Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis setiap kali hendak ‘membuang’. Sesekali mungkin tidak mengapa, inikan pula setiap hari. Usahakan untuk mengubah diet anak dengan makanan khas untuk usus.
Apa makanan khas untuk usus ini? Makanan bersifat prebiotik adalah makanan terbaik untuk bakteria baik melancarkan usus anak kecil kita. Doktor Mazliana Mazlan kongsikan jenis-jenis makanan yang perli kita pilih.
Prebiotik lengkapkan fungsi sistem imun dan sistem penghadaman anak. Prebiotik ni makanan kepada bakteria baik di usus. Atau nama lain bakteria baik tu, kita panggil probiotik. Baca betul-betul k.
PRObiotik – bakteria baik di usus PREbiotik – makanan kepada bakteria baik (PRObiotik)
Antara contoh prebiotik;
Oat
Barli
Kekacang
Madu
Pisang
Epal
Berries
Bawang merah dan bawang putih
Cendawan
Asparagus
Leek
Sengkuang
Ads
Prebiotik tak dapat dihadam oleh usus manusia. Tapi ianya akan jadi makanan dan akan berjaya dihadam oleh probiotik.
Makanan yang baik kita bagi pada bakteria di usus, maka baiklah usus anak-anak. Baja yang baik kita tabur di usus anak, dapatlah ia jalankan fungsi dengan baik insyaAllah.
Usus yang baik, penting untuk fungsi sistem imun dan sistem penghadaman yang optimum.
Ads
Bila prebiotik cukup;
* Sistem imun anak akan kuat.
* Anak susah nak sembelit.
Pelbagaikan makanan dalam gambar, supaya anak dapat keperluan prebiotik yang cukup. Real food ni kan, setiap satunya banyak betul khasiat yang ada. Rugi kan kalau kita tak banyakkan real food dalam makanan anak.
Orang selalu kata, makanan proses itu tak boleh, makanan proses ini tak boleh, jadi apa nak makan. Tapi, baaaaaanyak sangat real food yang ada sebenarnya tau, cuma kita je belum sempat explore sepenuhnya.
Ads
Kita cuba sama-sama ya, perbaiki setiap hari, insyaAllah.
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
Air barli boleh merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Menyejukkan badan, air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung Dengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Jom ikuti resepi air barli yang dikongi:
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Mastura Rashid
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Sawan
Kerosakan otak
Koma
Kematian
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Kekeliruan
Mengantuk
Kekejangan otot
Pening dan muntah
Kesukaran bernafas
Lemah
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Bibir merekah
Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
Mata kuyu
Warna air kencing gelap
Ubun kepala (anterior fontanelle) tenggelam
Cerewet atau meragam
Mengantuk yang berlebihan
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Cuba menuangkan air ke dalam cawan di hadapan bayi.
Ketuk meja untuk menarik perhatian bayi.
Minum sendiri air daripada cawan bayi.
Serahkan cawan kepada bayi di udara dan perhatikan sama ada dia mencapainya atau cuma bersandar.
Bagi anak yang lebih berusia, anda boleh ajar mereka menuang air daripada jag ke dalam cawan sendiri.
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat nak menukar tekstur makanan bayi adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai mommy. Dari hanya menyediakan puri, mama boleh menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si comel. Tapi mungkin ada yang teragak-agak bilakah masa yang sesuai? Adakah perlu menunggu sehingga si comel tumbuh gigi?
(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)
Sebenarnya mommy boleh menukar tekstur makanan bayi dari puri kepada tekstur yang lebih kasar tanpa perlu menunggu gigi bayi tumbuh. Jangan risau anak tercekik kerana dietitian Fizah menerangkan bagaimana mama boleh menukar perlahan-lahan tekstur makanan supaya si comel boleh menerima tekstur yang lebih kasar dengan baik.
TEKSTUR MAKANAN BANTU ANAK BERCAKAP
Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap? Perkembangan skill bayi adalah paling cepat antara 0-2 tahun.
Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
Dalam keadaan puri bayi hanya;
Merasa makanan dan telan
Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
Transition dari susu ke makanan pelengkap
Jangan risau kalau baby tak nak makan banyak untuk umur 6-7 bulan, 1-2 sudu besar pun dah cukup
Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
Dalam keadaan lenyek;
Bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan
Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
Dari lenyek ke kisar;
Kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
Dari kasar ke potongan yang kecil tapi lembut;
Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
Kuantiti 5 – 7 sudu besar
Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah😉
Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak
Contoh;
3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1x makan lenyek 2x puri
Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri, Seterusnya 3x lenyek.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.