anak buat perubahan yang kita mahukan, dan akhiri dengan pujian atau harapan.
InsyaAllah cara ini buat kurang marah. Maka kuranglah stress, ibu happy anak dapat jadi bijak sekali.
Situasi usik-mengusik serta menyakat sebenarnya adalah situasi yang biasa berlaku dalam kalangan keluarga, lebih-lebih lagi bila lama tak jumpa. Ada saja yang tua nak sakat si anak muda kan?
Tapi ada juga situasi sakat-menyakat yang membuatkan seseorang itu tidak selesa malah terkesan dari segi emosi terutama kanak-kanak. Memang comel dapat menyakat anak kecil, tapi kalau gurauan yang keterlaluan boleh memberikan kesan marah dan benci dalam diri seseorang.
Sebahagian orang, buat orang lain terhibur dan ceria dengan usikannya. Nada suara, mimik muka dan bahasa tubuhnya buat orang sekeliling yang menonton atau terkena usikannya rasa senang hati dan mesra.
Sebahagian yang lain pula, melawak tak kena cara dan gaya. Jadi menyakitkan hati dan menjengkelkan pula. Sampai budak-budak kecil yang suci murni dan naif pun jadi mangsa.
Ibubapa nak tengok saja kah? Rasa serba-salah nak menegur tukang lawak yang mungkin lebih tua atau ahli keluarga sendiri? Tapi, kalau dibiar, anak sendiri pula asyik jadi bahan…macam mana ni?
Macam mana nak buat jika anak anda berada dalam situasi ‘toksik’ ini? Jom ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi.
Makanya, nak mengusik dan melawak biar ada batasnya walaupun dengan anak kecil okay!
Kredit: ✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.
Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, “Pembukaan pendaftaran i-Suri hari ini adalah berikutan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018 minggu lepas.
“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”
Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.
Sumber: KWSP
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.