Sejak anak masuk ke sekolah semakin kerap anak sakit, demam dan sebagainya. Walaupun hanya demam biasa, mak ayah perlu memantau apa jua jenis pemakanan anak, baik di sekolah dan lebih-lebih lagi di rumah.
Perhatikan apa jenis anak makan dan paling penting menurut kata Dr Mazliana Mazlan, elakkan jenis makanan ini ketika anak tidak sihat!
Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit. Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat.
Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik. Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
1. Roti dan biskut
– Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
– Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
2. Salad dressing
– Mayonis, thousand island dan sebagainya.
– Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
3. Gula
– Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
4. Gula tersembunyi
– Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
– Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
5. Makanan dalam tin
– Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
– Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
6. Susu
– Makanan yang boleh timbulkan radang.
– Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
7. Daging proses
– Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
– Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
8. Cereal
– Banyak bersumberkan dari bahan GMO.
– Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.
9. Candy bar dan coklat
– Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.
10. Jus buah dalam kotak
– Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan.
– Sangat tinggi dengan kandungan gula.
11. Creamer
– Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. Elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.
12. Marjerin
– Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat.
13. Pemanis tiruan
– Sucralose, aspartame, maltodextrin.
– Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.
14. Minyak sayuran
– Elakkan minyak jagung, soya, matahari.
– Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.
15. Mee segera
– Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan.
– Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.
16. Aneka sos dan spread
– Tinggi gula, MSG, pengawet dan perasa tiruan.
Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit. Makanan ni semua adalah makanan tinggi radang yang boleh lambatkan proses penyembuhan.
Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!