Ekzema adalah masalah kulit yang biasa terjadi kepada anak kecil. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah. Namun tidak dinafikan ada yang kekal sehingga usia dewasa.
Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema , Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dermatitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.
Kasihan sangat bila melihat anak kecil tergaru-garu kerana gatal dan ada yang meggaru bahagian ekzema yang kering sehingga luka!
PENCETUS KEGATALAN AKIBAT EKZEMA
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Kulit penghidap ekzema dikatakan tidak boleh menampung kelembapan dan menyebabkan ia kering. Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
- Pendedahan kepada bulu binatang
- Penggunaan bahan kimia pada kulit
- pemakaian fabrik sintetik
- Panas dan berpeluh
- Cuaca kering dan sejuk
- Tekanan perasaan atau stres
- Kulit terlalu kering
5 SIMPTOM EKZEMA
- Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
- Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
- Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
- Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
- Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
10 CARA NAK KENDALI ANAK EKZEMA
Si kecil yang mengalami ekzema bukan sahaja akan gatal pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali.
Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah mencegah tercetusnya kegatalan, ubat-ubatan daripada preskripsi doktor, peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
- Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
- Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
- Tuam menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
- Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
- Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian (pakaikan seluar panjang jika ekzemanya pada pelipatan betis)
- Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
- Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
- Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
- Amalkan penyusuan susu ibu.
- Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI